Thursday, May 30, 2013

Almari Antik No. 26 dan 27 (Open For Sale)

Salam,
 Menara Condong

Kota Belanda 

Pasir Bogak

Penat balik bercuti dari Pangkor masih belum habis lagi. Dapatlah bercuti dengan family setelah sekian lama tak jalan-jalan. Nasib baik sempat gak pergi Menara Condong Teluk Intan on the way nak ke sana. Anak-anak dah lama minta bawakkan ke sini. Tau tak, aku tak bermalam langsung kat Pangkor. Kami pergi balik hari. Pergi pagi dan balik malam. Memang agak memenatkan coz pergi main redah aja.

Lama betul aku tak jual almari. Nowadays, agak busy dan olehkerana susah nak mencari almari-almari sebegini yang agak terbatas dan susah nak mencariknya. Aku terpaksa merajinkan diri mencari disekitar rumah-rumah orang dan kedai-kedai terpakai.

Keadaan almari semasa aku nak ambik.

Aku berjaya mendapatkan beberapa barang antaranya 2 biji almari lauk (macam gambar di atas) dan 2 biji meja konsole (design retro). Meja-meja tersebut akan aku upload pada entry akan datang dan juga open for sale. Almari lauk ni kebayakannya pada zaman dulu, suri-suri rumah gunakan untuk menyimpan lauk yang sudah dimasak. Oleh kerana design pintunya direka dengan jaring, tujuannya untuk 'ventilation' udara panas keluar. Ia juga bertujuan untuk mengelakkan binatang seperti mak menti (tikus) dan serangga masuk dalam lauk. Kalau tak lauk basi nanti. Begitulah kaedahnya, orang dulu berfikiran jauh dalam men design sesuatu. Tak gitu?

 Ni dia 2 biji lemari lauk tu, satu kecik dan satu besar tinggi 5'8".


Ok, 2 biji almari ni aku nak jual dengan harga RM500 untuk yang tinggi dan besar tu dan RM400 untuk yang kecil ni (agak unik almari kecil ni). Harga tersebut termasuk baikpulih aku tukarkan jaring dengan cermin clear dan syelek semula kaler hijau tu (almari kecil). Harga ni juga termasuk penghantaran percuma ke rumah customer Lembah Klang sahaja.

Adiosss....

Monday, May 27, 2013

Car Boot Sale Bandar Seri Putra (26/5/13)

Salam,

Sekitar Car Boot Sale Bandar Seri Putra pada hari semalam, 26hb Mei 2013 di mana aku join buat kali ke-2. Pasar ni bermula dari jam 7am hingga 12pm. Kepada sesiapa yang nak join boleh lah surf web pihak penganjur di SINI. Banyak barang-barang terpakai dijual dengan harga yang amat murah sekali.











Adiosss....

Tuesday, May 14, 2013

2 biji teko lama (for sale)

Assalamualaikum,

Untuk pengetahuan rakan-rakan pembaca sekalian, Teratak Rimbun akan menjalankan perniagaan seperti biasa pada tarikh dan masa berikut:-

19 May 2013 - Car Boot Sale Bukit Mahkota, Bangi (Map sila rujuk SINI)
26 May 2013 - Car Boot Sale Seri Putra, Bangi (Map sila rujuk SINI)
2 June 2013 - Garage Sale Anggerik Mall, Shah Alam 

Diharapkan pada sesiapa yang ingin membeli direct atau COD terus boleh lah terus berjumpa di lokasi berkenaan.

Berbalik kita kepada entry ni tadi. Ada 2 biji teko yang aku nak jual dan rasanya dah lama tul aku tak jual teko.  Now nak cari teko manyak susah. Dan now barang PML dah kurang permintaannya dan harga dah tak tinggi macam dulu. Aku pun dah makin berkurangan nak mencarinya. Kecuali ada beberapa jenis bunga dan corak yang agak laku.

Actually dua biji teko ni aku nak simpan oleh kerana designnya yang agak unik dan jarang kita jumpa. Tapi disebabkan malas nak menyimpan benda-benda yang mudah pecah kat rumah, so aku nak let go 2 teko ni.

Teko cermai warna biru tua. Dijual pada harga: RM60 (nego)

Teko ni sangat-sangat unik, handpainted dan retak seribu. Buatan sekitar tahun 1950an. Motif burung dan flora. Harga:RM120.

Sila email, call or sms untuk booking pembelian. Terima Kasih.