Sunday, July 8, 2012

Bangku dan Meja Retro (All Sold)

Salam,

Dalam busy2 semalam memake over almari, malam tadi sempat gak aku pi dinner ada kawan ajak kat Bukit Kiara saja nak tenangkan dan menghiburkan diri aku semalam. Okay lah sedap gak makanan sambil menonton Magic Show yang agak mengecewakan shownya.

Dinner malam tadi yang aku pi tu.

Alhamdulillah, almari semalam tu telahpun selamat dihantar ke tuan yang baru. Anyway, tiga item ni dah sebulan kat rumah aku. Cuma belum berkesempatan nak make over jer. Tapi sejak semalam aku dah start riki-riki apa nak di make overkan for these 3 items.

Hari ni sempat plak touch up hasil usaha dan pertolongan wife aku menukar semula kain pada cusion. So ada 3 barang nak di let go; satunya bangku di bawah ni dengan pencil leg lagi. Buatan zaman 1970s kaedahnya.

 Setelah ditukar dengan kain baru pada cusion.

Harga: RM85 (Sold and taken up by Azwan)

Bangku yang satu lagi ni aku tak buat apa-apa perubahan pada cusion tu. Just remain the Orange look pada bangku. Still nampak retro.

 Orange look, very retro.

Harga: RM90 (SOLD)

Last, meja kayu potong with pencil leg but this one aku tak jual yer. Sayang beb...untuk rumah baru aku



Wassalam...esok jumpa lagi

Almari Antik No. 22 (Proses Restoration)

Salam,

Ini bukan posting sambungan restoration Almari No 20 semalam (almari nyonya). Ni almari jenis simpan lauk (almari No 22) yang tempohari telahpun ada pembeli KLIK SINI.

Almari jenis ni yang ala almari lauk memang banyak permintaannya. Kalau zaman tu, almari ni digunakan untuk meletak lauk yang siap untuk dihidang amat femes zaman 1960an. Ramai customer tanya, bila nak ada yang baru. Dan jawapannya ialah, lemari ni memang susah aku nak dapat. Kalau ada pun kat kampung-kampung dah jadi reban ayam. Nak beli pun orang tak kasi. So, paham-paham saja lah yer hehe.

Anyway, proses restorasi atau restoration bahsa omputihnya tidak lah se susah macam almari nyonya yang aku buat tempohari. Walaupun agak sedikit mudah, nak men touch upnya nak jadikan nampak sedap mata memandang jika dilihat ada sedikit part yang rumit sahaja.

Kalau kita tengok pada almari ni, permukaan dalamannya dilapik oleh formica corak lama yang dah jarang kita nampak nowadays (lihat gambar).

 Keadaan dalam almari. Formica corak lama 1960s akan dikekalkan untuk memberi impak antiknya. Perlu touch up sana sini.

 Pintu dibuka untuk menukar jaring halus lama. Rasa nak simpan ke jaring ni? Dah rosak teruk daaa.. Debusshhh...campak dalam tong sampah.

Proses menggosok kertas pasir ke atas almari sedang dijalankan. Cuba lihat di sini, keadaan almari masih utuh dan sempurna. Bawah tu aku suka zone kandang tu.

Ok, now proses untuk mengubah pintu jaring tadi kepada kaca berwarna atas permintaan customer. Aku terpaksa alter sikit keadaan bingkai pintu. So now bingkai telah ditukar masuk ke dalam untuk memudahkan kaca di pasang.

Bingkai pintu telah siap divarnish

Now plak, proses memvarnish or syelek keseluruhan almari. Yang ni agak memakan masa skit at least 6 jam. Agak lama kan? Yer, celah-celah bedah pun ko kene tenyeh varnish. So kerjanya agak-agak cerewet skit. Tapi bukannya aku buat straight 6 jam. Sambung-sambung la buat keje ni.

Keadaan almari dalam tahap 70% divarnish

Ok, kaca berwarna akan dihantar terlebih dahulu ke kedai apeks cermin untuk proses pemotongan. Apek ni selalunya dah kawtim dengan aku pasal keje potong memotong ni. Tapi kali ni bagusnya apek ni tak caj aku apa-apa. Terima kasih apek hehe, lain kali boleh potong kaca lagi. Kaca yang telah dipotong diletakkan di bingkai yang telah tersedia.

 Cermin warna yang telah dipotong dipasang terus ke bingkai. Kali ni warna biru dan kuning menjadi pilihan customer.

Bingkai tersebut seterusnya dipasang/ skru terus ke almari.

Peringkat seterusnya ialah pemasangan bingkai ke almari. Keje ni yang paling aku tak suka coz rumit memerlukan assistant hehe. Lepas tu, ada lagi keje iaitu mengecat warna emas ke pemegang sediada tu supaya nampak cantik skit.

Cat berwarna emas digunakan untuk memberi nafas baru pada pemegang pintu.

Ok. finnally siap sudahhh....tada. Ahhh lega bila dah siap. Boleh la hantar pada customer.



Akhir sekali aku nak kata kat para pembaca, kalau meminati sesuatu perkara itu, buatlah secara bersunguh-sungguh dan jangan sekali minat dan kelebihan yang ada pada diri itu disia-siakan begitu sahaja. Bukan sahaja dapat mengisi waktu yang teluang tapi dapat menambah pendapatan juga.

Kadang-kadang, ramai yang bertanya pada aku. Kenapa ko susah-susah buat mende ni? Kan ko dah ada keje dah. Kata aku pulak, tu ialah MY PASSION... aku minat, aku suka, so what? Tak salah kan? At least dapat gak some extra money.

Terima kasih semua atas sokongan anda! Wassalam.

Friday, July 6, 2012

Almari Antik No 20 (Proses Restoration Part 1)

Salam,

Almari antik No 20 ni adalah asalnya dari posting yang lalu klik SINI. Almari ini aku rasakan unik oleh kerana aku belum pernah dapat lagi jenis yang sebegini.


Now, mungkin blog aku nak tunjukkan only for restoration process. Hmm...nampak macam exciting gak. Lepas ni aku boleh la jadi macam cerita 'King of Restoration' kat History Channel tu. Seronok gak kan tengok cerita tu. Very kreatif... anak beranak tu buat keje. Tapi aku belum lagi sampai tahap otai macam tu. Pada aku ramai lagi otai-otai kat Malaysia ni macam Haji Musa (yang aku kenal) dan lain-lain.

Almari baba nyonya ni kalo ikut posting asal memang telah berderai part-part nya. Alhamdulillah, aku telah berjaya mencantumkan sedikit demi sedikit part-part yang berterabur tu. Walaupun masa takde, dengan ke BZ yan tahap cipan. Dengan banyak lagi almari lain nak di restore.

Bahagian yang pelik dan susah nak dicantumkan akhirnya berjaya aku kenalpasti. Cuma tang kakinya saja tak dapat diselamatkan oleh kerana telah mereput dan uzur.

Bahagian pertama ialah proses untuk membuat rangka almari. Proses ni yang paling leceh dah rumit untuk mendapatkan rangka yang kukuh sangat susah. Kayu asal pulak jenis yang keras dan susah nak skru dan paku. So di bawah ni ialah rangka yang telah diolah dan disiapkan.

Rangka pandangan kanan.

Rangka pandangan kiri.
Setelah selesai memasang rangka, untuk memasang bahagian lain akan menjadi lebih mudah. Gambar di bawah menunjukkan bahagian lain telah dipasang dengan jayanya cuma ada satu masalah, iaitu...kakinya? Kaki almari ini telah rosak teruk (hancur) tidak boleh diselamatkan lagi. So, nak tak nak aku kene juga buat kaki yang baru.

 Papan tepi belakang dan depan siap di lekatkan.

Siap sudah bahagian ni

Bahagian kedua ialah untuk mencantumkan bahagian atas yang merupakan bahagian yang paling mnarik sekali. Bahagian ni yang paling banyak item glass dan cermin. Part-part ni semuanya diperbuat dari kayu jenis ringan, so aku hanya menggunakan gam kayu untuk mencantum-cantumkannya semula. Cuma agak susah untuk mencari cantuman2 kecil. Sedikit demi sedikit semuanya complete dan selesai (gambar di bawah).

Rangka bahagian atas (belakang) telah dicantum dengan jayanya.

Walaubagaimana pun, kaki sempat aku buat yang baru. Design? Takde apa pun, just straight forward menggunakan kayu 2" x 2". Tetapi harus ingat, pemilihan kayu juga penting. Jangan guna kayu yang biasa-biasa. Gunakan kayu merbau atau meranti. Cuba cari di kedai-kedai kayu lama. Minta depa ketam bagi halus. Jangan guna permukaan yang kasar. Nampak tak sama.

 Rangka kaki baru yang siap dipasang.

 Pandangan bawah.

Cuba perhatikan pemasangan sangga besi (beli di Ace Hardware) untuk mengukuhkan struktur kaki.

Di bahagian penjuru kaki juga perlu diletakkan sangga besi bagi mengukuhkan struktur kayu. Kalau tak mau terlentuk lemari ni tanpa besi ni.

Part cermin dan bahagian atas telah berjaya aku lekat semula dengan jayanya. Aku beli semula glass panel yang berwarna boleh dikatakan femes zaman 60s dan 70s. Rumah-rumah tradisional banyak menggunakan panel glass sebegini. Tapi kaca jenis ni ada reproduction jenis baru, ada supplier kalau cari dalam alibaba.com. Tapi jenis yang lama amat payah nak dapat. Aku pernah jumpa kaca ni dijual di Seremban tapi yang ada hanyalah warna hijau. Kalau korang nak, kat Kuala Kubu Baru ada. Tapi nak pi sana mak aiii jauhnya.

Bersambung di episod akan datang....Part 2.

Tuesday, July 3, 2012

Tali Pinggang Tembaga

Salam,

Pejam celik, pejam celik 2 minggu lagi dah nak bulan Ramadhan. Minggu lepas aku sempat singgah satu tempat ni kat Seremban. Dalam belek-membelek barang tu, aku terpandang benda ni.

Dulu aku pernah ada talipinggang ni. Tapi dah let go masa meniaga kat pasar MAEPS dulu. Dulu rasa tak rugi nak menjual, now rasa sayang plak bila dah di let go. Anyhow, aku beli gak dengan harga yang agak bagus...yer harga yang agak murah.


Buat masa ni belum rasa nak jual. Mungkin aku nak frame mende ni dengan barang-barang tembaga yang lain. Now dalam koleksi aku dah ada sebiji gendik, cucuk sanggul 8 biji, gelang ada 3 dan sebiji beg tembaga nyonya.

Tunggukan saatnya...

Thursday, June 28, 2012

Almari Antik No 22 (SOLD!)

Salam,

Lama betul tak bukak entry baru dalam blog dan dah lama juga aku nak jumpa almari lauk sebegini lagi. Ni pun aku dapat kat area Senawang. Dan secara tak sengaja aku dapat beli dari seorang kenalan di situ. Nak dapat lagi almari lauk macam ni memang susah nowadays.

Anyway, lets get back to this almari. First time nampak, aku terus berkenan bukan apa tapi disebabkan saiznya yang agak unik dan lebih kecil dari yang biasa kita nampak.

Lemari lauk lama dengan Tinggi 4 kaki 1 in x lebar 2 kaki 6 in x dalam 1 kaki. Jaring tu akan ditukor kepada kaca clear dan akan nampak anggun jika di displaykan PML atau barang antik. Boleh juga kalau ditukar ke kaca warna atas citarasa pelanggan.

Jangan risau, papan lapis berkedot kat tepi tu akan ditukar.

Harga RM380 + RM20 (SOLD to Kak Aina) penghantaran ke Lembah Klang sahaja. Harga di atas temasuk baikpulih.

Sila sms or email aku untuk keterangan lanjut.

Wednesday, June 13, 2012

Kerusi Lipat Opera (ALL SOLD - 20 UNITS)

Salam,
Selepas di restore.
Lama betul aku nak ambik kerusi ni sejak 2 bulan lepas, tapi tak ambik-ambik lagi until now. Tiap kali aku hunting kat rumah apek ni, asik lah dia tanya aku.

Kerusi lipat lama ni katanya dari opera cina lama. Dia ada stik banyak, tapi nak mintak harga kurang susah gilos. Kerusi ni sesuai sangat untuk 'kopitiam' setting theme untuk house deco. Kalau digandingkan dengan meja bulat lipat tu memang ngam. Ada few units available.


Rega sebijik RM60 (takleh kurang coz aku dapat pun dengan rega yang agak mahal). 20 unit telah dijual, now tiada stok lagi. Harap Maklum

Harga diatas ni siap restore dan boleh kalo nak dihantar ke Anggerik Mall cod kat sana. Place your order dengan meng sms kan bilangan unit yang dikehendaki.


p/s: Take note that a deposit at least 50% when placing order untuk mengelakkan tak jadi ditengah jalan. Adioss.

Tuesday, June 12, 2012

Peti Harta Karun Antik (Kayu Jati) - SOLD!

Salam,

Item ni telah di SOLD!. Nak update sikit pasal peti lanun ni. Last week telah pun di restore semula dan disyelek ikut warna asal. Dan sedikit perubahan pada tombolnya yang mana telah ditukor dengan tombol tembaga lama. Tombol ni aku dapat di Kedai Antik Jonker Street. Anyway, layanzz...

 
Tombol a.k.a pemegang baru yang baru diganti.

Ni dia wajah baru peti lanun tu.


Posting asal 28/5/12

Salam,


Peti antik ni aku dah publishkan dalam FB dan juga mudah.my, saja aku ulang tayang sekali lagi dalam blog ni supaya senang dijual. Peti ni memang berat kerana ianya dari kayu jati. Panjang peti dalam 3 kaki lebih. Tombolnya aku akan tukar ke tombol antik dan keseluruhan peti ini aku akan restore semula jika ada buyer.

Harga ditawarkan: RM150 (SOLD ALREADY, SORRY)

Peti ini sangat sesuai sekali untuk dijadikan hiasan dalam rumah atau dijadikan meja kopi. Berkenan? Jom sms or call saya. Wassalam.

Thursday, June 7, 2012

Almari Antik No. 21 (Proses Restoration)

Salam,

Lama sungguh tak update blog sejak FB dah ada ni.

Almari ni pada asalnya owner tu letak kat luar. So bila dibiarkan terkena sinaran matahari dan hujan habislah permukaan kayu ni jadi licin dan susah untuk di syelek walaupun korang sapu syelek banyak kali ia tetap akan berminyak dan tidak rata. Syelek akan susah nak lekat akibat dari luluhawa kimia, angin dan hujan hehe..Pada pengalaman aku, almari ni adalah buatan era 1960an berdasarkan design dan bentuk kakinya.

Ok kali ni almari ni agak berbeza sedikit. Menurut kata pemiliknya, almari ni merupakan compartment bagi meletak koleksi piring-piring hitam, buku-buku dan magazine. Belah atas bercermin, manakala di bahagian bawahnya tidak.

Jadinya, oleh kerana para penggemar barang lama a.k.a antik dan juga kakak-kakak PML yang saya hormati lebih cenderung ke arah lemari berjenis display (mempamerkan barang) so aku terpaksalah menukar compartment yang belah bawah tu kepada cermin supaya jadi lebih praktikal mengikut keadaan masa kini.

Di bawah ini menunjukkan proses restoration almari tersebut. Aku mengambil masa lebih kurang seminggu juga nak siapkan almari. Maklum la, aku buat keje ni bukan sepenuh masa. Weekdays belah malam tu pun sejam dua aja. Weekend pun belum tentu aku dapat buat.
Keadaan almari semasa baru sampai rumah (perhatikan texture papan dan kayunya)

Pintu tersebut ditanggalkan dari body almari bagi menanggalkan papan di bahagian bawah. Gambar menunjukkan papan tersebut telah berjaya ditanggalkan dari pintu.

Keadaan almari setelah dibuka pintu.

Tombol laci asal telah ditanggalkan dan gambar menunjukkan laci telah licin ditenyeh kertas pasir kasi halusss...
Proses menggantikan frame bahagian bahagian tengah dan bawah tu untuk memudahkan perletaka cermin baru compartment belah bawah tu. Part ni agak sukar kerana banyak kerja-kerja memotong.
Proses melicinkan body almari menggunakan kertas pasir. Make sure mulot kasi tutup, habuk masuk molot copong haha..

Proses mensyelek atau varnish. Seperti yang aku dah kata tadi, proses syelek terpaksa dilakukan sebanyak 3 kali yang pada asalnya aku guna syelek warna cerah tapi terpaksa ditukar pada saat akhir kerana permukaan yang licin sukar nak memberikan efek rata pada syelek. So last minute, aku tuko warna syelek.

Tombol berbentuk kerang dipasang pada laci.

Cermin sesudah dipasang dan dilekatkan kembali pada body almari.

Tadaaa...siap sudah. Pandangan dari hadapan.

Pandangan 3 dimensi.

So kesimpulannya, syelek yang telah digunakan dalam proses di atas ialah jenis berwarna gelap (charcoal) so almari ni akan nampak seperti ala baba nyonya or kopitiam style. Proses mensyelek tersebut perlukan masa yang agak panjang dan ketelitian. Begitu jugak dengan proses penukaran cermin di compartment bawah tu.

Pada hari Khamis lepas, almari ni telah selamat di hantar kepada pemiliknya. Alhamdulillah, at least aktiviti aku ni boleh juga mendatangkan hasil dan buat badan aku berpeluh dan sihat. Pada aku, minat yang ada perlu juga diselitkan dengan azam dan usaha yang kuat untuk mendapatkan hasilnya.

Adioss...wassalam.

Sunday, May 27, 2012

2 biji Metal Zinc flower pot antik (1 SOLD)

Salam,

Kalao nak start entry kat blog amat malas sekali. Coz now dah ada FB untuk letak dan jual barang terus dari sana. Tapi memandangkan ada beberapa barang yang masih belum terjual baik aku buat entry jugak. Semalam (sabtu) amat penat sekali me restore lemari untuk di jual kepada customer.
Anyway, 2 items ni pun boleh dikatakan 'rare' juga. Dulu aku pernah jual sebiji macam ni. Satu berbentuk oval dan satu berbentuk bulat aku jumpa item ni di Seremban. Harga still boleh nego sampai jadi jika berkenan. Panjang yang oval tu dalam 3 kaki dan yang bulat tu dalam 2 kaki diameter.

Harga yang bulat : RM80 (still available)
Harga yang oval shape: RM120 (SOLD!)


Metal flower pot ni amat fofular kat oversea untuk letak pokok-pokok berbunga seperti roses dan sewaktu dengannya. Contoh macam kat bawah ni, very nice ala English style.


Berkenan? Sila sms or email me jika berkenan. Ok wasalam

Friday, May 4, 2012

Peti Lanun Antik (SOLD!)

Salam,

Mengikut cerita pemilik peti ni, ia diperbuat di England. Tapi aku tengok kat tutup peti ni ada tulis E&L 1945 tak berapa jelas, ya la benda dah lama. Saiz ukuran metal box ni 2 kaki lebar x 14 inci dalam x 10 inci tinggi. Sesuai jika dijadikan display or coffee table.

Belum dibaikpulih dan dicat semula. Kalo ambik 'as is' RM150 (ya la nowadays ramai yang suka setting interior ala industrial and minimalis kan), kalo aku catkan kaler itam RM180 (SOLD!).

Sehingga disaat ini masih tiada siapa yang booking. Sila inbox or sms saya for booking. Wassalam.

Thursday, May 3, 2012

Almari Antik No.21 (SOLD)

Salam,

Waduh.. lama sungguh aku tak update blog aku. Naik bersawang dah. Dekat sebulan setengah. Bukan apa, dekat-dekat nak pindah rumah ni aku malas nak hunting barang.


Lemari ni aku dapat kat Mantin. Pemiliknya nak letgo coz kedainya nak tutup (close door la kiranya). Lemari antik kecil ni dari kayu meranti. Buatan kira-kira tahun 1960an punya era. Kira perabot di zaman era filem-filem P Ramlee. Ukuran tinggi 4 kaki x 2 kaki lebar x 16 inci dalam. Ni keadaan sebelum dibaikpulih.



Kayu masih utuh dan berat. Harga boleh nego, tapi buat masa ni telah direservekan pada que list yang telah tersedia. Kalo depa tak jadi open to others.

Sila sms saya utk keterangan lanjut (Zul 013-2296679). Booking fees RM100 dan akan dihantar selepas dibaikpulih.

Price: Kalo nak biarkan design macam ni (siap varnish) harga RM480, kalo tuko cermin RM520 (SOLD AND DELIVERED!).

Wednesday, March 14, 2012

Dulang F&N (ALL SOLD!)

Salam,

Talam or dulang or dalam bahsa inggerisnya disebut tray. Tray F&N ni mungkin dibuat semula or re-production sebab ianya nampak baru dan masih cantik kondisinya. Anyway, walaupun re-production macam mana pun sangat susah nak dapat nowadays. Dengan kondisi yang masih cantik, mana nak dapat lagi dah. Kalau stok dah habis, korang nak carik kat mana?


 


Ya, dulang ni aku dapat dari rakan kolektor dari JB. Dengan rega yang agak baik dan ok, aku sambar 3 biji. Tray ni jenis yang ada gambar amoi comel naik sampan. Aku rasa ramai kolektor dah ada dah tray ni tak perlu dipertikaikan lagi. Kalo yang ori tak dapat rega macam ni. Dan yang ori buatan tahun 1960an mungkin bentuknya lain sikit. Ok lah, Old antique F&N tray ni ada 2 units available.

Harga: RM30 (SOLD)

Boleh self collect at Putrajaya or poslaju add RM8. Sms me 012-2296679.

Friday, March 9, 2012

Cawan Kopitiam Bunga Penuh

Salam,

Lama betul tak update blog. Last 2 weeks aku tak berapa sihat, demam yang teruk. Alhamdulillah last week dah sihat sempat gak hunting.
And last week la juga aku pi memancing di Tanjung Sepat, Morib sempat jugak aku riki and hunting barang lama. Jumpa la aku dengan set cawan ni. Agak cantik juga coz bunga nya penuh. Set cawan ni aku nak simpan untuk diletakkan atas meja kopitiam aku esok.

Set cawan ni agak tebal dan tiada chop made in mana-mana kat muntot cawan ni. So aku agak ia keluaran tahun 1960an, 1970an or lebih lama dari tu. Kalau kita perhatikan nowadays dah banyak re-production cawan ni dengan kaedah 'free gift' dari pengeluar-pengeluar produk kopi (tak dapat la den nak list kan) memang banyak dipasaran.

Anyway, aku dapat 4 set sahaja. Tu yang apek tu ada so aku sapu semunya. Ok chow.

Wednesday, March 7, 2012

Gelas Coca cola McD

Salam,
Aku ada extra untuk gelas di bawah ni 'for sale', kepada sesiapa yang mahukan gelas ini, sila email or sms aku secepat mungkin. Nak let go beberapa gelas yang ada extra.
Price: RM20 sebiji. No nego la yer.
Anyway please let me know ASAP. Thanks

Friday, February 17, 2012

Bekas Tembaga (SOLD!)

Salam,

For sale...just RM50 sahaja. Tinggi dalam 22cm gitu. Ada bran? Sila la call or sms me. Malas nak cerita panjang haha.

Wednesday, February 15, 2012

Camel Wood Board (SOLD)

For sale

Signboard Camel kayu chipboard tapi saya tak tahu buatan tahun bila. Ada tulis kat situ 'Camel Trophy Adventure Wear'. Dengan tulisan 'embossed' timbul, sangat cantik. Still berhabuk lagi, dapat ni tahun lepas. Panjang dalam 40cm. Ingat nak gantung kat area kopitiam zone tapi rasa macam tak ngam plak, tu yang let go.

Harga: RM90 (SOLD) tak termasuk poslaju.