Monday, August 13, 2012

DIY: Kipas Antik (Not For Sale)



Salam,

Sekejap aja kita dah berpuasa Ramadhan ke-23.

Kipas ni dah terbiar kat rumah aku dekat sebulan jugak. Dapat dari sebuah rumah di Seremban. Tak tahu nak buat apa, tinggal tang kepala nya saja. Dah try, memang not functioned anymore, kaput. Tapi aku rasa interesting nak buat sesuatu ke atas kipas ni. Maybe nak DIY sikit touch up apa yang patut bagi nampak cantik. Kipas ni aku pun tak tau brand apa. GEC ke atau KDK tak tau lah. Cuma aku boleh agak yang kipas ni merupakan kipas wall mounted coz tengok keadaan belah bawah kipas ni ada skru menegak.

Anyway, now aku nak tunjuk how to DIY this kipas...

Kenapa aku tepek gambar tempat letak cawan ni yer? Yepp, aku nak jadikan tempat letak cawan ni as a base untuk kipas ni so nampak macam kipas meja. Dah puas aku carik base kipas lama tapi tak jumpa. Last option, aku guna ni aja murah dan kira ok la tu.

Yang ni pulak, base kipas siling jenis KDK aku dapat dari kedai kayu terpakai. Apek tu beri free aja kat aku. So, ingat nak ambik logo besi tu untuk digunakan sebagai logo kipas aku nanti.

 First thing to do, cat warna silver pada base tadi. Buang dan tutup segala lubang-lubang yang ada dan gosok dengan kertas pasir. Cat warna silver sehingga rata dan tak nampak material kayu tu nanti nampak tak real.

Cat kaler silver juga pada base kipas tadi. Cat berhati-hati dan rata.

Juga cat pada jaring kipas.

Ok, selepas selesai kerja-kerja mengecat silver kaler, tiba tang propeler or kipas nya plak di cat. Aku dah pun memilih kaler emas untuk menampakkan klasiknya.

Kipas selepas di cat warna emas.

Setelah selesai kerja-kerja mengecat, pasang semula jaring sebaik mungkin dan repair balik jaring tadi bagi elok.

Ni dia kipas yang telah siap dipasang jaring asal.

Seterusnya kipas ini dicantumkan dan skrukan dengan base tiang yang telah siap tadi. Make sure drill untuk buat lubang pada base tadi.

Ok, kipas dah pun dipasangkan dengan base. New look.

At last siap sudah kipas ni......dah boleh buat display atas kabinet.


Oh yer, hampir terlupa nak buh label KDK yang aku dapat kat kedai kayu terpakai tu. Rugi la plak rasa kalau tak tepek dan tampal. Make sure tampal pakai 'super glue' bagi kuat.


Ok label telahpun dipasang. Maka siaplah kipas ni dengan new look. Boleh lah letak as display. For next entry, aku akan tunjukkan proses DIY bangku panjang. Tunggukan entrynya selepas raya.

No comments:

Post a Comment