Showing posts with label lampu antik. Show all posts
Showing posts with label lampu antik. Show all posts

Sunday, January 27, 2013

DIY: Table Lamp Retro

Salam,

Hari ni cuti, Thaipusam.

Satu lagi projek DIY aku yang dah lama tak nyempat-nyempat aku buat sejak tahun lepas. Dulu asalnya mende ni bukan lampu. Ianya merupakan "lab equipment" projek fizik anod katod ke hapa ntah, cas positif negatif hah bantai aja lah (sila rujuk gambar). Maklum lah aku tak minat subjek sains masa kat skolah dulu.

Ni dia alat tu dengan keadaan semasa baru jumpa.


Daripada tak digunakan adalah lebih afdal aku jadikan mende ni sesuatu yang boleh digunakan. So selepas memerah kepala otak, aku dah ada idea untuk menjadikan mende ni lampu meja or table lamp dalam kondisi 'retro'.

Keadaan lampu selepas 'dibogelkan' segala bola-bola kaca aku pisahkan dari 'base'nya. Aku telahpun meletakkan base mentol di bahagian lubang atas tu untuk memudahkan positioning mentol tu.

 Ginilah keadaan base peletak mentol tersebut selepas diletakkan di ruang kosong bulat itu. Ni keadaannya selepas mentol diletakkan nanti.

Seterusnya proses memasang 'wire' dan plug 3 pin.

Selepas ni, acara yang memang favourite aku iaitu mengecat. Cat warna apa nak dipilih? Aku nak cuba pakai warna hitam coz aku pernah nampak orang guna warna hitam untuk cat mesin parut ais lama kat rumah collector. Nampak very nice dan aku tak pernah mencuba lagi. 

Keadaan lepas di cat. Nampak rusty tapi aku belum siap lagi, baru 80%.


Ok lepas tu ialah proses pemasangan lampu dan wayar. Lampu yang aku gunakan ialah bulb lampu lama keluaran Philips. Bulb ni dah takde jual di mana-mana oleh kerana bulb ni merupakan bulb lama dengan saiznya yang 'giant'. Memang amat-amat terang....

 Siap sudah...

Terang benderang, boleh terangkan kamar bilik...huhu 

For sale...

Lampu ni adalah untuk dijual dan aku dah pun letakkan dalam mudah. Harga: RM120 (nego). Siang tadi, 27/1/13 aku dah pun display lampu ni masa meniaga di Anggerik Mall (AM), Shah Alam. Entry akan datang insyaAllah aku akan menceritakan serba sedikit pasal Ulangtahun Kelab Barang Lama (KEBAL) yang telah berlangsung di AM untuk tatatpan umum. Acara tersebut telahpun mendapat liputan meluas dari media termasuklan TV3 (MHi) dan Utusan Malaysia (paper date 9/2/13 akan datang).

Sila sms me for further info. Thanks.

Wednesday, July 18, 2012

Standing Lamp Antik (KIV Sale)


Salam,

Before we started reading this entry, ayat-ayat dan kata-kata semangat di bawah sangat berguna...

" Being passionate about your job is more than the old adage "do what you love". Putting passion in work: The trick is not just to feel passionately about your job, but to act passionately too. If you act passionately, you won't sit passively through another boring day. You can't. You will share that passion with the others in the area you love. Your energy can lift all of them. Even if it doesn't, you will feel better knowing you are doing something to advance the cause in which you believe passionately."


Alkisahnya, lampu ni sejak aku ambik berbulan-bulan yang lepas langsung aku tak pedulikan. Lampu ni aku dapat masa hunting kat Mantin. Ni memang lampu lama digunakan kat klinik lama yang telah dibuka pada era 1960an. Masih berfungsi dengan baik semasa aku 'on' kan dia. Anyway, lampu ni aku telahpun modify dan makeover semula dengan nafas baru.

Di bawah ni adalah peringkat-peringkat awal hingga akhir makeover dilakukan. Layanzzz...

 Siap sedia untuk melakukan proses mengecat tiang lampu. Keseluruhan lampu dibukak part by part tinggal hanya tiang.

Bahagian tiang part bawah di cat. Make sure debu dan kotoran tidak melekat di bahagian yang hendak di cat.


 Bahagian yang atas selesai di cat.

Tiba masanya pula bahagian cover lampu pula di cat. Bahagian ini perlukan ketelitian. Mengecat barang metal memang lambat nak kering.


 Cover lampu selepas di cat putih pada bahagian dalam.

 Tiba untuk mengecat bahagian luar pula dengan warna biru/ turqoise

Mengecat pula di bahagian tapak.
Mengecat tapak lampu dengan warna turqoise merupakan kerja terakhir dalam sessi mengecat. Selepas selesai sessi ini, tiba pula pada sessi memasang plug, wayar dan yang berkaitan dengan elektrik dan bahagian mentol.
 
Plug tiga pin dipasang pada wayar.
Wayar disambungkan melalui lubang di tiang terus kepada lubang shade lampu. Wayar sepanjang 3 meter digunakan.

Akhirnya....

Siap jugak lampu ni aku restore!. Walaupun tak sehebat mana tapi ia memang nampak retro look. Boleh lah aku letak kat living room aku nanti. Bila dah siap looks nice jugak.

Overall lampu yang telah siap di restore.

 Pandangan dari sisi hadapan.

Pandangan dari arah belakang.

Pada keadaan lampu dihidupkan cahayanya.

Lampu ni buat masa ini NOT FOR SALE. Sekiranya pada masa akan datang aku rasa nak jual, aku akan masukkan dalam FB dan juga blog ini.

Salam dan adios..

Thursday, June 9, 2011

Kaki Lilin (BOOKED!)

Salam,

Semalam balik from site, member ajak singgah kat satu tempat ni.

Rumah lama yang aku pergi semalam memang tak rugi gak aku pi. Walaupun agak menyeramkan tapi best betul. Apa tidaknya, tak sia-sia jugak aku pi coz at least ada jugak barang aku dapat. Rumah lama ni maksud aku bukan rumah yang ditinggalkan tapi masih ada penghuni. Penghuninya memang sporting. Macam ala American Pickers aku semalam. Member aku bawak pi jenguk satu makcik ni. Dia tinggal sorang-sorang kat rumah ni. Tapi sayang banyak plak barang dia takmo jual. Katanya 'sentimental value'. Aku cuma dapat satu ni jer, takpe la.

Kaki lilin ni memang buruks gilos dan berhabuk masa aku dapat. Tak kisah lah pasal condition nya. Kalo boleh biarlah macam ni, nampak lama dan antik lagi bagus. Tinggi dalam 43 inci dan kaki empat segi kat belah bawah tu berukuran 15 inci x 15 inci. Tahun ianya dikeluarkan tak la den ketahui. Tapi kalau buat display memang cantiks!





Based kaki

Anyway, harga ditawarkan dalam lingkungan RM180 (BOOKED BY ABG KHALID SG BESI). In case kalau takde orang nak, nampaknya aku terpaksalah simpan. Hehe...

Arghhh ngantuk nak titun,

Wednesday, March 30, 2011

Lampu Siling Moden (SOLD!)

Salam,

Actually, lampu ni bukan aku punya. Member aku minta tolong jualkan disebabkan dia baru pindah rumah. Banyak sangat khazanah-khazanah yang dia dah takmo, dia nak tolak (ada lagik sebenarnya, aku tak larat nak masuk kan semua). Lampu ni kondisi masih baik sekali. Designnya memang modern dan minimalise concept, memang ada kelass. Ada 16 bulb semuanya untuk lampu (guna le energy saving bulb, kang pengsan plak tengok bill letrik haha). Katanya dia beli kat 'garage sale' tapi bukan kat sini, masa dia belajar di Hull. Anyway layanzz...aku sempat snap satu foto sebelum dia simpan balik dalam kotak. Katanya...menyemak mata hehe

Harga: RM350 SOLD TO EN. RASDAN


Lama sungguh aku tak online dan memblogging, bukan apa aku now busy dari biasa maklum lah aku dah kena takeover keje-keje ex-boss aku yang berhenti. Sorry recently bz giler hehe..sorry bebanyak ler kengkawan. Pada mana-mana customer yang tak sempat-sempat lagi aku nak deliver barang, harap bersabar. Mungkin ada masa aku free nanti, aku akan hantar barang-barang tu juga. Untuk yang dah booking almari, insyaAllah akan dapat juga nanti. Apa-apa aku akan update.

Thanks a lot...

Tuesday, March 15, 2011

Pelbagai 1

Salam,

Lamanya aku tak berblog!

Last entry 5 March, but now dah 15 March maknanya dah 10 hari aku tak berblog. Bukan sengaja lupa dan bukan aku buat-buat lupa tapi keje aku banyak dan aku tolong wife aku siapkan 3 assignment OUMnya. Alhamdulillah, semalam dah submit and memang lega la bro. Lagipun, memang aku ada beberapa barang nak let go, tapi tak sempat nak snap foto semua dalam satu entry. Tak dan..

Almari pun aku tak sempat nak ambik dan yang ada kat rumah ni pun aku tak sempat nak baikpulih. Tengok lah sikit hari lagi. Anyway, 2 hari lepas aku sempat plak tengok Hikayat Merong Mahawangsa kat GCS Alamanda hehe..

Ok lah, berbalik pada pelbagai barang ni yang aku nak let go. Ada yang baru dapat, ada yang dah lama dapat from beberapa tempat di mana aku sempat hunting. Apa lagi kalau bukan carik kat rumah-rumah orang. Itu ler aku...

Barang 1 - Gelas 7up Fido Dido 1985.




Gelas 7up 1985 Fido Dido "Dance to a different beat". Harga: RM12 satu. Ada 5 biji semuanya. Aku dapat kat rumah orang.

Barang 2 - Victorian style wall lamp



Yang ni pun aku dapat kat rumah lama. Masih dalam keadaan baik Victorian/English style wall lamp ni. Harga: RM60 (nego). Wire nya pun masih ok. Mentol je kena beli.

Barang 3 - Victorian style ceiling lamp

Hah, yang ni NOT FOR SALE. Aku nak letak kat rumah aku hehe..sebab tu aku tak amik gambar banyak, snap satu je.

Sms or email aku for further details. Thanks.

Regards,