Thursday, May 30, 2013

Almari Antik No. 26 dan 27 (Open For Sale)

Salam,
 Menara Condong

Kota Belanda 

Pasir Bogak

Penat balik bercuti dari Pangkor masih belum habis lagi. Dapatlah bercuti dengan family setelah sekian lama tak jalan-jalan. Nasib baik sempat gak pergi Menara Condong Teluk Intan on the way nak ke sana. Anak-anak dah lama minta bawakkan ke sini. Tau tak, aku tak bermalam langsung kat Pangkor. Kami pergi balik hari. Pergi pagi dan balik malam. Memang agak memenatkan coz pergi main redah aja.

Lama betul aku tak jual almari. Nowadays, agak busy dan olehkerana susah nak mencari almari-almari sebegini yang agak terbatas dan susah nak mencariknya. Aku terpaksa merajinkan diri mencari disekitar rumah-rumah orang dan kedai-kedai terpakai.

Keadaan almari semasa aku nak ambik.

Aku berjaya mendapatkan beberapa barang antaranya 2 biji almari lauk (macam gambar di atas) dan 2 biji meja konsole (design retro). Meja-meja tersebut akan aku upload pada entry akan datang dan juga open for sale. Almari lauk ni kebayakannya pada zaman dulu, suri-suri rumah gunakan untuk menyimpan lauk yang sudah dimasak. Oleh kerana design pintunya direka dengan jaring, tujuannya untuk 'ventilation' udara panas keluar. Ia juga bertujuan untuk mengelakkan binatang seperti mak menti (tikus) dan serangga masuk dalam lauk. Kalau tak lauk basi nanti. Begitulah kaedahnya, orang dulu berfikiran jauh dalam men design sesuatu. Tak gitu?

 Ni dia 2 biji lemari lauk tu, satu kecik dan satu besar tinggi 5'8".


Ok, 2 biji almari ni aku nak jual dengan harga RM500 untuk yang tinggi dan besar tu dan RM400 untuk yang kecil ni (agak unik almari kecil ni). Harga tersebut termasuk baikpulih aku tukarkan jaring dengan cermin clear dan syelek semula kaler hijau tu (almari kecil). Harga ni juga termasuk penghantaran percuma ke rumah customer Lembah Klang sahaja.

Adiosss....

No comments:

Post a Comment