Salam,
Ini bukan posting sambungan restoration Almari No 20 semalam (almari nyonya). Ni almari jenis simpan lauk (almari No 22) yang tempohari telahpun ada pembeli KLIK SINI.
Almari jenis ni yang ala almari lauk memang banyak permintaannya. Kalau zaman tu, almari ni digunakan untuk meletak lauk yang siap untuk dihidang amat femes zaman 1960an. Ramai customer tanya, bila nak ada yang baru. Dan jawapannya ialah, lemari ni memang susah aku nak dapat. Kalau ada pun kat kampung-kampung dah jadi reban ayam. Nak beli pun orang tak kasi. So, paham-paham saja lah yer hehe.
Anyway, proses restorasi atau restoration bahsa omputihnya tidak lah se susah macam almari nyonya yang aku buat tempohari. Walaupun agak sedikit mudah, nak men touch upnya nak jadikan nampak sedap mata memandang jika dilihat ada sedikit part yang rumit sahaja.
Kalau kita tengok pada almari ni, permukaan dalamannya dilapik oleh formica corak lama yang dah jarang kita nampak nowadays (lihat gambar).
Keadaan dalam almari. Formica corak lama 1960s akan dikekalkan untuk memberi impak antiknya. Perlu touch up sana sini.
Pintu dibuka untuk menukar jaring halus lama. Rasa nak simpan ke jaring ni? Dah rosak teruk daaa.. Debusshhh...campak dalam tong sampah.
Proses menggosok kertas pasir ke atas almari sedang dijalankan. Cuba lihat di sini, keadaan almari masih utuh dan sempurna. Bawah tu aku suka zone kandang tu.
Ok, now proses untuk mengubah pintu jaring tadi kepada kaca berwarna atas permintaan customer. Aku terpaksa alter sikit keadaan bingkai pintu. So now bingkai telah ditukar masuk ke dalam untuk memudahkan kaca di pasang.
Bingkai pintu telah siap divarnish
Now plak, proses memvarnish or syelek keseluruhan almari. Yang ni agak memakan masa skit at least 6 jam. Agak lama kan? Yer, celah-celah bedah pun ko kene tenyeh varnish. So kerjanya agak-agak cerewet skit. Tapi bukannya aku buat straight 6 jam. Sambung-sambung la buat keje ni.
Keadaan almari dalam tahap 70% divarnish
Ok, kaca berwarna akan dihantar terlebih dahulu ke kedai apeks cermin untuk proses pemotongan. Apek ni selalunya dah kawtim dengan aku pasal keje potong memotong ni. Tapi kali ni bagusnya apek ni tak caj aku apa-apa. Terima kasih apek hehe, lain kali boleh potong kaca lagi. Kaca yang telah dipotong diletakkan di bingkai yang telah tersedia.
Cermin warna yang telah dipotong dipasang terus ke bingkai. Kali ni warna biru dan kuning menjadi pilihan customer.
Bingkai tersebut seterusnya dipasang/ skru terus ke almari.
Peringkat seterusnya ialah pemasangan bingkai ke almari. Keje ni yang paling aku tak suka coz rumit memerlukan assistant hehe. Lepas tu, ada lagi keje iaitu mengecat warna emas ke pemegang sediada tu supaya nampak cantik skit.
Cat berwarna emas digunakan untuk memberi nafas baru pada pemegang pintu.
Ok. finnally siap sudahhh....tada. Ahhh lega bila dah siap. Boleh la hantar pada customer.
Akhir sekali aku nak kata kat para pembaca, kalau meminati sesuatu perkara itu, buatlah secara bersunguh-sungguh dan jangan sekali minat dan kelebihan yang ada pada diri itu disia-siakan begitu sahaja. Bukan sahaja dapat mengisi waktu yang teluang tapi dapat menambah pendapatan juga.
Kadang-kadang, ramai yang bertanya pada aku. Kenapa ko susah-susah buat mende ni? Kan ko dah ada keje dah. Kata aku pulak, tu ialah MY PASSION... aku minat, aku suka, so what? Tak salah kan? At least dapat gak some extra money.
Terima kasih semua atas sokongan anda! Wassalam.
Syabas, hasil kerja yang memukau :)
ReplyDeleteThankss...
ReplyDeletetp da ade yg booked..hmmm
ReplyDelete