Almari ni mungkin dah ada pemiliknya. Que list nanti malam or esok aku tepek dalam entry ni balik. Kalau ada orang sms or call aku, memang aku tak bleh jual pada orang lain. Tapi sekiranya yang dalam list takmo baru aku open to all. Almari ni berat gilos, so kalo nak hantar jauh-jauh pakai keter memang tak berapa nak muat. Nampak gaya aku kena tunduk la sepanjang jalan macam masa aku mula-mula ambik lemari ni.
Kaler almari ni memang kaler cekelat ikut asal. Aku cuma touch up bagi nampak kemas dan tak nampak serabut especially dari segi texture asal yang teruk menggerutu. Ukuran tinggi 5 kaki x depth 2 kaki x lebar 3 kaki. Atas ada ruang cermin kaca sliding (jenis tolak) tengah ruang berpintu kaca (tepi tak berkaca - tengok gambar je la). Bawah ada laci dua. Tombol masih cantik dan dah tuko baru. Diperbuat dari kayu meranti dan sangat la berat. Memang berat memandangkan aku pulak tak boleh angkat barang berat coz of my 'slip disc' tempohari.
Anyway, harga tetap yang aku anggarkan ialah RM450 (kira murah ni kalau dalam mudah ada yang jual sampai 1.9k (cuba korang surf 'almari antik'). Kalau nak ambik sendiri aku recommended memandangkan aku tak larat nak menunduk sepanjang perjalanan, huhu.
Ok chow chin chow..
Ok chow chin chow..
No comments:
Post a Comment