Sunday, December 12, 2010

Cawan Bujang/Kopitiam

Salam,

Aku sejak semalam (Sabtu) sangat sibuk dengan persiapan anak-anak nak ke sekolah, dengan jalan-jalan musim cuti, jemputan perkahwinan sahabat-sahabat, dan mak mentua den plak baru balik dari Mekah plak. Tapi hari ni ok la tak berapa bz dari semalam. Pagi ni, walau dalam keadaan penat, aku kena ambik 2 lagi almari antik dari kawan di Kuala Pilah (yang ni nanti aku add dalam entry yang akan datang, harap bersabar. So kepada rakan-rakan yang telah booking, dapat le aku pendek kan lagi que yang begitu panjang sejak bukan 7 lagi).

Anyway, aku ada 2 corak cawan bujang yang hendak dijual tapi dalam jumlah yang tak complete. Takpe, cawan ni boleh buat rezab or extra simpanan kalau cawan yang ada tu pecah or hilang. Cawan ni aku tak dapat dari mana-mana, cuma ada dalam simpanan aku je.


Cawan bujang kopitiam yang ni aku tak tau apa jenis bunganya. Bunganya kecil kat atas, kat bawah plak ada line curve warna emas. Ada 3 sahaja dalam simpanan. Harga: RM10 satu (RM28 kalau ambik 3)

Cawan yang gambar kat atas ni aku tau namanya cawan kopitiam/bujang bunga peonies. Ada 2 saja dalam simpanan. Harga: RM10 satu (RM18 kalau ambik 2).

Kepada yang sudi nak beli cawan-cawan kat atas ni sila la sms aku (013-2296679 Zul) bukan Teratak Rimbun tau nama aku hahaha. Macam selalu orang call aku panggil aku nama tu, tergelak-gelak aku. Kalau nak book, boleh ambik di Amcorp Mall pada 19/12/10 ni coz aku akan pergi sana jalan-jalan pada hari tersebut.

No comments:

Post a Comment