Saturday, July 10, 2010

2 Besi Buruk (Mangkuk Tingkat & Kotak Tin Lama)

Salam,

Barang lama kalau disimpan akan jadi buruk dan lama-lama orang tak pandang. Tu la yang terjadi dengan barang-barang yang ditunjukkan di bawah. Aku jumpa kat bawah rumah orang (rumah kampung di Nogori la), dalam kotak aku selongkar bersama-sama sekali dengan tempurung kelapa yang hapak baunya dalam kotak tu. Aku jumpa barang lama yang dua ni. Lap-lap sikit tapi takde la bau tu lekat coz ini barang terletak kat belah bawah. Naik pelik makcik tu yang merupakan empunya rumah tengok aku selongkar kemain beriya-iya sangat... hehe


Ingatkan jumpa la teko kotak 10 kotak (sure berebut nanti hehe.. takpe nanti teko kotak kalau ada aku rezabkan pada yang dah bertanya dulu) or teko-teko rare ke, yang cantik-cantik den sapu le dulu. Tapi malang, hasil usaha aku tak kesampaian. Yang ada hanyalah mende yang dua ni. Jadi laahh... asal ada barang dah le.
Yang ni mangkuk tingkat atau 'sia' diperbuat dari alumunium sebab dia ringan. Bersaiz kecik, tinggi lebey kureng 30 cm.

Rega: RM35 (fixed ni kira murah ni)



huh? brand d'jawa..brand apa tu ye..


Yang ni pulak kotak lama 'butterfly brand'. Kalau korang ingat zaman 70an and 80an jenama ni famous terutama kepada suri rumah kerana dia membekal kan barang-barang keperluan dapur seperti dapur minyak tanah, pelita ayan, barang-barang jahit dan lain-lain lagi. Kotak ni dah pudar sikit belah tutup, bentuk segiempat sama. Panjang dalam 25 cm.

Rega: RM30 sahaja.




Macam yang aku cakap tadi (eh mana bleh bercakap hehe) atas dia dah berkapang dan berkerak (tu yang dikatakan antik! hehe)

So, kepada collector tin apa lagi sambar lerr...

1 comment:

  1. Hello,

    Yang brand DJAWA, di Indonesia disebut rantang susun :)
    Sedang brand DJAWA, karena perusahaannya bernama DJAWA, dulu ada di Surabaya, Indonesia. Dan kalau tidak salah berubah menjadi pabrik MASPION yang sekarang besar.
    Hanya sekedar info, semoga bermanfaat

    Salam,
    Irina

    ReplyDelete