Semasa entry ni diupdate, almari ni dah dihantar ke Kuala Kubu Bharu (KKB) kepada owner baru Mr Larry. Next time aku cerita pasal mamat ni, tempat dia tinggal sangat hebat. Especially bab dekorasi. Updates for entry ni aku nak citer proses 'makeover' tersebut. Ialah kan, kang kalo aku tak citer, kata aku buat-buat citer haha. Memang agak susah nak makeover kali ni coz, customer minta ubah di saat-saat akhir. Aku actually dah pasang cermin clear keliling almari ni.
Tapi disebabkan permintaan aku akur juga. Nak cari cermin warna hijau/kuning/biru (yang banyak letak kat rumah-rumah melayu) tu memang susah. Nowadays dah tak banyak kedai jual. Tapi mungkin kawasan pendalaman masih ada lagi. Harga plak mahal nak mampos. Anyway, tanpa membuang masa...berikut adalah kronologi 'makeover' tersebut:-
Posting Asal dated 30/12/2011
Almari ni baru dapat last week. Saiz agak kecil dan merupakan almari lauk dengan jaring di bahagian depan dan tepi kiri kanan. Sesi make over sedang berlangsung dan nanti aku akan masukkan kronologi makeover tersebut.
Almari ni is OPEN FOR BOOKING. Sesapa saja boleh call or sms aku untuk booking. Kalau boleh aku berhadarap customer dari Lembah Kelang. Bukan aku takmo terima customer dari tempat lain, tapi yang paling penting nak menghantar almari tu yang susah. Kecuali, kalo customer nak collect sendiri aku tak kisah. Yang tu memang aku alu-alukan. Setakat ni, dalam sesi makeover, pintu akan ditukar kepada cermin.
FYI, ukuran almari ni ialah, 3 kaki lebar, 2 kaki 3 inci dalam dan 2 kaki 6 inci tinggi. Aku akan buat 2 aras so ruang untuk letak teko, PML dan sewaktu dengannya sangat luas dan banyak kauntiti boleh letak. No need to worry.
No comments:
Post a Comment