Saturday, November 27, 2010

Coca Cola Plastic Tray (SOLD & BOOKED)

Malam ni dingin sungguh, before hujan tadi sempat gak aku dapat tengok wayang cerita 'Skyline' dengan anak-anak aku.

Sorry la ek, aku baru jer letak nak jual 2 tray ni tak sempat lagi dah kena sebat (sapu). Memang cantik dan kondisi masih elok (10/10) walaupun tray plastic original from Coke. Yang ni bukan blogger or mudah customer yang beli, yang ni 1 tray telah dibooked dan 1 sold kepada sahabat se ofis aku. Ni aku tepek gambar untuk tayangan umum aja. Saiz seperti ukuran kat pembaris tu yang sepanjang 15cm (pembaris pendek anak aku).



Tray 1, gambar polar bear (tray from Japan). Nice picture and graphics. Harga: RM40 (SOLD!)



Tray 2, gambar classic and tertulis 'Thirst ask nothing more'. Harga: RM35 (BOOKED!)

Thanks, untuk barang lain sila message ke gmail aku.

Friday, November 26, 2010

Bazaar @Tropicana City Mall


Salam,

Perhatian semua...

Aku akan membuka table bazaar pada date and venue seperti berikut:-

Date : 4 December 2010 (Sabtu sahaja)
Time : 12pm to 10pm
Venue : Flea Market, Tropicana City Mall, Damansara PJ.
No Table : 30
Jenis Jualan :

  1. Antiques (teko, pinggan, piring, mangkuk semua ada)
  2. Collectibles item (coca cola, pepsi dan lain-lain)
  3. Used clothes (ladies and kids)
  4. Used Comics and books.

Semua dijemput datang untuk memeriahkan lagi flea market ini. Terima Kasih.

Location map seperti di SINI.

Thursday, November 25, 2010

December ni...

Salam,

December ni aku tak sabar nak tunggu barang ni...



Hehe...tak sabar aku nak dapatkan digital SLR Nikon D3100 ni. Ya la bukan apa, hasil penat lelah bekerja selama ni akhirnya dapat ganjarannya, tak sia-sia. Alhamdulillah.. Lepas ni boleh aku melaram dengan kamera ni ke hulu hilir. Nampaknya for future gambar-gambar yang aku tepek kat sini akan lebih menarik lagi.

Wednesday, November 24, 2010

Monday, November 22, 2010

Wang Indonesia 1964 (SORRY, ALL SOLD!)

Salam,

Hari ni jual notes Indonesia tahun 1964. Terus terang kata aku bukan pakar dalam hal ni, cuma boleh jual berdasarkan harga pasaran semasa. Condition UNC, dengan saiz sangat unik dan kecil. Notes yang aku ada ni untuk 1, 5 dan 10 sen.



Harga masih boleh runding. Nak tau harga, sms or call me bagi serious buyer only!

Sunday, November 21, 2010

Pop Kuiz

Salam,

Korang mesti tak percaya bila tengok gambar ni. Nak tunjuk segan, tapi bila tak tunjuk rasa rugi pulak tak share dengan kawan-kawan. Very classic! Masa aku 'masuk Pop Kuiz' rancangan kuiz hiburan yang amat popular kat TV3 dulu-dulu sekitar era 1990an (yang ni waktu aku masuk tahun 1992).

Photo the one and only: Aku paling kiri sekali, Pak Nil yang kanan tu. Ni lepas habis rancangan. Tengah tu yang putih melepak tu Rina Khan.

Tengok gambar atas tu sure korang gelak tengok muka Aznil (Pak Nil) dulu dengan Rina Khan. Ni Pop Kuiz masa buat kat selatan tanahair (Johor Bahru season). At that time aku 'praktikal' kat JB selama 6 bulan so kata orang sambil nyelam minum air, sempat le aku glamer kejap masuk TV walaupun aku dapat tempat ke-3. Masa tu hadiah lumayan, dapat mini hi-fi, 3 CD and Jam tangan jenama mahal.

Ok, enjoyyy tengok gambar ni.

Friday, November 19, 2010

Damai - My workplace


Hari ni aku nak bercerita pulak, asik jual barang jer pun bosan juga. Selama ni aku tak pernah cerita pasal my workplace since the first day of my blog. So, this is it…

Ofis aku biasa-biasa saja, sebuah office property developer. Nak kata top, kami ni just a small competitor. Cuma the ambiance of my office pada aku sangat menarik. Kalau dulu (from 2003 – 2005) aku berada di HQ kat Jalan TAR, KL keadaannya amat berbeza sekali dengan kedengaran hiruk pikuk kebisingan metropolitan KL. Now segalanya dah berubah sejak semuanya berpindah ke sini, aman damai sunyi sepi. Pagi-pagi dapat mendengar kicauan burung dari celah-celah pokok. Macam kat kampung!. Gambar-gambar ni aku ambil from lensa one of my officemates; Zain (credit to him).


Di mana tempat ni yek? Kalau nak tau, ia berdekatan dengan F1 and LCCT KLIA. Just a bit further depan sikit from F1, you can see from far-far away this ‘Hollywood Signage’. Just next to this development is Kuarters KLIA (government kuarters). Korang ke depan sikit jumpa Bagan Lalang, tempat seafood yang sodap tu. Project developed by TH Properties (anak syarikat LTH). Township ni lebih kurang 5000 acres and dah 30% developed (promote sikit hehe).

Di sini lah terletaknya my workplace, just 5 minutes drive from my home dan takde traffic jam pun!. Office aku pun ala resort style (single storey building). Dikelilingi oleh pembangunan perumahan dan industri. One of the biggest investor coming here is Coca Cola (2012).


Kalau dulu bingit dengan bunyi kenderaan di kota, now setiap pagi aku boleh dengar kicauan burung dan unggas-unggas berterbangan. Nyamuk pun boleh tahan banyak. Tapi aku suka dengan environment ni. Suasana kampong, nak makan pun pergi warung kat area Kampung Jijan or LBJ berdekatan. Hari-hari masak lomak!


Anyway, itu saja yang dapat aku ceritakan sedikit tentang my workplace…

Wednesday, November 17, 2010

Gelas Berkaki

Produk ni aku tau memang ramai yang nak, last time aku dah jual beberapa set gelas ni. Yang kaler pink antara yang paling cantik pernah aku tengok (cuba surf item-item yang lepas). Ni ada dua jenis kaler yang aku dapat, kuning (pernah jual dulu) dan biru (ni belum pernah tengok).

Gelas Design A. Kaler biru kehijau-hijauan dengan motif flora kat tepi. Semua gelas ada 5 biji dan complete.

Harga : RM8 sebiji (SOLD TO KAK NANIE)

Gelas Design B. Kaler orange juga dengan motif flora kat tepi. Semua gelas ada 3 biji sahaja dan tak complete.

Harga : RM8 sebiji (RM24 untuk 3 biji)

Sms aku untuk nego or buy this items. Penghantaran akan dilakukan pasa hari Sabtu di Maeps sebelah malam.

Tuesday, November 16, 2010

Dumex Babyfood (NOT FOR SALE)

Salam,

Yang ni bukan set teko or cawan Dumex babyfood yang now ramai yang sedang mengumpul. Item ni ialah plastic bag Dumex pada zaman set teko-teko tersebut dikeluarkan pada era tahun 1960an. Beg ni masih dalam keadaan baik depan dan belakang cuma aku belum sempat frame.

Aku dapat barang ni secara tak sengaja semasa sesi korek mengorek 2 hari lepas di Seremban. Korang tau la aku kalo buat operasi ni secara solo bukan kerana apa, yang dok sini pun aku sorang jer. Member aku yang lain kebanyakannya duk KL or Klang Valley, nak ajak my luvly wife tak berapa minat nak buat, hehe.

Gambar Hadapan : Dumex babyfood ada tertera gambar baby dengan design tin lama.

Gambar Belakang: Tertera gambar hadiah yang boleh ditebus - teko, piring, pinggan, tak payah sebut la yek...

Sorry, aku tak jual item ni kecuali ada yang offer coz nak carik lagi menatang ni memang susah dah. Plastik beg ni kalau hilang, memang dah takde jual lagi dah kat kedai. Tapi kalau ada yang 'offer' dengan harga yang munasabah, aku ok jer.

Monday, November 15, 2010

Barang F&N


Salam,

First thread sejak aku stop sekejap meniaga. This one not so 'happening' item, just nak mengisi entry kasi penuh. Barang yang aku dapat ni pun tak seberapa hebat, dapat from Seremban menyelak-nyelak dan mengorek-ngorek kat kedai lama. Dalam diam-diam aku berhasil walaupun tak berapa menarik. Anyway layanzzz...


Crate F&N, conditionnya waduh sedih tapi aku belum bersihkan lagi. Kalau rating from 1 to 10 aku bagi 6/10. Harga nak tolak murah saja RM20. Yang ni tak boleh pos yer. Kalau nak, kena ambil di MAEPS on Saturday, call aku dulu.

Gelas F&N ni ada 2 jenis corak sahaja. Setiap satu aku nak jual RM8. Ada 4 biji setiap satu design dalam stok aku.

Sms ler..