Tuesday, October 23, 2012

Almari Antik No 24 (Proses Restoration)

Salam,

Entry ini adalah kesinambungan dari entry SINI.

Macam biasa la kan setiap almari antik yang dijual akan ditunjukkan cara ianya di restore atau dibaikpulih. Kalau dikuti setiap entry aku berkenaan dengan almari cara restoration pastinya berlainan bagi setiap almari. Ok ikuti lah prosesnya:-


First sekali ialah proses membersihkan semula cat-cat dan bekas-bekas yang dah lama melekat kat kayu almari. Proses ni memerlukan masa yang agak lama juga dengan menggunakan paint remover dan juga kertas pasir.

Formica lama juga dibersihkan. Aku terpaksa gunakan paint remover kerana susah nak menanggalkan formica yang dah lama melekat tu. Cuba tengok blakang tu ada satu tin paint remover. AMARAN! Berhati-hati bila gunakan paint remover kerana asid kat remover ni amat tajam bila terkena kulit even sikit aja boleh buat kulit pedih dan mengelupas. Jangan sesekali letak paint remover ni dekat dengan anak kecil. Kang tak pasal-pasal masuk spital. Even angin kalau tiup kuat kene percikan remover ni pun boleh pedihkan kulit. 

Bahagian dalaman juga dibersihkan sebelum dicat baru.

Selesai kerja cat biru awan di bahagian dalam.

Selepas semuanya dibersihkan secukupnya. Tibalah masanya proses mengecat. dengan menggunakan warna asal pada bahagian dalam iaitu biru muda. Korang tau tak kenapa orang-orang dulu gunakan warna biru muda pada bahagian dalam. Kenapa tak guna warna lain? Merah, pink? Cekelet cair? 

Yer, warna ni lah yang paling dapat menyerlahkan item yang korang nak displaykan. Kenapa aku tau? Coz aku dah pernah cuba macam-macam warna memang tak menyerlah. Ikut common sense memang warna ni yang akan menyerlahkan item yang korang displaykan.

Selesai kerja syelek di bahagian luar.

Now kerja-kerja syelek dibahagian luar almari pula setelah dibersihkan dengan paint remover. Kerja-kerja ni pun agak rumit dan remeh juga. Selepas selesai kerja-kerja syelek, untuk memastikan almari nampak cantik kaki baru harus ditukar.

 Kaki meja lama yang ada lebih tu aku potong oleh kerana designnya kena dengan almari ni. Kontot lah jadi almari ni. Total lost!

 Proses menyambungkan kaki tadi dengan kayu-kayu lain. Pastikan tetulang struktur kayu kuat.

Make sure ukuran telah diambil semasa membuat kaki baru dan make sure juga ianya boleh ngam masuk kat bawah almari ni. Kerja-kerja ini memerlukan ketelitian. 

 Siap sudah kaki almari ni. Tinggal pasang saja.

Kaki siap dipasang di bawah almari. Now ia harus ditegakkan kembali.

Tadaaa... siap lah sudah almari ni. Ada tinggal sedikit saja lagi kerja-kerja men 'touch up' almari ni. Untuk makluman, ianya telahpun di booking oleh Saudara Faizal Minyok minggu lepas, so next week akan dihantar ke Anggerik Mall ....insyaAllah


Adioss dan wassalam. 

No comments:

Post a Comment