Thursday, October 25, 2012

Pelbagai Barang

Salam,

Sempat hunting hari Ahad (21/10/12) lepas setelah pada sesi paginya aku berniaga di Anggerik Mall (tumpang gerai Sharif, thanks ya). Itu pun coz ada customer nak ambik 2 peti lanun tu (tima kasih juga, lain kali boleh beli lagi). Dapat lah aku beberapa barang, antaranya:-


1) Pelita Besar ada chop burung swallow kat tepi. Condition masih cantik. Harga: RM80 (nego)


2) Balang kaca lama dengan penutup/lid (penutup ada rosak sikit tapi kaca balang masih superb). Kaca memang dari jenis tebal. Harga: RM60 (boleh nego).


3) Kotak display (mungkin First Aid Kit dulu-dulu). Akan di restore dan diletakkan kaca. Ni boleh display miniature, tin toy, mainan lama, action figure dan sebagainya. Harga: RM120 (siap restore dengan handle baru).

Itu saja setakat ni. Sekiranya berminat, sila email or sms saya. Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha. Wassalam.

Wednesday, October 24, 2012

Vintage Box

Salam,

Box or peti lanun ni aku dapat dari seorang sahabat di Mantin. Peti ini peti lama design biasa-biasa saja cuma belum lagi di restore. Tunggukan kemunculannya proses restoration tersebut. Lepas tu baru boleh tau berapa nilai untuk dijual.


Tunggu....aku akan tepek sini proses tersebut.

Tuesday, October 23, 2012

Almari Antik No 24 (Proses Restoration)

Salam,

Entry ini adalah kesinambungan dari entry SINI.

Macam biasa la kan setiap almari antik yang dijual akan ditunjukkan cara ianya di restore atau dibaikpulih. Kalau dikuti setiap entry aku berkenaan dengan almari cara restoration pastinya berlainan bagi setiap almari. Ok ikuti lah prosesnya:-


First sekali ialah proses membersihkan semula cat-cat dan bekas-bekas yang dah lama melekat kat kayu almari. Proses ni memerlukan masa yang agak lama juga dengan menggunakan paint remover dan juga kertas pasir.

Formica lama juga dibersihkan. Aku terpaksa gunakan paint remover kerana susah nak menanggalkan formica yang dah lama melekat tu. Cuba tengok blakang tu ada satu tin paint remover. AMARAN! Berhati-hati bila gunakan paint remover kerana asid kat remover ni amat tajam bila terkena kulit even sikit aja boleh buat kulit pedih dan mengelupas. Jangan sesekali letak paint remover ni dekat dengan anak kecil. Kang tak pasal-pasal masuk spital. Even angin kalau tiup kuat kene percikan remover ni pun boleh pedihkan kulit. 

Bahagian dalaman juga dibersihkan sebelum dicat baru.

Selesai kerja cat biru awan di bahagian dalam.

Selepas semuanya dibersihkan secukupnya. Tibalah masanya proses mengecat. dengan menggunakan warna asal pada bahagian dalam iaitu biru muda. Korang tau tak kenapa orang-orang dulu gunakan warna biru muda pada bahagian dalam. Kenapa tak guna warna lain? Merah, pink? Cekelet cair? 

Yer, warna ni lah yang paling dapat menyerlahkan item yang korang nak displaykan. Kenapa aku tau? Coz aku dah pernah cuba macam-macam warna memang tak menyerlah. Ikut common sense memang warna ni yang akan menyerlahkan item yang korang displaykan.

Selesai kerja syelek di bahagian luar.

Now kerja-kerja syelek dibahagian luar almari pula setelah dibersihkan dengan paint remover. Kerja-kerja ni pun agak rumit dan remeh juga. Selepas selesai kerja-kerja syelek, untuk memastikan almari nampak cantik kaki baru harus ditukar.

 Kaki meja lama yang ada lebih tu aku potong oleh kerana designnya kena dengan almari ni. Kontot lah jadi almari ni. Total lost!

 Proses menyambungkan kaki tadi dengan kayu-kayu lain. Pastikan tetulang struktur kayu kuat.

Make sure ukuran telah diambil semasa membuat kaki baru dan make sure juga ianya boleh ngam masuk kat bawah almari ni. Kerja-kerja ini memerlukan ketelitian. 

 Siap sudah kaki almari ni. Tinggal pasang saja.

Kaki siap dipasang di bawah almari. Now ia harus ditegakkan kembali.

Tadaaa... siap lah sudah almari ni. Ada tinggal sedikit saja lagi kerja-kerja men 'touch up' almari ni. Untuk makluman, ianya telahpun di booking oleh Saudara Faizal Minyok minggu lepas, so next week akan dihantar ke Anggerik Mall ....insyaAllah


Adioss dan wassalam. 

Thursday, October 11, 2012

Dressing Table Antik (Open For Sale)

Salam,

This dressing table 1950's Art Deco is open for sale. Cermin disebelah kiri dan kanan boleh dilipat, sangat cantik sekali. Aku part yang paling suka ialah kakinya yang bertingkat tu. Tapi sayang kedua-dua laci telah tiada dipercayai hilang ketika aku menemuinya. Anyway, aku akan tuko laci yang ilang ni dengan kaca berwarna tu. Juga  boleh nampak anggun kan?

Harga: RM500 (boleh nego) siap restore dan campur dengan kos penghantaran ke rumah anda (limited to customer yang duduk di Klang Valley sahaja).

Ni dia ghupanya dressing tablenya

Monday, October 8, 2012

2 Peti Lanun lagi (ALL SOLD!)

Salam,

Aku join niaga lagi kat Anggerik Mall setelah sekian lama tak meniaga tapi kali ni aku tumpang En Sharif punya gerai. Dapatlah melepaskan gian. Tima kasih banyak-banyak.

Antara barang-barang yang aku dapat jual, jadi lah...

Lori metal ni dah sold sejak pagi lagi. Sorrylah geng, tak dapat diselamatkan. Dah bertukar owner.

Samalah juga dengan teko comel rose kobis ni. Jarang nak jumpa teko bunga ni saiz kecil lagi dah lepas ni. Taken up and SOLD already.

Ok, back to business. Ni ada 2 peti lanun (kayu) yang aku nak let go dengan saiz yang berlainan. Kayu diperbuat dari kayu Meranti or Seraya tak dapat dipastikan. Ni cantik jugak kalo dibuat display atas almari atau meja. Boleh juga digunakan untuk meletak magazine or anything lah. Condition masih baik dan tiada kayu yang pecah or retak.

1) Peti A

 Saiz 62cm panjang left to right x 38cm lebar x 15cm depth (kedalaman)
Harga: RM98 (BOOKED!)

2) Peti B

Saiz 56cm panjang kiri ke kanan x 38cm lebar x 13cm depth (kedalaman)
Harga: RM88 (BOOKED!)

Kalau interested sila lah sms or pm aku, boleh lah aku bawa sekali jika aku berniaga sekali lagi. Barang boleh di collect kat Anggerik Mall minggu depan.

Thursday, October 4, 2012

Side Table Bulat dan kayu-kayuan lama (SOLD & RESERVED)

Salam,

Baru dapat. Sebiji side table jenis bulat dengan kaki bengkok ke dalam. Ni jenis Art-Deco dari era 1960s. Masih dalam keadaan elok dan strukturnya masih stabil.

Harga: RM150 (SOLD!)



Kayu railing dari rumah lama ni aku dapat dari kedai kayu terpakai. Ada dua jenis size panjang lebih kurang 3 kaki. Kayu tak sure jenis kayu apa samada cengal atau resak memandangkan kayunya amat keras dan berat. Ambil semua dengan harga RM40 sahaja (Reserved to En Latif).


Last sekali kayu kecil ni aku jual RM10 sahaja, ada 3 batang. Boleh lah kalau nak buat spare part.


Semua item boleh self collect kat Anggerik Mall, Shah Alam pada hari Ahad. Adioss sila email or sms.