Thursday, February 10, 2011

Coca Cola Tin Picnic Basket (NOT FOR SALE)


Salam,

Untuk makluman korang, aku bukan takmo jual yang ini. Tapi aku baru 'trade' or dalam bahasa kita 'tukar suka sama suka' barang ni dengan member aku. Ada la aku trade dengan satu poster tu. Member aku ni memang peminat tegar aksesori Coke (bukan botol). Dulu masa dia student lagi dah collect. Aku kebetulan tak bawak kamera, kalo tak sure aku snap gambar kat rumah dia. Nanti la, aku mintak permisi dia. Barang ni bukan antik, kalo tengok kat belah blakangnya ada tulis tahun 2009. Baru 2 tahun umurnya. Just for collection. Esok-esok kalau aku rasa nak jual, nanti aku tepek kat entry.




Dia kata dia beli di coca cola store dot com. Cuba la korang surf.

adioss..

Wednesday, February 9, 2011

Happy Birthday to My Luvly Wife

Salam,

Hari ni genap tahun ke 34 hari lahir my wife. I wish to her 'Happy Birthday' dan selamat panjang umur dan dimurahkan rezeki. Dan harapan semoga rumahtangga kami berkekalan sehingga ke akhir hayat. Love u always and forever...



Your Hubby,

Tuesday, February 8, 2011

Almari Antik No. 13 (NOT FOR SALE)


Baru dapat.

Tapi aku tak jual lagi. Rasa macam nak simpan dulu. Tunggu lah aku rasa teringin nak jual akan datang, aku teriak lah kat blog...hehe

Sabtu lepas memang aku hunting gila-gila coz time aku balik kampung masa CNY lepas, aku langsung tak dapat hunting barang. Mungkin takde mood kerana Johor still banjir. Aku malas nak gerak sana sini. Baik aku balik nogori, lagi beshh. Aku lebih familiar mana nak hunting barang dan tau mana lubuk-lubuk nak carik barang.



Aku dapat dari apek kedai jual getah sekerap. Kecek-kecek dengan dia, last-last dia bagi. Tapi condition asal, alamak manyak teruk (tak sempat nak snap). Aku dah baiki Ahad lepas (6/2) cuma aku belum varnish dan pasang kaca kat pintu. Baru lepas touch up guna kertas pasir. Tang aku suka ialah bahagian kakinya 'U' shape tu. Tinggi lebih kurang 5 kaki lebih dan yang rendah tu dalam 4 kaki (agak-agak je).

Anyway, aku happy hasil buruan hari Sabtu lepas ni.

Tata!

Sunday, February 6, 2011

Tin Sign Dumex



For sale! Dulu aku pernah jual satu sebiji macam ni. Dimension nya aku agak-agak dalam 1 1/2 kaki x 2 1/2 kaki. Kondisi macam dalam gambar. Poslaju boleh diterima kalau jauh.

Harga: RM150 (nego)

Adioss...

Wednesday, February 2, 2011

Besen Keluli Antik (SOLD!)

Salam,

Dulu masa aku kecik-kecik (baby), mak aku selalu guna besen ni masa nak mandikan aku. Tapi lepas tu sehingga dewasa, besen tu entah kemana perginya.



Besen keluli/besi lama ni aku dapat dari sebuah perkampungan di Rembau dah lama iaitu pada tahun 2006 lagi. Cuma aku pada masa tu belum mahu lagi menjual besen ni. So semalam sempat aku snap fotonya. Sampai dah naik berkarat dah kat dalam tu walaupun aku tak letak mende ni kat pancaran terik matahari.



Description of this item, diameter dari hujung ke hujung 24 inci (2 kaki) x depth 8 inci. Item di buat dari keluli or besi (bukan tin) coz item ni keras dan mudah karatz, masih utuh lagi dun worry. Sangat sesuai untuk buat dekorasi ala English Garden or letak atas almari antik for display.

Harga: RM50 (SOLD TO P.P.)

Akhir sekali, aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Gong Xi Fa Chai kepada rakan-rakan blog, customer dan pembaca entry-entry aku yang beragama buddha. Selamat pulang ke kampung dan berhati-hati dijalan raya. Teratak rimbun akan bercuti dari 3 hingga 5 Feb 2011.

Regards,

Tuesday, February 1, 2011

Ulasan Hi Tea Botologi, Ipoh Station Puchong


Fakta Gathering Botologi Malaya

Date : 29 Jan 2011

Time : 3pm to 7pm

Venue : Ipoh Station, Puchong

Syabass!

Itulah yang dapat aku katakan tentang gathering dan majlis Hi Tea Botologi Malaya pada sabtu tempohari. Memang superb! dan kredit aku berikan pada pihak penganjur yang dikepalai oleh Che Mat and the gang. Aku anggap acara ini berjaya (aku tak join Botologi yang pertama tahun lepas oleh kerana masalah kesihatan tak mengizinkan). Tapi acara kali ini amat berbeza sekali oleh kerana adanya tayangan tayangan ekslusif video botologi di mana menunjukkan aktiviti pencarian botol-botol lama di sekitar Pantai Timur. Video ni tak pernah keluar mana-mana rancangan TV (majalah 3 pun belum..haha)

Layanzz gambar di bawah ni, picture describes thousand words..




Aku rasa blog aku antara yang paling lambat membuat ulasan pasal hi tea tersebut (aku agak-agak la..haha) coz aku dah baca beberapa catatan rakan-rakan aku semalam antaranya Fitri old school, blues rider, spallan, Megat, Frightrice dan beberapa rakan lain (sorry sekiranya tak sebut nama, aku akan sebut kalau aku teringat maklum lah dah tua).

Ucapan dari wakil utara, Wong Chin Chai

Wakil dari Johor, saudara Zul

Terima kasih aku ucapkan kepada semua yang hadir; dari Utara (geng Ipoh), geng JB (datang siap bukak boot sale lagi hehe) dan lain-lain lagi. Aku harap next time kita buat kat area lain plak.

Lagi gambar....










Jam sudah pukul 4pm, so sesi 'Car boot sale' bermula di mana aku turut mengambil bahagian.

car boot 'Teratak Rimbun'

car boot Bro Amir



car boot geng Pasar Karat JB

car boot Bro Rani (aikk barang satu jer lampu neon)

car boot Bro Blues Rider

Akhir sekali, semoga acara ini akan terus digiatkan lagi di masa hadapan dan aku harap akan dijadikan acara dwi tahunan (2 kali setahun) dengan di gilir-gilirkan lokasinya di pelusuk Malaya. Akan datang buat lah di Johor plak, mintak depa plak organisekan hehe. Pada ending hi tea tersebut diselitkan acara kuiz ala skuad perodua era, aku dapat lah satu botol coz dapat jawab kuiz.

Overall, aku anggap gathering ni berjaya dan rating yang aku bagi ialah 4 dari 5 bintang. Hope aku dapat lagi join untuk gathering akan datang. Sekalung perhargaan kepada pihak yang member laluan kepada kami untuk menggunakan lokasi iaitu Ipoh Station, Puchong..terima kasih daun keladi. Restoran tuan memang best!

Thursday, January 27, 2011

Poster Coca Cola Zero

Salam,

Poster ni dah lama aku dapat since tahun 2008 lagi, cuma aku tak sompek-sompek laie nak framekan dia. Poster ni memang cun! kalau di display kan di dinding berseblahan dengan almari antik tuan-tuan. Mungkin kerana aku busy sangat sampai takde masa nak hantar kedai apek frame.

Jangan kuatir ya pak coz poster coca cola zero ni original yer dengan saiznya yang besar bagak 32” (2 kaki 8 inci) x 45” (3 kaki 9 inci) siap dengan bingkai frame (plastic frame biasa). Kondisi masih cantik 'daboom' dan tiada cacat celanya.


Harga: RM150 (nego).

Aku suggest collect semasa Hi-Tea kat Ipoh Station Puchong sabtu ni, sonang kan?

Wednesday, January 26, 2011

2 LP Jazz and Blues (NOT FOR SALE)


Salam,

Kalau ko dengar lagu-lagu jazz lama yang dua ni mesti ko tergelak or korang teringatkan zaman Charlie Chaplin. Itu lah hakikatnya, first time aku dengar sorang-sorang LP yang dua ni memang aku tersenyum coz aku teringatkan cerita-cerita Chaplin dengan pergerakan manusia yang laju (macam filem di fast forward rupanya). Tapi bila dengar semula Ahad semalam, aku rasa not bad gak lagu-lagu dalam ni especially album Jelly-Rolls Morton coz lagunya blues ke jazz but a little bit swing. Cuba search lagunya dalam youtube. Anyway layanzz..

Actually, aku ni bukan peminat tegar lagu blues or jazz, tapi sesekali layan lagu sebegini kadang-kadang kita kena cuba sesuatu yang baru apa salahnya...betul tak? LP ni aku dapat kat Memory Lane tahun lepas.

Regards

Tuesday, January 25, 2011

American Pickers

Salam,

Semalam sempat aku menonton rancangan hebat di Astro History Channel untuk orang-orang macam aku ni iaitu American Pickers (AP). Apa yang menariknya rancangan ini, menunjukkan dua orang shabat mencari barang lama dan mengitar semula barang menjadi sesuatu yang berharga. Mereka menukar sampah (junk) kepada nilai barang yang cukup berharga. Cuba baca di bawah:-

“This isn't your grandmother's antiquing. Pickers like Mike Wolfe and Frank Fritz are on a mission to recycle America, even if it means diving into countless piles of grimy junk or getting chased off a gun-wielding homeowner's land. Hitting back roads from coast to coast, the two men earn a living by restoring forgotten relics to their former glory, transforming one person's trash into another's treasure. American Pickers follows them as they scour the country for hidden gems in junkyards, basements, garages and barns, meeting quirky characters and hearing their amazing stories. If you think the antique business is all about upscale boutiques and buttoned-up dealers, this show may change your mind--and teach you a thing or two about American history along the way.”

Klik link kat bawah ni for info of the series. Memang amat menarik, semenarik 'Pawn Stars' tapi ia lebih kepada aktiviti hunting-menghunting dan korek-mengorek barang. Tu yang buat aku teruja tu haha..

American Pickers


Gambar Hiasan (takde kena mengena dengan sesiapa)

Dalam episod semalam, aku nampak mamat dua orang ni jumpa button coca cola sebesar meja bulat hotel tu. Woww..best betul dan episod semalam gak aku nampak dia dapat cooler box Pepsi Cola. Depa dua dapat dengan harga yang sangat murah dari rumah makcik tu. Ada la beberapa barang lain ko tengok memang rare dan yang paling hebat depa dapat beli 'vespa ape' yang bertayar 3 tu dengan harga $5k. Vespa tu memang class, siap ada bumbung. Ala..korang search ler kat google vespa jenis ni.

Isunya di sini kadang-kadang sesuatu barang tu pada kita sangat bernilai, tapi pada orang yang tak tahu menilai atau tidak ambik kisah, barang tu orang campak begitu saja. Dalam konteks ni, yang paling utama ialah minat (passion) terhadap sesuatu hobi atau kerja itu sebenarnya. Rajin tak rajin ko mengusahakan sesuatu hingga ko dapat satu hasil yang lumayan kepada diri ko. Aku yakin dengan usaha yang berterusan dan gigih, tentunya rezeki korang akan dapat ditingkatkan lagi. Yang sebenarnya ia terletak pada kegigihan ko aja, rajin or malas..

Alhamdulillah..