Sunday, January 27, 2013

DIY: Table Lamp Retro

Salam,

Hari ni cuti, Thaipusam.

Satu lagi projek DIY aku yang dah lama tak nyempat-nyempat aku buat sejak tahun lepas. Dulu asalnya mende ni bukan lampu. Ianya merupakan "lab equipment" projek fizik anod katod ke hapa ntah, cas positif negatif hah bantai aja lah (sila rujuk gambar). Maklum lah aku tak minat subjek sains masa kat skolah dulu.

Ni dia alat tu dengan keadaan semasa baru jumpa.


Daripada tak digunakan adalah lebih afdal aku jadikan mende ni sesuatu yang boleh digunakan. So selepas memerah kepala otak, aku dah ada idea untuk menjadikan mende ni lampu meja or table lamp dalam kondisi 'retro'.

Keadaan lampu selepas 'dibogelkan' segala bola-bola kaca aku pisahkan dari 'base'nya. Aku telahpun meletakkan base mentol di bahagian lubang atas tu untuk memudahkan positioning mentol tu.

 Ginilah keadaan base peletak mentol tersebut selepas diletakkan di ruang kosong bulat itu. Ni keadaannya selepas mentol diletakkan nanti.

Seterusnya proses memasang 'wire' dan plug 3 pin.

Selepas ni, acara yang memang favourite aku iaitu mengecat. Cat warna apa nak dipilih? Aku nak cuba pakai warna hitam coz aku pernah nampak orang guna warna hitam untuk cat mesin parut ais lama kat rumah collector. Nampak very nice dan aku tak pernah mencuba lagi. 

Keadaan lepas di cat. Nampak rusty tapi aku belum siap lagi, baru 80%.


Ok lepas tu ialah proses pemasangan lampu dan wayar. Lampu yang aku gunakan ialah bulb lampu lama keluaran Philips. Bulb ni dah takde jual di mana-mana oleh kerana bulb ni merupakan bulb lama dengan saiznya yang 'giant'. Memang amat-amat terang....

 Siap sudah...

Terang benderang, boleh terangkan kamar bilik...huhu 

For sale...

Lampu ni adalah untuk dijual dan aku dah pun letakkan dalam mudah. Harga: RM120 (nego). Siang tadi, 27/1/13 aku dah pun display lampu ni masa meniaga di Anggerik Mall (AM), Shah Alam. Entry akan datang insyaAllah aku akan menceritakan serba sedikit pasal Ulangtahun Kelab Barang Lama (KEBAL) yang telah berlangsung di AM untuk tatatpan umum. Acara tersebut telahpun mendapat liputan meluas dari media termasuklan TV3 (MHi) dan Utusan Malaysia (paper date 9/2/13 akan datang).

Sila sms me for further info. Thanks.

No comments:

Post a Comment