Thursday, August 30, 2012

Mangkuk Tingkat Kayu Nyonya


Salam,

Lama betul sejak raya tak berblog. Maaflah coz takde entry nak ditulis dan belum sempat memuatnaik beberapa gambar barang yang hendak dijual mahupun untuk dishare kan bersama. Nak kata aku beraya sakan tak lah jugak coz raya ke-4 aku dah pulang balik ke rumah aku. Tahun ni tak beraya lama dan ala ala kadar aja.

Anyway, barang di atas sewaktu entry ini belum di type lagi dah pun SOLD. Mangkuk tingkat kayu ni agak biasa juga kita tengok kat rumah-rumah kolektor rasanya dan aku pun tak berapa minat nak collect mende ni. Walaubagaimana pun pada masa aku letak dalam FB dah pun di sambar customer dengan harga RM120. Rejeki raya.

So, kalau ada sesiapa ingin mencari barang sejibik macam ni sudi-sudikan lah sms or pm aku. Mungkin aku boleh tolong carikan.

Wassalam.

Oh ya, sebelum terlupa Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-55

p/s: Tahun ni tak buat open house coz insyaAllah aku akan pindah rumah tak lama lagi.

Sunday, August 19, 2012

Salam Aidilfitri


Salam,

Jika jemari tak sempat berjabat, jika ada kata membakar lara, menusuk hati, semoga pintu maaf masih terbuka. Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri 1433 Hijrah, Mohon Maaf Zahir & Batin.

~Teratak Rimbun~

Monday, August 13, 2012

DIY: Kipas Antik (Not For Sale)



Salam,

Sekejap aja kita dah berpuasa Ramadhan ke-23.

Kipas ni dah terbiar kat rumah aku dekat sebulan jugak. Dapat dari sebuah rumah di Seremban. Tak tahu nak buat apa, tinggal tang kepala nya saja. Dah try, memang not functioned anymore, kaput. Tapi aku rasa interesting nak buat sesuatu ke atas kipas ni. Maybe nak DIY sikit touch up apa yang patut bagi nampak cantik. Kipas ni aku pun tak tau brand apa. GEC ke atau KDK tak tau lah. Cuma aku boleh agak yang kipas ni merupakan kipas wall mounted coz tengok keadaan belah bawah kipas ni ada skru menegak.

Anyway, now aku nak tunjuk how to DIY this kipas...

Kenapa aku tepek gambar tempat letak cawan ni yer? Yepp, aku nak jadikan tempat letak cawan ni as a base untuk kipas ni so nampak macam kipas meja. Dah puas aku carik base kipas lama tapi tak jumpa. Last option, aku guna ni aja murah dan kira ok la tu.

Yang ni pulak, base kipas siling jenis KDK aku dapat dari kedai kayu terpakai. Apek tu beri free aja kat aku. So, ingat nak ambik logo besi tu untuk digunakan sebagai logo kipas aku nanti.

 First thing to do, cat warna silver pada base tadi. Buang dan tutup segala lubang-lubang yang ada dan gosok dengan kertas pasir. Cat warna silver sehingga rata dan tak nampak material kayu tu nanti nampak tak real.

Cat kaler silver juga pada base kipas tadi. Cat berhati-hati dan rata.

Juga cat pada jaring kipas.

Ok, selepas selesai kerja-kerja mengecat silver kaler, tiba tang propeler or kipas nya plak di cat. Aku dah pun memilih kaler emas untuk menampakkan klasiknya.

Kipas selepas di cat warna emas.

Setelah selesai kerja-kerja mengecat, pasang semula jaring sebaik mungkin dan repair balik jaring tadi bagi elok.

Ni dia kipas yang telah siap dipasang jaring asal.

Seterusnya kipas ini dicantumkan dan skrukan dengan base tiang yang telah siap tadi. Make sure drill untuk buat lubang pada base tadi.

Ok, kipas dah pun dipasangkan dengan base. New look.

At last siap sudah kipas ni......dah boleh buat display atas kabinet.


Oh yer, hampir terlupa nak buh label KDK yang aku dapat kat kedai kayu terpakai tu. Rugi la plak rasa kalau tak tepek dan tampal. Make sure tampal pakai 'super glue' bagi kuat.


Ok label telahpun dipasang. Maka siaplah kipas ni dengan new look. Boleh lah letak as display. For next entry, aku akan tunjukkan proses DIY bangku panjang. Tunggukan entrynya selepas raya.

Saturday, August 4, 2012

Almari Antik No. 23 (SOLD!)

Salam,

Pejam celik sekejap jer dah hari ke-15 kita semua berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ni.

Ni dia almari tu. Condition agak teruk coz lapik belah kiri dah pecah. Tapi bahagian dalam masih cantik dan telah di cat baru.

Almari jenis slide macam ni memang tak ramai yang minat untuk memilikinya. So, bila permintaan takde aku tak ambil lah dari mana-mana orang persendirian yang nak menjual kat aku almari jenis ni. Last week, nasib baik ada orang sedang mencari almari jenis ni. Jadinya, aku dapat satu lamari ni di area Senawang dengan pantasnya aku sambar dari owner tersebut.

Almari jenis ni memang aku jual pada harga murah, memang murah jika dibandingkan dengan penjual dalam mudah. Harga aku: RM380 sahaja (SOLD). Anyway, almari ni dah ada pembelinya. Akan dihantar pada minggu ini juga, Alhamdulillah...syukur. Berikut adalah proses membaikpulih (restoration) almari ini.

Lapik bahagian atas telah rosak dan pecah begitu juga dengan lapik belah kiri, so atas permintaan buyer aku bukak semula lapik berkenaan dan jadikan belah tepi (kiri dan kanan) cermin see thru dan boleh view. Dalam gambar tu lapik atas telahpun ditukar baru. Kayu besar gedabak tu sebenarnya pemberat untuk bagi gam benar-benar melekat.

Ni dia lapik yang aku dah tukar buat bingkai, so boleh lihatlah item yang di displaykan.

Ni dia... selepas di buat bingkai bahagian tepi. Now dalam proses menempah cermin. Gam pada lapik baru telahpun kering. Lepas ni upacara menggosok dengan kertas pasir. Yang ni makan masa lama sikit.

Upacara menggosok kertas pasir telah dijalankan semalam dan telahpun siap. Tujuannya untuk make sure takde benjolan-benjolan di sudut-sudut tepi almari. Nak bagi nampak rata.

Ni dia keadaan almari selepas proses gosok dengan kertas pasir.

Proses seterusnya ialah syelek or varnish sementara menunggu tempahan cermin tepi siap. Part yang ni yang paling aku suka. Bukan kerana aku suka dengan bau syelek tu. Tapi time ngecat ni bleh layan dan tak memenatkan.

20% kerja-kerja syelek selesai.

Ok setelah selesai kerja-kerja syelek/varnish at least kena la tunggu 4 hingga 5 jam sementara nak tunggu syelek tadi kering. Lepas tu, boleh la cermin-cermin kiri dan kanan tu dipasang.

Ni dia keadaan semasa nak memasang cermin.

Ok telah selesai syelek cuma aku terlupa nak snap gambar semasa pemasangan cermin kiri dan kanan. Waduhhh...kok lupa bulan-bulan posa ni. Takpa lah..dah siap dah pun

Ni dia keadaan dah siap sepenuhnya. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Layanzz..





Aku masih belum berkesempatan nak sambung balik baikpulih almari yang lepas-lepas tu especially almari nyonya tu. Mungkin pada entry yang akan datang. Yer lah, bulan posa ni nak beraktiviti agak limited sikit. Minggu depan lagi 2 minggu nak raya.

Salam..Ramadhan untuk semua.