Monday, December 26, 2011

Almari Antik No. 18 (KIV sale)

POSTING ASAL (KIV SALE)

Almari ni adalah dari jenis kaca slide belah atas dan bawah tu (seperti dalam gambar). Belah kanan bawah tu ada storage berpintu tertutup (formica) dan laci kat atasnya. Keadaan dalam gambar masih belum 'restore' lagi. Harga yang tertera tu termasuk kos baikpulih sekali. Saiz nanti aku tepek (tak sempat nak ukur daa).

Harga: KIV dulu (termasuk penghantaran ke Lembah Klang sahaja dan siap di baikpulih 'restore').

sila hubungi saya untuk BOOKING.

RECENT POST (26 Dec 2011)

Tu posting asal kat atas masa sebelum dibaikpulih. Aku start buat almari ni dah lama jugak, sikit-sikit kalau ada masa even malam hari bekerja.

Anyway, aku sempat gak snap beberapa foto kronologi proses baikpulih tersebut. Sila lihat gambar-gambar di bawah ni...


Proses filler mana-mana area yang dah pecah dan berlobang (yang berwarna putih). Kena guna filler kayu yang ada jual kat kedai hardware tu. Lepas filler, kena guna kertas pasir untuk ratakan permukaan kayu tersebut supaya nampak 'smooth'.

Proses memasang pintu baru. Asalnya ruang ni adalah laci dan kabinet bertutup penuh. Aku dah tukarkan ke pintu kaca. Totally ubah 100% untuk zone ni. Gambar atas menunjukkan pintu kaca yang telah dipasang.

Para dipasang di tengah-tengah untuk menambah ruang untuk meletak barang pameran.

Setelah di cat semula dengan kaler biru muda untuk warna ruang dalaman.

Zoom out selepas cat.

Selepas di cat warna coklat.

Inilah dia telah siap sepenuhnya.

Regards,

1 comment:

  1. macam mana nak booking? Dah lama cari almari macam ni. Tapi sy di johor..ada penghantaran ke?

    ReplyDelete