Sunday, November 14, 2010

Kedai akan buka...


Kedai masih belum buka, tidor lagi. Nantikan kemunculan semula. Aku akan upload item-item baru, insyaAllah. Masih tengah mencari dan mengumpul barang. Dah lama tak meniaga, rasa gian, ketagih dan bermacam-macam rasa haha..

Anyway kepada sahabat handai dan rakan taulan sekalian, sejak dua menjak ni aku terlalu busy sampai takde masa nak carik barang. Ok la tungguuuu...

Monday, November 1, 2010

Trip to Jonker Walk, Melaka

Fakta Trip:-

Date : 30 Oct 2010
Check in : Hotel Time, Melaka

Salam,


One fine day...at Jonker Walk (30/10/10) in architecture and building facade perspective. Aku masa zaman study kat 'U' dulu memang gemar sungguh subject 'urban design'. Even masa subject tu dulu, aku pernah buat morfologi Bandar Muar and Melaka.

Now, back to Melaka again (tak suka sebut Malacca). Jonker Walk terletaknya deretan bangunan-bangunan kedai era penjajah sehingga era selepas perang. Di sini menempatkan kawasan pedagang-pedagang pada waktu itu ber 'trading' tak kira lah dari rempah ratus ke kayu kayan. Aku suka tengok scenery sebegini, sama macam kat Ipoh or Penang. So layanzz...pics yang sempat aku shot (bateri kong pulak di hujung jalan).

Photo 1: Jonker Walk entry statement.
Photo 2: Walkway between buildings, going to nowhere? but nice ambiance.

Photo 3: Sungai Melaka sekarang.

Photo 4: Jonker Gallery, sayang sekali kedai dalam ni not an antique store but a ladies butique. Design interior kat dalam tu very nice with nice detaling cuma aku tak dapek nak shot (no camera please!).

Photo 5: One of a row of shops that still maintain the facade of the building (I was amazed). Looks like Kapitan plus Italian style of architecture.

Photo 6: Buddha old temple

Photo 7: Old windows of an old shop (import and export office hehe..) Tingkap ni kalau ada jual kat kedai kayu terpakai, harus aku rembat..hehe.

Photo 8: One of the shop has been fully refurbished to a new look. Kedai ni ler yang depa pakai dalam filem 'Stem'.

Photo 9: Old antique tiles, harga sekeping tak silap aku tak sampai RM30. Ada jual kat kebanyakan kedai kat sini.

Monday, October 18, 2010

Tala Balang la mau jual..


Wa sulah lama tala juat barang owh. Bukan apa, aku now very busy with work in the office. My department boss dah takde sulah berhenti. Aku baru start keje, so now kena handle department sampai aku weekend langsung tak sempat nak beli 'junk' yang boleh aku tukar jadi 'wang'. Tunggu ler maybe 2 or 3 weeks lagi. Ada aja terus tempek kat blog ni.

Ok chow dulu wa nak layan FB, hehe

Friday, October 8, 2010

Dumex Tin Sign

Gambar hiasan - pekan ni le tempat aku carik barang

Salam,

Hunting barang beberapa hari lepas agak memenatkan kerana barang tak dapat banyak. Berpeluh bagai nak rak ada lah. Menyelinap masuk rumah dan kedai lama. Apek-apek kedai pun dah tak mau layan aku haha "Lu punya muka saja laaa, balang tala laaa lu sulah amik semuaa". Haiyaa...ini apek manyak cekadak la. Aku pakai apa cara sekalipun dia mesti kenal aku punya. At last aku nampak tin sign ni kat dinding kedai dia aku beli dgn dia 2 sekaligus.

Yang sebenarnya barang ni dah SOLD today via mudah yang aku iklankan last week. Sorry kawan-kawan, aku terlupa akibat terlalu busy keje lupa nak masuk dalam blog ni. Nak amik gambar untuk MMS pun tak sempat.




Dumex tin sign tapi condition tak berapa perfect tapi masih cantik kalau buat display. Gambar tin dumex lama yang ada gambar budak mat salleh tu. Nak jual murah dari harga pasaran macam dalam mudah tu.

Harga: RM120 saja - SOLD! (boleh nego lagi kalau perfect condition dalam RM350).

Wednesday, October 6, 2010

Kickapoo, Green Spot and Coca cola Middle East

Salam,

Minggu ni very slow sikit coz aku busy with office work yang menunggu-nunggu kedatangan semula aku selepas MC lama. Ada site visit esok. Yang ni 3 botol nak dijual. Kalau tak laku aku simpan keh keh keh. Boleh buat display, kalau terjual alhamdulillah syukur. Tiga botol ni ialah Green Spot, Kickapoo dan satu botol Coca cola dari middle east tak tau negara mana. Dah la kat tutupnya takda sarikata, langsung aku tak faham 'bahasa arab laaa'.




Kickapoo joy juice ni tahun buatan unknown aku langsung tak tau. Tutup dah karatz tak nampak. Kandungan 285ml, masih ada air kat dalam (jangan minum kang kojol plak).

Harga: RM25 (nego)


Green Spot 285ml ni pun nak jual sekali. Air dalamnya dari kaler oren dah tukar golap macam air sarsi.

Harga:RM25 (nego)



Coca cola middle east ni aku buh sekali dalam entry ni senang. Aku tak berapa arif coca cola dari negara Arab ni coz tulisan arab tu langsung den tak faham apa maksudnya. Haha..

Harga: RM35 (nego)

Sms me at 013-2296679 for details.

Wednesday, September 29, 2010

Poster F&N lama (NOT FOR SALE)

Salam,

Hasil hunting last week yang boleh dikatakan 'tarak hasil' tapi aku luckily berhasil mendapatkan poster lama ni yang kondisinya tak berapa elok. Ya la, aku bukan lah fanatik collect poster-poster lama ni. Kalau ada pun koleksi aku bukan yang hebat-hebat, yang harga riban-riban. Baru nak start balik mengumpul la ni.


Ni merupakan poster lama keluaran tahun 1950an. Ada satu lagi version, gambar amoi pegang botol mengiring ke kanan. Tapi yang ni ke kiri. Yang ni pun aku jumpa kat rumah orang dan dah terkoyak sikit belah atas. Tinggal gambar amoi tu jer. Takpe la nak dapat free susah ni nowadays. Maaf, yang ni tak jual, aku nak simpan untuk koleksi.


Just untuk tatapan umum sahaja. Not for sale.

Friday, September 24, 2010

Teko untuk Raya

Salam,

Ada 3 teko memang amat sesuai untuk raya digunakan pada open haus esok lusa, maklum la raya setahun sekali, so teko ni pun setahun sekali le gamaknya pakai, pastu display kat lemari antik hehe. Ni sodap kalo diguna untuk menyediakan teh or kopi untuk para tetamu.




Yang atas ni teko kotak warna biru buatan Italy dengan design yang menarik. Saiznya amat besor 7 inci lebar dan tinggi. Baper liter muatannya tak tahu plak aku. Tang yang menarik ialah lukisan di tepinya gambar English Scenery, memang cun melecun. Kepada para pengumpul teko kotak jangan lepaskan peluang ni.

Harga: RM150-SOLD TO KAK ROHANA



This one pulak, nak kata teko pun bukan nak kata pasu pun macam bukan pasu. Maybe jug kot. Very unik teko or jug. Aku beli dari member aku yang baru balik belajar dari UK. Dia beli kat sana (car boot sale katanya). Bawah takde chop tapi lukisan bunga ros kuning kat tepi very detail dan cun (see pic yang tunjuk zoom in tu). Tinggi dalam 24cm termasuk 'conet' kat atas tu.

Harga: RM45 (nego sikit-sikit ler)



Teko jepun di atas ni ada lukisan abstrak kat tepi saiz kecik. Yang ni aku nak tolak murah-murah aja. Aku dapat kat car boot sale somewhere kat PJ. Yang ni tak berapa antik. Rasa-rasa 1990an.

Harga: RM28 sahaja.

Itu saja untuk hari ni. Chow cin chow...

Wednesday, September 22, 2010

Signboard Camel (NOT FOR SALE)



Yang ni unik sikit, aku dapat dari Kuala Pilah masa puasa hari tu. Aku time tu rajin plak jalan-jalan jauh sikit. Sign board Camel kayu chipboard tapi tak tahu buatan tahun bila. Ada tulis kat situ 'Camel Trophy Adventure Wear'. Dengan tulisan 'embossed' timbul, sangat cantik. Still berhabuk lagi. Panjang dalam 40cm. Ingat nak gantung kat area kopitiam zone aku sikit hari lagi. Yang ni maaf tak jual nak buat collection.

Kat bawah ni kalau nak refresh memory aku sertakan iklan lama Camel dengan lagu background yang sangat familiar hehe.

Sunday, September 19, 2010

Sorry, kedai tutup

Salam,

Sebelum apa-apa, elok aku ucapkan SELAMAT HARI RAYA ADILFITIRI rasanya belum terlambat untuk ditujukan kepada kawan-kawan blogger, sahabat handai, sedara mara yang membaca, rakan niaga di Maeps, para pembaca blog, customer dari mudah.my dan customer tetap dan tak tetap aku yang paling banyak menyokong aku dibelakang tabir. Terima kasih daun keladi dan SALAM AIDLI FITRI.

Tajuk kat atas tu bukan bermakna aku bersara dari menjual barang, cuma aku berehat kejap maklumlah bulan Syawal ni kan. Aku bercuti panjang coz aku kan MC sampai 23/9/10 ni. Mungkin sambung or tidak MC aku tak tau. Tapi harap-harap tak. Now dan 10 hari kita beraya, harap-harap semua masih sihat walafiat aku doakan. Jumpa lagi nanti kita dalam blog mulai hari ni.

Aku dalam proses mencari barang. Esok lusa aku tempel la kat sini. Nanti apa-apa aku update. Thanks.

Thursday, September 2, 2010

Merdeka by Butterfingers

Salam,

Rasanya masih sempat lagi aku nak ucapkan pada semua selamat menyambut hari kemerdekaan negara kita yang ke 53 tahun. Terlewat 2 hari aku rupanya, pejam celik dah lebih separuh abad kita menyambutnya. Merdeka ertinya banyak dan berbagai-bagai bentuk merdeka. Kalau selalu kita asik dengar lagu-lagu Sudirman atau Dr Sam.

Kali ni aku nak letak lagu dari kumpulan alternatif Malaysia yang sangat aku suka lagunya pada pertengahan 1990an. Tapi kali ni depa buat lagi dalam genre yang sangat berbeza. Dengan penampilan istimewa Kassim Masdor, lagu ni berentak keroncong. Kalau korang nak tau, salah sorang anggota band ni anak sedara kepada Abg Mazlan (Beranang Antik) tak caya ko tanya dia. Tapi lagu ni memang best! Layanzzz...dan hayati lirik lagunya...



Merdeka

(pantun 1)
hari isnin bayar cukai,
selasa lalai,
rabu khamis poket pokai,
jumaat sabtu ahad kita…..

(korus 1)
merdeka
bahagia
akhirnya
merdeka
merdeka

(pantun 2)
hari isnin muka garang,
selasa gemilang,
rabu khamis bagi ruang,
jumaat sabtu ahad kita….

ulang korus 1

(perantara)
tiada sengketa antara kita
prasangka perkara biasa
tiada yg mustahil

ulang korus 1 x 1

hari ini
merdeka!

Tuesday, August 17, 2010

Hari Raya dah nak dekat

Salam lagi,

Bongkar-bongkar lagi aku jumpa beberapa item yang related dengan hari raya. iaitu bekas kuih. Now dah hari ke 7 puasa. Thats why aku letak entry aku seperti di atas. Item ni merupakan sebahagian dari lebihan barang untuk extra kalau-kalau tak cukup boleh la di tambah bagi menceriakan suasana hari raya anda. Lelong, lelong, lelong...hehe


Piring dodol kaca saiz biasa (diameter 5") ada 2 jenis kaler coklat dan biru. Rega: RM6 saja satu (SOLD!).


Piring dodol/wajik kaca saiz kecik (diameter 4" - yang ni rare sikit), jarang jumpa saiz ni. Ada 7 semuanya kaler coklat. Rega: RM5 saja satu (SOLD!).


Bekas kuih 'rectangular shape'. Kacanya sangat tebal.Tinggal satu jer, boleh buat extra. Rega: RM8 aja satu (BOOKED).


Bekas kuih bulat macam biasa lah korang mesti pernah tengok ini bekas la. Bekas kuih ni cuma tinggal 3 saja. Yang satu tu tutup dia lain dari yang lain. (gambar ke 2) Rega: RM7 sahaja satu.


Lapik or Alas gelas lama. Ada 5 atau 6 rasanya ambik la semua RM10 (SOLD!).

Semua item kondisi masih elok lagi. Esok aku akan masuk wad, maknanya mungkin minggu depan aku akan memblogging balik, insyaAllah...

Monday, August 16, 2010

2 teko tanpa tutup dan 2 cawan bujang kangkung

Salam di bulan yang mulia,

Tajuk entry kemain panjang lagi, tapi barang tak lengkap. Aku terpaksa let go oleh kerana space takde nak letak. Nak simpan, nanti aku lupa plak. Lagipun nak dekat raya ni, aku letak rega murah-murah dah ler. Lagipun item ni boleh dijadikan 'spare' or extra kalau-kalau yang ada tu pecah ke.

Aku kalau dapat teko yang macam ni, mesti tutup dia takdak. Samada pecah ataupun hilang tu yang tension tu. Anyway, teko kotak punya pasal aku dah basuh siap-siap teko ni...layanzz



Teko kotak ni gambar bunga dan pemandangan, masih cantik cumanya takde tutup aja. Kalau lengkap aku jual RM100 tapi yang ni takde tutup so aku letak harga: RM50 aja (SOLD TO KAK ZIE). Kalau sesiapa ada tutup ambil la teko ni. Teko jenis kotak memang susah dapat nowadays. For me, its worth buying!.


Teko bunga ros jambatan ni saiznya lebih kecil sikit dari biasa (sederhana kot) bukan yang biasa tu korang nampak tu. Pun tarak tutup jugak. Tutup yang korang nampak kat gambar tu takleh nak ngam la, aku dah cuba banyak kali. Tak tau kenapa. Yang ni rega: RM25 sahaja.

Yang ni plak dua (2) cawan bujang bunga kangkung. Ni memang ada lebih, aku dapat kat kedai apeks. Kalau nak buat extra untuk hidangan air kopi di bulan yang mulia ni boleh la ambik dua-dua sekali. Rega: RM5 aja satu.

So, apa-apa kemusykilan sila sms aku. Selamat menjalani ibadah puasa...