Tuesday, December 28, 2010

Trip to Johor and Genting Highlands

Fakta Trip :-

Date : 24/12 - 28/12/2010
Venue: Balik kampung (Pontian, Johor and Genting Highlands)

Salam,

Wah..penat balik kampung aku di Pontian belum habis lagik sehingga ke saat ni. Ya la, kali ni aku bukan balik saja-saja. Yang sebenarnya aku balik coz adik pompuan aku bertunang pada 25/12 tu. Terpaksa lah aku cancel trip aku ke Singapore kali ini yang sepatutnya aku buat pada 26 - 27/12. Even nak ke bazar@JB nak mencuci mata pun tak jadi oleh kerana trafik jem ya amatz nak ke town centre JB tu. Aku sempat pi ke Plaza Angsana Tampoi je. Anyway, yang penting majlis tu dah selamat berlangsung dengan jayanya. Alhamdulillah..

Sireh junjung yang digubah oleh my wife, pandai gak dia gubah.

Balasan hantaran dari pihak lelaki

On 27/12 plak, balik saja from Johor keesokannya aku terus ke Genting Highlands. Sempat tido semalaman di rumah aku di Nilai malam sebelumnya. Pepagi buta yang syahdu, aku terus ke Genting dengan harapan orang masih belum ramai nak menaiki skyway tu. Memang betul, aku sampai Genting jam 7.30am takde orang langsung yang nak menaiki skyway tu.

Picture taken at 7.30am


Outdoor scenes..




Indoor scenes..



Sampai aja kat theme park tu, aku terus ambik tiket all park dan terus main semua game kat situ hehe. Puas hati betul aku pagi tu sehingga ke tengahari baru orang dah ramai berpusu-pusu masuk. Maklum lah cuti sekolah even though hari tu merupakan hari bekerja.

Orang ramai berpusu-pusu beratur naik skyway masa aku turun balik jam 3.00pm

Anyway, aku lepak situ until aku penat jam 3.00pm. Balik dengan senyuman..haha. Sat, aku sempat pi Berjaya Hills di Bukit Tinggi on the way nak balik. Pi lepak kat Rabbit Farm sempat snap beberapa foto. Rabbit kat situ tak banyak mana pun. Dah la mahal tiket nak masuk RM3 sorang. Baik aku pegi rabbit farm yang kat Broga or Semenyih. Sana lagi puas hati. Lepas Rabbit Farm, tak sompek nak poie Colmar Bukit Tinggi coz hari dah nak malam. Dah la jauh nak masuk situ dengan jalan konar baring ngeri.

Bawah ni beberapa shot di Rabbit Farm, Bukit Tinggi.



Acara berakhir dan kami balik Nilai jam 6.00pm.

No comments:

Post a Comment