Thursday, February 28, 2013

Kamera Vintage Olympus Pen EE

Salam,

Lama aku tak post untuk jual kamera lama sejak beberapa tahun yang lalu. Dulu aku pernah jual kamera Yashica pun kamera vintage jugak kat dalam mudah. Yang ni pun secara kebetulan aku dapat dari orang. Untuk makluman, aku bukan peminat kamera vintage atau seorang fotografer profesional. Aku cuma tau serba sedikit sahaja pasal kamera ni, itupun aku tanya pakcik Google, haha..


Kamera ni kondisi nya cantik dan superb. Buatan tahun 1961 dari Jepun. Ia merupakan kamera awal (2nd generation model Pen. Kamera 1st generation Pen dikeluarkan tahun 1959). Dengan lense yang fixed focus, shutter speed pulak pada 1/60 sec., ada automatic exposure adjustment. 

Ia menggunkan lense D-Zuiko (tak tahu buatan mana) Boleh mengambil scenery yang cantik. Dulu kamera ni dijual di Jepun dengan harga ¥10,000 yen (at that time lah). Ok, EE tu sebenarnya bermaksud Electric Eye ntah aku pun tak tahu pasal apa.




Ini adalah yang pertama dalam satu barisan model EE yang kekal dalam pengeluaran sehingga tahun 1986, menjadikan ia pengeluaran kamera SLR kompak terpanjang di dunia. Dilengkapi dengan kanta hyperfocal dan sistem pendedahan boleh EE ia adalah hampir terjamin. Berbanding dengan model sebelum ini, benar-benar baru dibina. EE PEN kini dengan meter cahaya Selen dan sel meter di sekitar kanta. 

Bekas pada model memerlukan tetapan pendedahan manual tetapi PEN EE mempunyai tetapan automatik. EE PEN adalah kamera ditembak snap sebenar. Oleh kerana harga jualan yang adil, kamera kecil ini adalah sangat popular dan dijual dalam jumlah yang tinggi. Kamera dari tahun 1961 telah ditandakan pada hadapan dengan Olympus, kamera yang dibina sejak tahun 1962 dengan Olympus PEN.

Harga: RM388 (tidak termasuk poslaju)

Sila email atau call saya untuk keterangan lanjut dan menyenangkan urusan jualbeli. Terima Kasih.

Tuesday, February 26, 2013

My New Home

Salam,

Eh, kejap jer dah nak akhir bulan Feb 2013. Pejam celik dah dekat 3 bulan aku duduk rumah baru aku coz aku mula pindah dalam awal bulan Dec last year. Iaitu selepas siapnya aku buat renovation kecil-kecilan since Sept lagi.

Takde apa nak tunjuk, just some interior design yang tak seberapa. Cilok design sini skit, cilok design sana skit. Dan semua furniture aku dapat sendiri dan yang paling penting ianya terpakai (used item). Kebanyakannya aku makeover sendiri dan barang-barang koleksi persendirian. Semua scene aku snap dari ruang living dan family area. Ok, layanzz...






Semua gambar-gambar di atas ialah ruang living area. Ramai kawan-kawan yang datang suka tengok langsir kaler tu. Aku beli kat Ikea aja, dan curtain railing pun aku beli dari sana. Pasang sendiri aja. Jimat duit! Even harganya teramatlah berpatutan. Ok bawah ni pulak ruang family. Layanzz...


Pada aku biasa-biasa saja la kan. Kena tambah something kat area-area yang kosong. Yang bawah ni bahagian luar rumah area living. Tak sempat nak snap area entrance. Maybe next time. 


Batu lubang or "ventilation block" tu susah nak dapat, certain hardware aja ada jual so kena order. Kalo nak senang korang order direct dengan kilang. Tapi kene beli dalam kuantiti yang banyak. 

Adioss...

Monday, February 18, 2013

2 barang for sale

Salam,

Sempat gak aku hunting tempohari weekend lepas. Ada 2 barang saja untuk diletgo.



Ni dia...tapi aku cuma nak let go 2 barang saja yang ada atas kerusi lama tu. Satu tu alat shower pot untuk siram pokok bunga dan satu lagi tu kotak kayu.


Harga: RM60



Harga: RM120 (boleh nego)

Ok kalo berkenan bolehlah sms aku. Kerusi seatee tu belum boleh jual lagi coz belum restore lagi. Tapi kalo nak direserved kan boleh. Harga RM350 tapi cuma ada sebiji saja. Terima kasih.

Wednesday, February 13, 2013

Kabinet baru untuk Tin Toys (NFS)

Salam,


Aku jumpa kabinet kecil ni kat tempat sampah. Masih elok dan ada ruang untuk letak cermin. Cuma aku belum berkesempatan nak buat jer. Ku cuci cantik-cantik, so dapat lah aku letak koleksi tin toys miniature aku yang tak seberapa ni. Yer lah, daripada aku simpan duk dalam kotak at least dapat juga di displaykan. Sekian terima kasih kerana melihat entry ni.

Saturday, February 9, 2013

Happy Besday My Wife!

Salam,

Happy Birthday to my luvly wife yang ke 36 tahun pada hari ini...


Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki...

Love you bebeh

Thursday, February 7, 2013

DIY: Kipas Table England (Not For Sale)

Salam,

Table fan ni memang unik dan 'rare'. Ia seunik bentuknya yang bulat dan ada satu lagi yang aku rasa ianya sangat unit. Ya, kerana ia ada function 'heater' kat blakang (rujuk gambar No. 2 di bawah). Selalunya kalau fan lama tu ada function yang macam ni, sudah tentu ia berasal dari negara yang beriklim sejuk. Coz kat negara tu orang guna kipas ni untuk memanaskan badan pada musim sejuk.

Table fan ni dah lama jugak dalam simpanan aku sebenarnya. Cuma sejak aku dapat ni dari seorang kenalan, aku tak sempat-sempat lagi makeover dan membaiki plugnya yang dah putus dari body kipas ni.

Keadaan kipas semasa baru dapat. Ia boleh di foldable kan ke atas dan ke bawah.

Punat 'function' kat blakang kipas menunjukkan ada fungsi untuk udara pemanasan (heating), tapi 1000w to 2000w. Banyak pakai elektrik ni.

Cuma keadaannya yang dah agak uzur dengan wayar yang putus, aku terpaksa lah juga mencuba membaikinya samada masih berfungsi atau pun tidak. Nak membuka kipas ni juga menjadi cabaran jugak pada aku disebabkan beberapa batang skru yang telah berkaratz susah nak dicabut. Dan yang paling mencabar ialah untuk membuka batang besi base kipas ni.

 Part-part telah dibuka dan dipisahkan. Seterusnya proses membersihkan habuk-habuk kat dalam tu.

Berikutnya, proses mengecat base dan body kipas. Warna kuning.

Selepas habis proses mengecat, kenalah pasang balik part-part yang dah terpisah tu. Then, upacara memasang plug baru. Make sure AC/DC bagai kenalah betul kat habis satu rumah litar pintas plak.

 Siap sikit selepas pasang plug baru.




Ok dah siap dan dah dicuba, memang superb! berfungsi dengan baik dan udara panasnya pun keluar dengan jayanya. Right now, aku masih tak decide samada nak jual atau tidak kipas ni tapi kalau ada good offer atau reasonable price yang kena gaya aku set aja. Lawa jugak kalau letak atas cabinet.

So now aku simpan duluuu!!!

Monday, February 4, 2013

DIY: Cabinet TV

Salam,

Masa cuti Thaipusam tempohari sempat gak aku hunting barang untuk menghilangkan keboringan. Cabinet ni aku dapat dari kedai perabut terpakai terperosok kat belah blakang barang-barang. Ramai orang tak ferasan cabinet ni. Tapi aku rasa ada sesuatu yang menyebabkan aku nak sambar cabinet ni terus dari owner asal.

 Ni rupanya cabinet tu masa aku baru ambil.

 Proses mensyelek. Aku tak berapa suka tang bau syelek yang menusuk idung. 

So bila sampai rumah aku decide dah nak buh syelek warna charcoal. Dengan bersemangatnya aku transform cabinet tu. Cer lihat atas tu masa proses nak transform.


Ok siap sudah!

Pada asalnya aku ingat macam nak jual cabinet ni. Tapi at last tak jadi coz my wife menasihatkan aku untuk menggantikan cabinet TV aku yang lama tu dah usang sangat. Cabinet lama tu pulak asalnya aku nak make over nak buh color "Turqoise" pun masih hangat-hangat taik kucing haha.

Anyway, aku berpuashati gak dengan cabinet ni. Wassalam.

Friday, February 1, 2013

DIY: 2 Meja (for sale)

Salam,

Cuti Thaipusam Isnin lepas sempatlah pergi hunting dalam keadaan cuaca panas terik. Dua meja berlainan era ni aku dapat di Seremban. Satu berbentuk designnya art-deco dan satu lagi dalam era retro yang lebih 'yuppy' dan 'chick'. Tahun berapa pembuatannya tak dapat dipastikan. Tapi perabut dolu-dolu masih menggunakan asas kayu samada jati, meranti, cengal dalam pembuatan perabut.

Anyway, berbalik pada 2 meja ni tadi, gambar di bawah menunjukkan semasa meja ni aku baru bawa pulang ke rumah.

 Antara barang-barang yang aku dapat tempohari. Meja yang tengah tu lah yang dimaksudkan.

Ni dia meja kopi retro dalam keadaan belum restore.

Proses pertama iaitu menggosok permukaan meja dengan kertas pasir.

Proses pertama menyiapkan meja kopi retro ialah men'touch up' dan menampal lubang-lubang dengan filler dan gam kayu untuk memastikan meja tegap.

Seterusnya meja ni di syelek dengan cermat.

Meja kopi ni pun di syelek pada bahagian kaki dan tepi permukan meja.

 Selepas itu siap sudah meja konsol ni dan sedia untuk dijemur.

Proses mengecat permukaan meja dengan warna retro style iaitu oren.



Siap sudah meja kopi retro style ni!

Harga bagi kedua-dua meja ini ialah RM280 setiap satu. Boleh collect di Anggerik Mall setiap Ahad. Sesuai dijadikan dekorasi rumah anda! Terima kasih atas sokongan.