Friday, July 16, 2010

Aku Kena 'Prolapsed Disc'

Sorry kengkawan sebab dah lama tak update blog. Aku telah dimasukkan ke hospital (admitted) on Tuesday caused of 'Prolapsed Disc' hebat gak nama penyakit ni tapi yang sebenarnya sama aja term yang orang Malaysia pakai iaitu 'slip disc' cuma doktor kebanyakannya tak suka pakai term ni nampak macam tergelincir aja bunyinya. Perhatikan gambarajah di atas bagaimana terjadinya penyakit tersebut. Kebarangkalian untuk terjadi mungkin disebabkan oleh selalu mengangkat bebanan yang berat, bersukan dan lain-lain seperti kemalangan. Dalam kes aku ni, aku pun tak espek ia nak terjadi tak tau la aku atas sebab apa. Tiba-tiba saja...

Kalau diperhatikan gambarajah tu, disc tu terkeluar dari landasannya dan menolak urat (nerve) yang menyambungkan ke leher dan ke kaki. Dalam kes aku ni, ia ke arah kaki so kesakitannya sakit di bahagian kaki kiri.

Cerita penuhnya macam ni. Sejak Jumaat aku dah rasa dah semacam jer dengan pungkok aku sengal giler. Lepas tu on saturday kat Maeps pun still sama dan lebih sikit sakitnya. Hari Ahad dah melarat ke peha and betis, aku rasa kebass. Langsung tak boleh berdiri lama. Bila berdiri aja tak sampai seminit dah kena baring. Bisa sungguh kaki kiri aku. Sampai la hari senin aku pi la klinik panel. Check ala kadir jer doc tu, bagi MC 1 hari kata mungkin 'muscle pain' kaedahnya.

Tapi hari selasa aku dah tak tahan, ambil GL terus pi Hospital KPJ Somban. Doc check kata aku kena 'slip disc'. Doc mintak den buat MRI scan separuh badan ke bawah. Ayo yo...terus admitted. On Thursday semalam aku kena buat satu procedure (ala ala pembehan kecil) kena cucuk di sekitar disc dengan cecair atas nasihat doc. Di pengsankan (bius) so aku tak sedar selama sejam.

Now, alhamdulillah dah ok sikit kurang rasa sakit. MC until 30 July 2010. Nampaknya atas nasihat doc aku terpaksa menghentikan aktiviti meniaga kat maeps until aku dah cukup ok. Kalau meniaga pun aku akan buat secara online. Harap kawan-kawan semua take note dan lepas ni kalau nak ambil barang yang dibooking or beli aku akan letak di bazaar maeps kat gerai rakan-rakan. Lebih mudah begitu.

Dan kepada yang telah membuat urusan jual beli dengan aku tempohari, aku minta maaf sebab tak reply sms or message dari korang. Sorry bebanyak.

6 comments:

  1. Salam Zul,semoga zul cepat sembuh takpe Zul berehat dulu kat rumah at least sebulan jgn angkat benda2 berat,sentiasa berwaspada dengan segala aktiviti harian Zul yang penting ubat makan,pasif exercise buatlah sikit2 goyang2 kaki ke sambil tengok tv tu n follow up gan orthopedic tu kena continue ye.

    ReplyDelete
  2. salam zulkis..
    simpati dengan apa yang tejadi..take care yer.. ;)

    ReplyDelete
  3. thanks kak aina and Yatt...tapi urusan jual beli tetap jalan seperti biasa. Blog makin aktif la yer hehe

    ReplyDelete
  4. salam Zul,

    semoga cepat sembuh dan dpt mc lama boleh la byk2 berehat bagi sembuh n blh niaga balik

    ReplyDelete
  5. salam zul,
    buat masa ni rehatlah byk2...akak doakan semoga cepat sembuh dan boleh berniaga seperti sediakala...:)

    ReplyDelete
  6. Salam, semoga cepat sembuh dan dipermudahkan oleh Allah..berehatlah secukupnya ya...
    take care...

    ReplyDelete