Tuesday, July 24, 2012

Tiga Item Besi (BEG BESI SOLD, BEKAS SIREH SOLD)

Salam,

Hari ni sempat hunting barang kat Seremban on the way balik. Ada 3 biji barang berkaratz aku dapat, jadilah dari langsung tak dapek. Adalah jugak boleh dijual.

Ni dia tiga barang tersebut yang baru aku dapat terus letak dalam bonet kereta.


1) Beg Besi Lama - SOLD!


Beg ni agak berat jugak mungkin dibuat dari besi padu. Keadaan seperti dalam gambar dah berkarat dengan saiznya (lihat gambar). Pada asalnya owner asal buat letak tools dalam beg ni. 


Harga: RM90 (nego)

 Pandangan dari atas.

 Pandangan dari depan.

 Pandangan dari dalam.

2) Bekas Sireh Antik - SOLD!

Bekas ni dibuat dari aluminium. Saiznya kecik sedikit dari yang biasa (cuba lihat comparison dengan marker pen). Kondisi masih baik dan sempurna.

Harga: RM35 sahaja.

 Depan atas.

 Dalam.

Dari atas.

3) Tin Biskut Mark & Spencer

Tin ni yang paling aku suka kerana designnya cantik. Aku tak berapa nak collect tin-tin biskut ni. Sesuai untuk koleksi.

Harga: RM30 sahaja.


Berminat? Sila email or sms saya segera.

Monday, July 23, 2012

Ramadhan 1433H

Salam,

Rasanya belum terlambat lagi aku nak ucapkan kepada semua umat Islam dan pembaca blog ini, Selamat Menyambut Kedatangan Ramadhan 1433 Hijrah walaupun dan hari ke-3 kita menunanikan ibadah puasa.


"Ramadhan, Awalnya Rahmat.... Pertengahannya Maghrifah.....dan penghujungnya pembebasan dari api neraka..."

Salam Ramadhan dari Teratak Rimbun...

Thursday, July 19, 2012

LP Rack & LP Cypress Hill


Salam,

Hari ni entry aku lain sikit. Ada dua barang old-skool, satu kegunaan zaman 60's dan 70's. Dan another one LP favourite aku di zaman 90's. Rack LP di atas yang boleh meletakkan LP sebanyak 50 keping adalah hasil pencarian (hunting) aku semalam. Last month aku ada terjual sebiji rack macam ni tapi bila dah jual rasa nyesal plak. Then nasib baik aku dapat jumpa rack macam ni lagi. Dapat pun dari sebuah rumah di area Ampangan.

Ada chop Polydor kat rack dengan nombor bilangan LP.

Rack ni buatan Polydor adik beradik Polygram kot. Tahun ianya dibuat tak dapat dipastikan. Barang-barang sebegini memang unik dan agak susah nak carik kat kedai-kedai kaset mahupun kedai muzik nowadays. Anyway, this rack akan aku letakkan LP-LP aku yang tidak berjaga tu. At least LP akan berkeadaan baik tak rosak diletakkan begitu sahaja.

EP/LP Cypress Hill yang aku ada, sayang plak nak jual. Susah nak dapat balik.

"Throw your set in the air"

Anyway, satu lagi barang ialah sebuah LP kegemaran aku antara LP yang aku ada. LP kumpulan rap hardcore yang aku suka zaman 1990's. Tapi LP ni merupakan EP or single lagu grup ni dalam album Temple of Boom tahun 1996 adalah album mereka yang ke 3 selepas kejayaan album ke 2 mereka iaitu Black Sunday tahun 1994 (lagu top Insane in the brain). Maleh nak cerita panjang-panjang hehe..

 Bas Seri Jaya waktu tu, tingkap pun jenis tolak, kalo hujan jenuh menahan air hujan masuk huhu..kalau duk kat tangga, terpaksa lah tahan nak jatuh. Tu semua old-skool days

Tiket bas Seri Jaya (Sumber: cari.com.my)

Untuk pengetahuan semua, tahun 1994 merupakan tahun aku mula-mula baru berhijrah ke Kuala Lumpur mencari rezeki selepas grad. Waktu tu aku selalu gak lepak di Pertama Complex dan masa ni la aku suka dengar lagu ni kat kedai kaset di situ. Naik bas Seri Jaya dari Damansara Heights balik keje ke Sentul Pasar memang hari-hari singgah sini. Sampai tahun lebih kurang 2001 gitu, kedai ni masih menjual LP. Aku sempat jugak beli LP rock melayu kat kedai ni antaranya Bumiputra Rockers, Ella dan Lefthanded tapi semuanya dah jual. Waktu tu memang zaman rock leleh.

Rasa macam nak balik semula pada zaman tu, mau aku beli semua LP yang ada haha... takpe dapat LP ni balik dalam simpanan pun dah kira ok la tu.

Ok, thats all for now.

Wednesday, July 18, 2012

Standing Lamp Antik (KIV Sale)


Salam,

Before we started reading this entry, ayat-ayat dan kata-kata semangat di bawah sangat berguna...

" Being passionate about your job is more than the old adage "do what you love". Putting passion in work: The trick is not just to feel passionately about your job, but to act passionately too. If you act passionately, you won't sit passively through another boring day. You can't. You will share that passion with the others in the area you love. Your energy can lift all of them. Even if it doesn't, you will feel better knowing you are doing something to advance the cause in which you believe passionately."


Alkisahnya, lampu ni sejak aku ambik berbulan-bulan yang lepas langsung aku tak pedulikan. Lampu ni aku dapat masa hunting kat Mantin. Ni memang lampu lama digunakan kat klinik lama yang telah dibuka pada era 1960an. Masih berfungsi dengan baik semasa aku 'on' kan dia. Anyway, lampu ni aku telahpun modify dan makeover semula dengan nafas baru.

Di bawah ni adalah peringkat-peringkat awal hingga akhir makeover dilakukan. Layanzzz...

 Siap sedia untuk melakukan proses mengecat tiang lampu. Keseluruhan lampu dibukak part by part tinggal hanya tiang.

Bahagian tiang part bawah di cat. Make sure debu dan kotoran tidak melekat di bahagian yang hendak di cat.


 Bahagian yang atas selesai di cat.

Tiba masanya pula bahagian cover lampu pula di cat. Bahagian ini perlukan ketelitian. Mengecat barang metal memang lambat nak kering.


 Cover lampu selepas di cat putih pada bahagian dalam.

 Tiba untuk mengecat bahagian luar pula dengan warna biru/ turqoise

Mengecat pula di bahagian tapak.
Mengecat tapak lampu dengan warna turqoise merupakan kerja terakhir dalam sessi mengecat. Selepas selesai sessi ini, tiba pula pada sessi memasang plug, wayar dan yang berkaitan dengan elektrik dan bahagian mentol.
 
Plug tiga pin dipasang pada wayar.
Wayar disambungkan melalui lubang di tiang terus kepada lubang shade lampu. Wayar sepanjang 3 meter digunakan.

Akhirnya....

Siap jugak lampu ni aku restore!. Walaupun tak sehebat mana tapi ia memang nampak retro look. Boleh lah aku letak kat living room aku nanti. Bila dah siap looks nice jugak.

Overall lampu yang telah siap di restore.

 Pandangan dari sisi hadapan.

Pandangan dari arah belakang.

Pada keadaan lampu dihidupkan cahayanya.

Lampu ni buat masa ini NOT FOR SALE. Sekiranya pada masa akan datang aku rasa nak jual, aku akan masukkan dalam FB dan juga blog ini.

Salam dan adios..

Tuesday, July 17, 2012

Pelita Nyonya

Salam,

Semalam petang lepas balik keje, sempat aku singgah satu kedai di Seremban. Pada asalnya aku nak carik cat kat satu kedai hardware lama ni. Kedai ni memang terletak di deretan bangunan lama di pusat bandar Seremban. At last, search punya search lain plak yang aku jumpa kat kedai apeks ni. Pelita ni biasa kita nampak. Tapi nowadays nak jumpa balik susah dah. Ada 10 biji jer tinggal kat kedai apek ni. Ni barang NOS (new old stock).


So, dengan rakusnya aku ambik semua stok yang apek ni ada. Jadinya, hari ni aku ingat nak letgo 2 biji. The rest aku nak simpan untuk spare. Kot-kot esok harga naik aku jual lagi. Sorry, dalam gambar takde stom or chimney. Aku tak letak, bukannya takde. Cuma tang gambar amoi tu aja ada satu jenis. Gambar amoi lain takde, tak jumpa plak dalam kedai.

Anyway, sapa berkenan just let me know. Harga: RM20 sebiji.

Sms me or email. Adioss...

Saturday, July 14, 2012

Bangku Besi Panjang (Not For Sale)

Salam,



Hah, the whole day sejak pagi aku ngecat. Bukan ngecat apa pun, sambil cat standing lamp yang semalam tu aku sempat cat sekali bangku panjang ni. Bangku ni merupakan bangku kesayangan wife aku. Kami beli pada tahun 2003 tak silap aku masa setahun berpindah ke sini (Nilai). Now dah dekat 9 tahun umurnya.

Jenis bangku ni dibuat dari 'pure' besi padu so memang berat. Bukan bangku jenis yang macam sekarang, part bahagian tempat duduk tu ada yang tak tahan kayunya terutama dibahagian tempat duduk tu. Kayu mudah patah. Yang ni semua part dibuat dari besi padu. Asalnya bangku ni berwarna hijau gelap. Biasa lah, barang dah lama dan duduk di luar rumah pulak tu, warnanya dah pudar akibat luluhawa.

So, ni lah hasilnya selepas dicat dengan warna yang agak 'off white' juga konon-konon ala English walaupun aku tak berapa minat English style ni. Not my type of deco style.

Adioss...

Sunday, July 8, 2012

Bangku dan Meja Retro (All Sold)

Salam,

Dalam busy2 semalam memake over almari, malam tadi sempat gak aku pi dinner ada kawan ajak kat Bukit Kiara saja nak tenangkan dan menghiburkan diri aku semalam. Okay lah sedap gak makanan sambil menonton Magic Show yang agak mengecewakan shownya.

Dinner malam tadi yang aku pi tu.

Alhamdulillah, almari semalam tu telahpun selamat dihantar ke tuan yang baru. Anyway, tiga item ni dah sebulan kat rumah aku. Cuma belum berkesempatan nak make over jer. Tapi sejak semalam aku dah start riki-riki apa nak di make overkan for these 3 items.

Hari ni sempat plak touch up hasil usaha dan pertolongan wife aku menukar semula kain pada cusion. So ada 3 barang nak di let go; satunya bangku di bawah ni dengan pencil leg lagi. Buatan zaman 1970s kaedahnya.

 Setelah ditukar dengan kain baru pada cusion.

Harga: RM85 (Sold and taken up by Azwan)

Bangku yang satu lagi ni aku tak buat apa-apa perubahan pada cusion tu. Just remain the Orange look pada bangku. Still nampak retro.

 Orange look, very retro.

Harga: RM90 (SOLD)

Last, meja kayu potong with pencil leg but this one aku tak jual yer. Sayang beb...untuk rumah baru aku



Wassalam...esok jumpa lagi

Almari Antik No. 22 (Proses Restoration)

Salam,

Ini bukan posting sambungan restoration Almari No 20 semalam (almari nyonya). Ni almari jenis simpan lauk (almari No 22) yang tempohari telahpun ada pembeli KLIK SINI.

Almari jenis ni yang ala almari lauk memang banyak permintaannya. Kalau zaman tu, almari ni digunakan untuk meletak lauk yang siap untuk dihidang amat femes zaman 1960an. Ramai customer tanya, bila nak ada yang baru. Dan jawapannya ialah, lemari ni memang susah aku nak dapat. Kalau ada pun kat kampung-kampung dah jadi reban ayam. Nak beli pun orang tak kasi. So, paham-paham saja lah yer hehe.

Anyway, proses restorasi atau restoration bahsa omputihnya tidak lah se susah macam almari nyonya yang aku buat tempohari. Walaupun agak sedikit mudah, nak men touch upnya nak jadikan nampak sedap mata memandang jika dilihat ada sedikit part yang rumit sahaja.

Kalau kita tengok pada almari ni, permukaan dalamannya dilapik oleh formica corak lama yang dah jarang kita nampak nowadays (lihat gambar).

 Keadaan dalam almari. Formica corak lama 1960s akan dikekalkan untuk memberi impak antiknya. Perlu touch up sana sini.

 Pintu dibuka untuk menukar jaring halus lama. Rasa nak simpan ke jaring ni? Dah rosak teruk daaa.. Debusshhh...campak dalam tong sampah.

Proses menggosok kertas pasir ke atas almari sedang dijalankan. Cuba lihat di sini, keadaan almari masih utuh dan sempurna. Bawah tu aku suka zone kandang tu.

Ok, now proses untuk mengubah pintu jaring tadi kepada kaca berwarna atas permintaan customer. Aku terpaksa alter sikit keadaan bingkai pintu. So now bingkai telah ditukar masuk ke dalam untuk memudahkan kaca di pasang.

Bingkai pintu telah siap divarnish

Now plak, proses memvarnish or syelek keseluruhan almari. Yang ni agak memakan masa skit at least 6 jam. Agak lama kan? Yer, celah-celah bedah pun ko kene tenyeh varnish. So kerjanya agak-agak cerewet skit. Tapi bukannya aku buat straight 6 jam. Sambung-sambung la buat keje ni.

Keadaan almari dalam tahap 70% divarnish

Ok, kaca berwarna akan dihantar terlebih dahulu ke kedai apeks cermin untuk proses pemotongan. Apek ni selalunya dah kawtim dengan aku pasal keje potong memotong ni. Tapi kali ni bagusnya apek ni tak caj aku apa-apa. Terima kasih apek hehe, lain kali boleh potong kaca lagi. Kaca yang telah dipotong diletakkan di bingkai yang telah tersedia.

 Cermin warna yang telah dipotong dipasang terus ke bingkai. Kali ni warna biru dan kuning menjadi pilihan customer.

Bingkai tersebut seterusnya dipasang/ skru terus ke almari.

Peringkat seterusnya ialah pemasangan bingkai ke almari. Keje ni yang paling aku tak suka coz rumit memerlukan assistant hehe. Lepas tu, ada lagi keje iaitu mengecat warna emas ke pemegang sediada tu supaya nampak cantik skit.

Cat berwarna emas digunakan untuk memberi nafas baru pada pemegang pintu.

Ok. finnally siap sudahhh....tada. Ahhh lega bila dah siap. Boleh la hantar pada customer.



Akhir sekali aku nak kata kat para pembaca, kalau meminati sesuatu perkara itu, buatlah secara bersunguh-sungguh dan jangan sekali minat dan kelebihan yang ada pada diri itu disia-siakan begitu sahaja. Bukan sahaja dapat mengisi waktu yang teluang tapi dapat menambah pendapatan juga.

Kadang-kadang, ramai yang bertanya pada aku. Kenapa ko susah-susah buat mende ni? Kan ko dah ada keje dah. Kata aku pulak, tu ialah MY PASSION... aku minat, aku suka, so what? Tak salah kan? At least dapat gak some extra money.

Terima kasih semua atas sokongan anda! Wassalam.

Friday, July 6, 2012

Almari Antik No 20 (Proses Restoration Part 1)

Salam,

Almari antik No 20 ni adalah asalnya dari posting yang lalu klik SINI. Almari ini aku rasakan unik oleh kerana aku belum pernah dapat lagi jenis yang sebegini.


Now, mungkin blog aku nak tunjukkan only for restoration process. Hmm...nampak macam exciting gak. Lepas ni aku boleh la jadi macam cerita 'King of Restoration' kat History Channel tu. Seronok gak kan tengok cerita tu. Very kreatif... anak beranak tu buat keje. Tapi aku belum lagi sampai tahap otai macam tu. Pada aku ramai lagi otai-otai kat Malaysia ni macam Haji Musa (yang aku kenal) dan lain-lain.

Almari baba nyonya ni kalo ikut posting asal memang telah berderai part-part nya. Alhamdulillah, aku telah berjaya mencantumkan sedikit demi sedikit part-part yang berterabur tu. Walaupun masa takde, dengan ke BZ yan tahap cipan. Dengan banyak lagi almari lain nak di restore.

Bahagian yang pelik dan susah nak dicantumkan akhirnya berjaya aku kenalpasti. Cuma tang kakinya saja tak dapat diselamatkan oleh kerana telah mereput dan uzur.

Bahagian pertama ialah proses untuk membuat rangka almari. Proses ni yang paling leceh dah rumit untuk mendapatkan rangka yang kukuh sangat susah. Kayu asal pulak jenis yang keras dan susah nak skru dan paku. So di bawah ni ialah rangka yang telah diolah dan disiapkan.

Rangka pandangan kanan.

Rangka pandangan kiri.
Setelah selesai memasang rangka, untuk memasang bahagian lain akan menjadi lebih mudah. Gambar di bawah menunjukkan bahagian lain telah dipasang dengan jayanya cuma ada satu masalah, iaitu...kakinya? Kaki almari ini telah rosak teruk (hancur) tidak boleh diselamatkan lagi. So, nak tak nak aku kene juga buat kaki yang baru.

 Papan tepi belakang dan depan siap di lekatkan.

Siap sudah bahagian ni

Bahagian kedua ialah untuk mencantumkan bahagian atas yang merupakan bahagian yang paling mnarik sekali. Bahagian ni yang paling banyak item glass dan cermin. Part-part ni semuanya diperbuat dari kayu jenis ringan, so aku hanya menggunakan gam kayu untuk mencantum-cantumkannya semula. Cuma agak susah untuk mencari cantuman2 kecil. Sedikit demi sedikit semuanya complete dan selesai (gambar di bawah).

Rangka bahagian atas (belakang) telah dicantum dengan jayanya.

Walaubagaimana pun, kaki sempat aku buat yang baru. Design? Takde apa pun, just straight forward menggunakan kayu 2" x 2". Tetapi harus ingat, pemilihan kayu juga penting. Jangan guna kayu yang biasa-biasa. Gunakan kayu merbau atau meranti. Cuba cari di kedai-kedai kayu lama. Minta depa ketam bagi halus. Jangan guna permukaan yang kasar. Nampak tak sama.

 Rangka kaki baru yang siap dipasang.

 Pandangan bawah.

Cuba perhatikan pemasangan sangga besi (beli di Ace Hardware) untuk mengukuhkan struktur kaki.

Di bahagian penjuru kaki juga perlu diletakkan sangga besi bagi mengukuhkan struktur kayu. Kalau tak mau terlentuk lemari ni tanpa besi ni.

Part cermin dan bahagian atas telah berjaya aku lekat semula dengan jayanya. Aku beli semula glass panel yang berwarna boleh dikatakan femes zaman 60s dan 70s. Rumah-rumah tradisional banyak menggunakan panel glass sebegini. Tapi kaca jenis ni ada reproduction jenis baru, ada supplier kalau cari dalam alibaba.com. Tapi jenis yang lama amat payah nak dapat. Aku pernah jumpa kaca ni dijual di Seremban tapi yang ada hanyalah warna hijau. Kalau korang nak, kat Kuala Kubu Baru ada. Tapi nak pi sana mak aiii jauhnya.

Bersambung di episod akan datang....Part 2.

Tuesday, July 3, 2012

Tali Pinggang Tembaga

Salam,

Pejam celik, pejam celik 2 minggu lagi dah nak bulan Ramadhan. Minggu lepas aku sempat singgah satu tempat ni kat Seremban. Dalam belek-membelek barang tu, aku terpandang benda ni.

Dulu aku pernah ada talipinggang ni. Tapi dah let go masa meniaga kat pasar MAEPS dulu. Dulu rasa tak rugi nak menjual, now rasa sayang plak bila dah di let go. Anyhow, aku beli gak dengan harga yang agak bagus...yer harga yang agak murah.


Buat masa ni belum rasa nak jual. Mungkin aku nak frame mende ni dengan barang-barang tembaga yang lain. Now dalam koleksi aku dah ada sebiji gendik, cucuk sanggul 8 biji, gelang ada 3 dan sebiji beg tembaga nyonya.

Tunggukan saatnya...