Showing posts with label bekas kuih. Show all posts
Showing posts with label bekas kuih. Show all posts

Tuesday, January 31, 2012

Pelbagai Barang Kaca dan Porcelain

Sempat pergi ke TC semasa di Kuantan tempohari melepaskan dendam.
Salam,

Last 2 weeks memang aku takde masa nak update blog kecuali FB coz direct through I-Phone yang lebih senang setiap masa pun boleh update. Lagipun, last week berlakunya kisah duka dalam family wife aku di mana kakak iparnya or biras aku telah kembali ke rahmatullah pada 27 Jan 2012 (Jumaat).

So, aku tak sempat nak update apa-apa. Hasil hunting last week ada beberapa items nak di letgo dengan harga yang menarik.

Bekas biskut porcelain buatan Jepun. Corak bunga seperti dalam gambar. Saiz tinggi dalam 25 cm. Kondisi masih superb.

Harga: RM35 sahaja.

Mangkuk nasi tambah corak bunga (tak tahu) Oriental Ceramic. Mangkuk zaman 60an.

Harga: RM30 sahaja.

Jug lama bersaiz comel (saiz gelas minuman). Kaler clear. Kondisi masih cantik.

Harga: RM10 sahaja sebiji (yang ni takleh nego)

Cawan lama Federal Hotel tanpa piring. Tapi boleh replace aja dengan piring kaler putih. Ada 6 biji complete set.

Harga: RM30 saja untuk semua complete set 6 biji.

COD di Anggerik Mall setiap Ahad (10am to 1 tghri). Kalo nak pos pun boleh tapi sediakan ongkos tambahan nya yer pak..

Friday, December 9, 2011

Bekas besi bertingkat

Lamanya aku tak dapat update blog. Busy yang teramat, so cara yang senang now aku lebih kepada jual di FB. Senang, coz kat mana-mana ko boleh update using i-phone. Ada gambar terus snap saja.

Anyway, aku terlupa satu barang ni. Ni barang aku tak tau apa namanya, so aku sebut la seperti tajuk kat atas. Bekas besi bertingkat bentuk daun ni belum 'restore' so nampak rust/karat. Lebar dalam 30cm tinggi pun sama 30cm (agak-agak jer). Dulu orang buat letak gula-gula or kuih dalam bekas ni.

Harga: RM40 (nego)

Sila sms jika berminat. Poslaju boleh.

Sunday, August 7, 2011

Bekas Kuih Raya

Salam,

Sedar tak sedar dah hari ke 7 kita berpuasa, alhamdulillah. Kalau ikut kiraan, raya dah nak dekat lebih kurang 22 hari jer lagi. Ada beberapa bekas kuih raya nak di let go. Sila skroll gambar di bawah. Kesemua bekas kuih ini dari era 1960an to 1970an dan kondisi masih cantik.



Bekas kuih jenis bulat (Hijau) - RM18 tapi ada satu je (SOLD to Kak Intan)



Bekas kuih bulat (clear color) ada 3 biji - RM15 satu (SOLD to KL customer)



Piring dodol (coklat cair) - sebiji RM12 (ada beberapa unit sahaja)


Bekas kuih bentuk square dengan lid (penutup) - RM18 sebiji (ada satu saja)


Hmmm...sila la sms aku dengan kadar segera sebelum orang lain booking. Adiosss...


Selamat berbuka puasa..

Sunday, February 27, 2011

Pelbagai Barangan Kaca Antik

Salam,

Hari ni aku duk rumah, touch up dan baikpulih perabot sikit dan sesi bongkar membongkar, jumpa la beberapa barang untuk di 'let go'. Selak punya selak, kali ni aku jumpa pelbagai barangan diperbuat dari kaca pulak dohh.. ni diaa

Barang No. 1



Gelas minuman keluaran 1980's jenama rokok Peter Stuyvesant Menthol. Amat jarang sekali nak jumpa gelas yang dikeluarkan oleh syarikat rokok. Tinggi dalam 15cm.

Harga : RM8 satu (ada 3)


Barang No. 2


Mangkuk 1960's sup/kuih/lauk berbentuk buah dengan tangkai (tengok gambar No. 2 tu). Memang unik betul bentuk mangkuk ni. Diameter dalam 12 cm jer. Ada 4 biji semuanya.

Harga: RM6 satu (ambil semua RM20 sahaja tak termasuk poslaju)


Barang No 3 (BOOKED)

Bekas kuih antik 1960's kaler hijau. Hah, bekas ni memang kebanyakan peminat barang lama ada tapi kebanyakannya kaler coklat or clear. Mintak mahap, yang ni cuma ada satu saja dalam simpanan den.

Harga: RM10 jer (BOOKED - KAK NANIE).

Barang No 4 (SOLD via Mudah.my)


Sepasang flowerpot antik kaler hijau. Aku rasa design ni keluaran tahun 1970's. Saiz seperti dalam gambar compare dengan bateri kecik tu. Ada lukisan hand painted kat tepi.

Harga: RM25 sepasang.

Sms untuk berurusan (013-2296679 Zul), email pun boleh.

Tata...Salam di angin lalu,

Tuesday, August 17, 2010

Hari Raya dah nak dekat

Salam lagi,

Bongkar-bongkar lagi aku jumpa beberapa item yang related dengan hari raya. iaitu bekas kuih. Now dah hari ke 7 puasa. Thats why aku letak entry aku seperti di atas. Item ni merupakan sebahagian dari lebihan barang untuk extra kalau-kalau tak cukup boleh la di tambah bagi menceriakan suasana hari raya anda. Lelong, lelong, lelong...hehe


Piring dodol kaca saiz biasa (diameter 5") ada 2 jenis kaler coklat dan biru. Rega: RM6 saja satu (SOLD!).


Piring dodol/wajik kaca saiz kecik (diameter 4" - yang ni rare sikit), jarang jumpa saiz ni. Ada 7 semuanya kaler coklat. Rega: RM5 saja satu (SOLD!).


Bekas kuih 'rectangular shape'. Kacanya sangat tebal.Tinggal satu jer, boleh buat extra. Rega: RM8 aja satu (BOOKED).


Bekas kuih bulat macam biasa lah korang mesti pernah tengok ini bekas la. Bekas kuih ni cuma tinggal 3 saja. Yang satu tu tutup dia lain dari yang lain. (gambar ke 2) Rega: RM7 sahaja satu.


Lapik or Alas gelas lama. Ada 5 atau 6 rasanya ambik la semua RM10 (SOLD!).

Semua item kondisi masih elok lagi. Esok aku akan masuk wad, maknanya mungkin minggu depan aku akan memblogging balik, insyaAllah...

Tuesday, December 29, 2009

Bekas Lama for sale

Beberapa barang lama untuk dijual seperti di bawah.


Bekas lama untuk menyimpan sireh, saiz kecil diperbuat dari alumunium dengan corak di tepi.

Harga : RM30 satu (still available for sale).


Bekas kuih lama bertutup, ada 2 colour dan corak seperti di atas. Bentuk tutup juga berbeza. Ada 2 saja.
Harga: RM16 satu (RM30 kalau ambil dua)
Cash N Carry di tapak Bazaar@Maeps setiap hari sabtu dari jam 4pm onwards or poslaju boleh diatur (kos poslaju ditanggung oleh pembeli)

Tuesday, December 15, 2009

Bekas Kuih dan Alas Gelas Lama for sale

Bekas kuih lama dengan design yang lain sikit. Selalunya design biasa (ada kaler clear atau coklat) dengan tutup yang sama, tapi yang ini ada corak bunga pink kat tepi dan lebih tinggi. Susah dah nak dapat jenis design ni.

Harga:
1 set (1 bekas + 1 tutup) hanya RM15. Ada 6 set semua dengan harga RM50 sahaja (SOLD TO KAK YATI).

Cepat...segera dapatkan sebelum kehabisan...



Lapik/alas gelas lama diperbuat dari kaca (kaler Biru cair). Sesuai untuk buat lapik gelas kalau tetamu datang or display kat cabinet. Harga: RM5 untuk satu alas.



Interested dengan barang di atas? Sila sms saya (zul 013-2296679) for further details. Item boleh collect di tapak bazaar Maeps@Serdang setiap hari sabtu dari jam 4pm ke 11pm.