Friday, February 1, 2013

DIY: 2 Meja (for sale)

Salam,

Cuti Thaipusam Isnin lepas sempatlah pergi hunting dalam keadaan cuaca panas terik. Dua meja berlainan era ni aku dapat di Seremban. Satu berbentuk designnya art-deco dan satu lagi dalam era retro yang lebih 'yuppy' dan 'chick'. Tahun berapa pembuatannya tak dapat dipastikan. Tapi perabut dolu-dolu masih menggunakan asas kayu samada jati, meranti, cengal dalam pembuatan perabut.

Anyway, berbalik pada 2 meja ni tadi, gambar di bawah menunjukkan semasa meja ni aku baru bawa pulang ke rumah.

 Antara barang-barang yang aku dapat tempohari. Meja yang tengah tu lah yang dimaksudkan.

Ni dia meja kopi retro dalam keadaan belum restore.

Proses pertama iaitu menggosok permukaan meja dengan kertas pasir.

Proses pertama menyiapkan meja kopi retro ialah men'touch up' dan menampal lubang-lubang dengan filler dan gam kayu untuk memastikan meja tegap.

Seterusnya meja ni di syelek dengan cermat.

Meja kopi ni pun di syelek pada bahagian kaki dan tepi permukan meja.

 Selepas itu siap sudah meja konsol ni dan sedia untuk dijemur.

Proses mengecat permukaan meja dengan warna retro style iaitu oren.



Siap sudah meja kopi retro style ni!

Harga bagi kedua-dua meja ini ialah RM280 setiap satu. Boleh collect di Anggerik Mall setiap Ahad. Sesuai dijadikan dekorasi rumah anda! Terima kasih atas sokongan.

1 comment: