Friday, November 19, 2010

Damai - My workplace


Hari ni aku nak bercerita pulak, asik jual barang jer pun bosan juga. Selama ni aku tak pernah cerita pasal my workplace since the first day of my blog. So, this is it…

Ofis aku biasa-biasa saja, sebuah office property developer. Nak kata top, kami ni just a small competitor. Cuma the ambiance of my office pada aku sangat menarik. Kalau dulu (from 2003 – 2005) aku berada di HQ kat Jalan TAR, KL keadaannya amat berbeza sekali dengan kedengaran hiruk pikuk kebisingan metropolitan KL. Now segalanya dah berubah sejak semuanya berpindah ke sini, aman damai sunyi sepi. Pagi-pagi dapat mendengar kicauan burung dari celah-celah pokok. Macam kat kampung!. Gambar-gambar ni aku ambil from lensa one of my officemates; Zain (credit to him).


Di mana tempat ni yek? Kalau nak tau, ia berdekatan dengan F1 and LCCT KLIA. Just a bit further depan sikit from F1, you can see from far-far away this ‘Hollywood Signage’. Just next to this development is Kuarters KLIA (government kuarters). Korang ke depan sikit jumpa Bagan Lalang, tempat seafood yang sodap tu. Project developed by TH Properties (anak syarikat LTH). Township ni lebih kurang 5000 acres and dah 30% developed (promote sikit hehe).

Di sini lah terletaknya my workplace, just 5 minutes drive from my home dan takde traffic jam pun!. Office aku pun ala resort style (single storey building). Dikelilingi oleh pembangunan perumahan dan industri. One of the biggest investor coming here is Coca Cola (2012).


Kalau dulu bingit dengan bunyi kenderaan di kota, now setiap pagi aku boleh dengar kicauan burung dan unggas-unggas berterbangan. Nyamuk pun boleh tahan banyak. Tapi aku suka dengan environment ni. Suasana kampong, nak makan pun pergi warung kat area Kampung Jijan or LBJ berdekatan. Hari-hari masak lomak!


Anyway, itu saja yang dapat aku ceritakan sedikit tentang my workplace…

No comments:

Post a Comment