Tuesday, February 1, 2011

Ulasan Hi Tea Botologi, Ipoh Station Puchong


Fakta Gathering Botologi Malaya

Date : 29 Jan 2011

Time : 3pm to 7pm

Venue : Ipoh Station, Puchong

Syabass!

Itulah yang dapat aku katakan tentang gathering dan majlis Hi Tea Botologi Malaya pada sabtu tempohari. Memang superb! dan kredit aku berikan pada pihak penganjur yang dikepalai oleh Che Mat and the gang. Aku anggap acara ini berjaya (aku tak join Botologi yang pertama tahun lepas oleh kerana masalah kesihatan tak mengizinkan). Tapi acara kali ini amat berbeza sekali oleh kerana adanya tayangan tayangan ekslusif video botologi di mana menunjukkan aktiviti pencarian botol-botol lama di sekitar Pantai Timur. Video ni tak pernah keluar mana-mana rancangan TV (majalah 3 pun belum..haha)

Layanzz gambar di bawah ni, picture describes thousand words..




Aku rasa blog aku antara yang paling lambat membuat ulasan pasal hi tea tersebut (aku agak-agak la..haha) coz aku dah baca beberapa catatan rakan-rakan aku semalam antaranya Fitri old school, blues rider, spallan, Megat, Frightrice dan beberapa rakan lain (sorry sekiranya tak sebut nama, aku akan sebut kalau aku teringat maklum lah dah tua).

Ucapan dari wakil utara, Wong Chin Chai

Wakil dari Johor, saudara Zul

Terima kasih aku ucapkan kepada semua yang hadir; dari Utara (geng Ipoh), geng JB (datang siap bukak boot sale lagi hehe) dan lain-lain lagi. Aku harap next time kita buat kat area lain plak.

Lagi gambar....










Jam sudah pukul 4pm, so sesi 'Car boot sale' bermula di mana aku turut mengambil bahagian.

car boot 'Teratak Rimbun'

car boot Bro Amir



car boot geng Pasar Karat JB

car boot Bro Rani (aikk barang satu jer lampu neon)

car boot Bro Blues Rider

Akhir sekali, semoga acara ini akan terus digiatkan lagi di masa hadapan dan aku harap akan dijadikan acara dwi tahunan (2 kali setahun) dengan di gilir-gilirkan lokasinya di pelusuk Malaya. Akan datang buat lah di Johor plak, mintak depa plak organisekan hehe. Pada ending hi tea tersebut diselitkan acara kuiz ala skuad perodua era, aku dapat lah satu botol coz dapat jawab kuiz.

Overall, aku anggap gathering ni berjaya dan rating yang aku bagi ialah 4 dari 5 bintang. Hope aku dapat lagi join untuk gathering akan datang. Sekalung perhargaan kepada pihak yang member laluan kepada kami untuk menggunakan lokasi iaitu Ipoh Station, Puchong..terima kasih daun keladi. Restoran tuan memang best!

1 comment:

  1. Bro, syabas hadir! semoga semakin berxtvt & kreatif peminat,kolektor & blogger semua!

    ReplyDelete