Wednesday, June 1, 2011

Trip to Cameron Highlands again...

Salam,

Hehe..saat entry ini ditulis korang jangan tak percaya aku pi Cameron sekali lagi, cuma yang ni bezanya aku pergi dengan family yang lebih besar (2 to 3 family le). Ni aku baru jek jejak kan kaki aku kat rumah. Kalau dulu baru-baru ni aku pi dengan wife and my 2 kids, yang ni lain sikit.

Anyway, aku bukan nak bercerita panjang pasal trip ke Cameron ni pun sangat kang bosan pulak. Ni aku ada pi satu tempat di Cameron yang pasti kalo peminat-peminat antik pi akan terkecur ayaq lior tengok barang-barang antik di sepanjang ruang pameran kat sini. Sempat lah jugak aku snap banyak gambar kat dalam ni. Nah, meh kita share, kan sharing is caring huhuh

Fakta Trip

Date: 31 May 2011
Time: 10 am
Venue: Time Tunnel, Cameron Highlands
Tambang Masuk: RM3 (adult)
Lokasi: Kalau from Brinchang belah kanan (agak-agak 2km)

Nama tempat tu, Time Tunnel. Ok la layanzzz....a pictures said a thousand words





Enamel sign Singer ni aku geram..huhuh




Koleksi minyak hitam

Wahh sudu porcelain...

Kuda mainan besi...



Enamel sign yang pun aku berkenan..hmmm hmmm



Ni almari macam yang jual dulu lerr...





Wow...nice art deco display cabinet.

Huh...yang ni lagi lerr nice design wehh..



Koleksi tray lama...






Pedal car and others..



Tin tin lama...


wow...






Melanchong ke Tokyo? hehe citer lama ni

Koleksi ubat gigi...pun ada



Tin Fab, tentu ramai kolektor dah ada...ni


Ok sampai di sini saja...esok aku tambah lagi kalo ada.

adiosss..esok aku akan bertolak ke Johor (Pontian). InsyaAllah aku akan pi Rengit. Kalau sempat aku akan snap foto skit kat sana hehe..

Saturday, May 28, 2011

Tin Sign Esso

Salam,

Semalam aku lepak Lukut di PD, aku jumpo la member den yang seko ni. Lama betul aku tak lepak dengan dio sejak tahun lepas lagi. Katanya ada barang mustahak nak ditunjukkan. Dulu aku rajin sama-sama hunting barang dengan dia. Rakan seperjuangan le ni. Cuma dia suka simpan dan jarang sekali dia nak jual barang dia. Katanya, semua barangnya Not For Sale, iyo la tu. Tapi sejak aku sakit, dah malas dah nak hunting-hunting ni, tu pun mencuri masa hunting.

Lepak punyo lepak, dio kato nak mintak tolong aku rupa-rupanya. Dio sogan mulo-mulo tu, at last dia tunjuk kat aku tin sign ni. Laa ingatkan apa tadi.

Gambar yang sempat di 'snap' guna kamera ofis.

Harga ditawarkan: RM450

Aku terpakso la tolong member aku ni jualkan. Dapat le komisen skit-skit. Maklum le member den ni buto IT huhuh... Terpakso la den buek kan entry dalam den punyo blog. Takpo la jang, next time ekau bagi khatam la buat blog. Sonang sikit den ni hah.. tak kono kacao laie.

Ok la, panjang (kiri ke kanan) sign ni lebih kurang 3 kaki x 2 kaki (dari atas ke bawah). Lain-lain apa aku nak citer ek, oh ya.. kondisi masih baik. Tahun buatan aku tak pasti coz aku bukan expert sign-sign ni. Tapi memang lama la.

Apa-apa sila sms or email.

Regards,

Friday, May 27, 2011

2 Perabut lama lagi...

Salam,

Jumpa lagi sekali, tapi kali ni barang dah ada cuma aku tak sempat nak amik. Ada dua perabut memang cun, cuma satu tu aku boleh le bawak pakai myvi aku. Kebetulan that day aku bawak family aku plak, so side table tu tak dapat masuk keter. Yang satu lagi tu plak memang tak muat plak (meja tulis 1960's)...ayoyo

Bawah ni adalah 2 gambar sempat aku tangkap kat tempat aku hunting tu. Tangkap banyak-banyak kang takut apek tu marah aku plak huhu.

1950's side table. Kondisi masih cun, touch up skit je.

Meja tulis 1960's, aku suka tengok texture layer-layer kayu kat laci meja ni.

Dua-dua ni aku belum decide nak jual lagi, mungkin aku simpan kot. Tunggu le rasa-rasa nak jual, aku let go le.

Wednesday, May 25, 2011

Garage Sale P16 datang lagi!

Salam,

Apa salahnya sebar-sebarkan khabar baik dan membantu kawan-kawan. Walaupun agak terlewat aku siarkan entry ni, aku mesti bantu jugak untuk hebahkannya. Anyway, kalau sesiapa yang tak berkesempatan nak join Garage Sale (GS) yang dulu (tak silap den January 2011), cuba le datang yang ni.

GS ni dulu pernah buat, cuba klik SINI. Lokasi yang sama cuma date and time berubah. Yang ni GS kali ke 2 oleh kerana GS yang lepas sambutannya amat memberansangkan.
Member aku habaq, sesiapa yang nak join untuk buka tapak boleh lagi katanya.

Date : 29 May 2011 (Sunday)

Time : 8.00 am to 5.00pm


Venue : Dewan Kejiranan, Precinct 16, Putrajaya.


For more info, sila view poster sebelah kanan blog ini.

Aku akan update dari masa ke semasa, insyaAllah. Sesiapa yang minat nak join, sila email / sms aku. Nanti aku bagitau no tefon kawan aku tu. Terima kasih.

Wassalam,

Friday, May 20, 2011

Dua Perabot Lama for sale (BOTH SOLD!)

UPDATED (20/5/2011)

Firstly, Happy Besday to me pada 15/5/2011.

Sewaktu entry ini ditulis, kedua perabut ini telah menjadi hakmilik tuannya. Kedua-dua telah diambil oleh owner masing-masing. Aku cuma nak update gambar selepas di baikpulih dengan jayanya. Makin berkurang dah perabut-perabut dalam stor aku, alhamdulillah.


Kerusi malas selepas dibaikpulih.


Sideboard retro selepas dibaikpulih.

POSTING ASAL (7/4/2011)

Salam,

Waduh...

Sorry udah lama aku tak sempat nak telek blog. Hari-hari balik dah penat, ditambah plak keje yang menimbun. Ni ada 2 perabot lama yang baru aku dapat dari sesi hunting hari tu. Yang ni pun tak sempat baikpulih lagik. Gambar ni pun taken 2 hari lepas belum sempat barang ni aku touch up lagi.

Tunggu le esok lusa, lepas baik pulih aku tepek gambar kat sini. Tapi yang pasti kalau sesiapa nak BOOK dulu silakan lah. Tak kisah..

a) Kerusi malas vintage 1950's (BOOKED!)

Kerusi ni memang kelas gila. Masih cantik kayunya (solid wood tapi tak tahu kayu jenis apa). Cuma tang rotan jaring kat belakang tempat sandar je aku nak kena bikin balik dan telah aku hantar ke kedai member aku kat Seremban semalam. Alas tempat duduk kayu masih kukuh. Ni kalau letak kat 'patio' or serambi or balcony (bagi yang duduk kondo) memang cantik sekali. Cuma side table jer aku tak dapat. Kalau ada sure complete set ini.

Harga lepas baikpulih : RM300 (BOOKED!).


Pandangan hadapan

Pandangan tepi dengan kaki berbentuk unik.

b) Retro sideboard 1970's (ada 2, satu dibooked oleh rakan dari Shah Alam, satu lagi rakan dari Putrajaya)

Sorry sideboard ni cuma ada satu gambar saja hehe. Tak sempat nak tangkap semua angle. Ni pun belum baikpulih. Tombol aku dah tanggalkan dan kena cat balik. Nak kena varnish semula baru nampak cantik. Tinggi lebih kurang 2 kaki lebih.

Harga : RM150 (ALL BOOKED!)

Ok, kalau berkenan boleh sms sekarang coz macam biasa la yer penghantaran percuma untuk Lembah Klang, Seremban, Nilai sahaja.

Adiosss...yesszza

Saturday, May 14, 2011

Almari Lauk Lama jenis rendah (SOLD!)

Ni dia selepas baikpulih untuk tontonan umum.

Waduh, naik bersawang dah blog aku ni. Anyway, robok/almari lauk rendah ni dah di hantar ke ownernya iaitu Rizal (Shah Alam) pada Khamis lepas. Almari selepas di baikpulih seperti di bawah. Gelas kaca telah diletakkan di pintu dan telah dicat semula supaya nampak kemas.



Posting asal (29 April 2011)



Salam,

Yang ni dah ada orang reserved. In case dia cancel, aku jual kat orang lain. Tinggi dalam 3 kaki x lebar pun 3 kaki x depth 3 kaki (lebih kurang). Pintu tu aku akan tukar ke kaca (kalau confirm). Almari akan dibaikpulih terlebih dahulu sebelum dihantar kepada customer.

Harga: RM280 - SOLD TO CIKGU RIZAL S. ALAM

Adioss..

Wednesday, April 27, 2011

Almari Antik No. 14 (SOLD!)

Salam,

Almari ni mungkin dah ada pemiliknya. Que list nanti malam or esok aku tepek dalam entry ni balik. Kalau ada orang sms or call aku, memang aku tak bleh jual pada orang lain. Tapi sekiranya yang dalam list takmo baru aku open to all. Almari ni berat gilos, so kalo nak hantar jauh-jauh pakai keter memang tak berapa nak muat. Nampak gaya aku kena tunduk la sepanjang jalan macam masa aku mula-mula ambik lemari ni.

Kaler almari ni memang kaler cekelat ikut asal. Aku cuma touch up bagi nampak kemas dan tak nampak serabut especially dari segi texture asal yang teruk menggerutu. Ukuran tinggi 5 kaki x depth 2 kaki x lebar 3 kaki. Atas ada ruang cermin kaca sliding (jenis tolak) tengah ruang berpintu kaca (tepi tak berkaca - tengok gambar je la). Bawah ada laci dua. Tombol masih cantik dan dah tuko baru. Diperbuat dari kayu meranti dan sangat la berat. Memang berat memandangkan aku pulak tak boleh angkat barang berat coz of my 'slip disc' tempohari.




Anyway, harga tetap yang aku anggarkan ialah RM450 (kira murah ni kalau dalam mudah ada yang jual sampai 1.9k (cuba korang surf 'almari antik'). Kalau nak ambik sendiri aku recommended memandangkan aku tak larat nak menunduk sepanjang perjalanan, huhu.

Ok chow chin chow..

Wednesday, April 20, 2011

Rehat sekejap..


Salam,

Waduhh...lamanya aku tak update blog. Dekat 2 minggu langsung tak sentuh. Naik bersawang dah. Memang aku busy, busy, busy.. dengan keje ofis, follow up sana sini, site visit lagi. Langsung tak sempat nak snap foto nak jual barang, nak touch up furniture pun aku buat sikit-sikit. Weekend aku dah tercungap penat nak berehat.

Sampai ada geng-geng yang tanya aku pi mana senyap je langsung tak berbunyi. Heheh, bukan aku sombong ke apa, aku still maintain macam dulu no hal punya. Anyway, pada sesiapa yang dah booked perabot, thanks a lot. Aku still ada dipersada jualan antik mengantik ni don't worry lah. Aku cuma boleh kata yang aku BEREHAT SEBENTAR..

Thanks

Wednesday, March 30, 2011

Lampu Siling Moden (SOLD!)

Salam,

Actually, lampu ni bukan aku punya. Member aku minta tolong jualkan disebabkan dia baru pindah rumah. Banyak sangat khazanah-khazanah yang dia dah takmo, dia nak tolak (ada lagik sebenarnya, aku tak larat nak masuk kan semua). Lampu ni kondisi masih baik sekali. Designnya memang modern dan minimalise concept, memang ada kelass. Ada 16 bulb semuanya untuk lampu (guna le energy saving bulb, kang pengsan plak tengok bill letrik haha). Katanya dia beli kat 'garage sale' tapi bukan kat sini, masa dia belajar di Hull. Anyway layanzz...aku sempat snap satu foto sebelum dia simpan balik dalam kotak. Katanya...menyemak mata hehe

Harga: RM350 SOLD TO EN. RASDAN


Lama sungguh aku tak online dan memblogging, bukan apa aku now busy dari biasa maklum lah aku dah kena takeover keje-keje ex-boss aku yang berhenti. Sorry recently bz giler hehe..sorry bebanyak ler kengkawan. Pada mana-mana customer yang tak sempat-sempat lagi aku nak deliver barang, harap bersabar. Mungkin ada masa aku free nanti, aku akan hantar barang-barang tu juga. Untuk yang dah booking almari, insyaAllah akan dapat juga nanti. Apa-apa aku akan update.

Thanks a lot...

Sunday, March 27, 2011

Almari Antik No. 15 (NOT FOR SALE)

Salam,

Lama tul aku tak update blog, naik bersawang lama-lama blog aku ni. Aku sebenarnya bukan takmo update, aku betul-betul takde masa nak melanguk depan pc terutama weekend. Oh ya, Semalam aku jalan-jalan jenguk kedai barang terpakai somewhere dekat PD, so aku terjumpa la barang ni...

Mula-mula dapat mende ni aku macam takmo ambik coz kondition nampak teruk lah sangat. Tapi bila aku belek-belek semula, cun jugak sebenarnya almari ni kalau simpan. Asalnya, lemari ni kaler kayu (varnish finish la), so aku rasa owner asal tersalah cat kaler turcois light hehe habis tak asli jadinya. Ni kalau aku touch up balik sure cantik. Ni kalau dapat bikin balik sure jadi vintage style cabinet ala english or retro style. Kalau aku biarkan macam ni pun ok gak. Nanti le aku usaha kan buat something...

Pandangan hadapan

Close up laci (tempat letak sudu dan garfu)

Pandangan sisi

Ukuran kabinet ni adalah seperti berikut; 57 inci lebar, 17 inci depth dan 45 inci tingg. Barang ni masih 'NOT FOR SALE' lagi. Kalau ikut kata aku memang belum mau jual lagik. Tunggu le next entry.

Sekian

Wednesday, March 23, 2011

Almari Antik No 8 (SOLD!)

Pada saat entry ini ditulis, almari ini telahpun dijual dan diserah kepada pemilik barunya di Klang on 18/3/11. Thanks..Lama betul aku tak menaip, bukan apa aku memang busy sejak kebelakangan ni sampai tak sempat nak menatap PC setiap malam. Dah la tu, dah 2 minggu ni aku dalam proses menjual rumah aku dan alhamdulillah 2 hari lepas dah dapat buyer. Thanks mudah.my banyak membantu aku. So now aku dah mula pelan-pelan kemas rumah untuk pindah rumah tapi kemungkinan lepas raya ler. Oklah, start next week insyaAllah aku akan aktif semula menjual barang..hehe

Posting Asal (9 August 2010)

Salam,

Almari jenis pintu slide (tolak) ni orang tak berapa nak beli. Tapi bagi aku almari antik ni cantik kalau dah di restore (baikpulih) Kaca pintu semua complete, cuma compartment yang kanan bawah tu dah takde pintu. Takpe nanti aku buat balik. Ruang meletak barang sangat luas.

Panjang almari 40 inci x tinggi 31 1/2 inci x depth 12 inci.
Kalau almari No 6, aku jumpa kat bawah rumah, yang ni aku jumpa kat belakang rumah. Almari No 7 pulak very rare. Cover laci kanan bawah aku dah tukar buat sendiri. Yang ni boleh letak banyak teko dan alasnya kukuh jangan risau.


SEBELUM (BEFORE)



SELEPAS DIBAIKPULIH (AFTER)

So, harganya aku dah tetapkan RM450 sahaja siap hantar ke Klang Valley sahaja. Lain-lain tempat kena caj. So apa-apa sms ler.