Thursday, November 15, 2012

Almari Antik No 25 (FOR SALE)

Salam,

Siap sudah almari ni

Almari ni dah lama letak dalam FB dan juga blog. Cuma kat mudah aja aku belum letak. Before aku letak kat sana, aku nak bagi peluang pada rakan-rakan FB dan juga blog untuk memiliki almari ni. 


Almari ni telahpun selesai di"restore" dengan jayanya as at 16 Nov 2012. So harap-harap selepas restore orang akan berkenan. Sizenya 42 inci tinggi x 29 inci lebar x 14 inci kedalaman.

Harga selepas baikpulih ialah RM480 (termasuk penghantaran ke Lembah Klang sahaja). Sorry guys, harga dinaikkan selepas restore. Berminat? Sila email or sms saya. Terbuka kepada yang dalam waiting list. Kalau waiting list tak mau, saya open to all.

Ok, kat bawah ni adalah proses-proses restore macam biasa lah kan yang aku buat beberapa minggu yang lepas. Gambar bawah ni adalah keadaan asal semasa almari ini diambil. Dulu almari ni merupakan almari pakaian.
Keadaan asal almari semasa diambil.
Almari dibersihkan dan sebahagian part telah di kertas pasir kan.

Almari ni pada bahagian atasnya terpaksa diletakkan "paint remover" oleh kerana bahagian tersebut telah dicat. So jenuh lah aku terpaksa buang cat dibahagian tersebut. Kikis balik supaya cat tersebut tanggal.

Cat ditanggal menggunakan paint remover dan scrapper.

Proses mengecat bahagian dalaman dengan warna "Light Blue". Baru selesai 2 aras.

Proses 'syelek' pula berlangsung. Aku still maintain pada warna asal iaitu "charcoal" type style.

Proses pemasangan tombol pintu selepas proses syelek dan selepas itu proses memasang cermin (cermin aku dah lama tempah dan dah lama siap huhu).

Dah siap...cuba scroll kat atas tadi...

Yang ni pulak almari yang agak unik juga, almari baju lama kat berek-berek dan dorm-dorm tentera. Pemilik ni let go almari ni coz katanya takde space. Mana dia dapat almari ni tak diceritakan pulak. Anyway, aku memang takmo jual almari ni. Nak letak as part of my new kitchen kabinet. Nak beli baru pun bukan murah weh..

ni dia rupanya...nice gak kan?

Wassalam.

No comments:

Post a Comment