Sunday, June 5, 2011

Meja Kopi (RESERVED!)

Salam,

Lepas turun dari Cameron hari Rabu, esoknya Khamis sempat aku pi hunting sebelum aku bertolak balik kampung on Friday. Yer la, Sabtu plak aku kena balik Pontian coz adik aku yang paling bongsu bertunang. Ahad (hari ni) dah kena balik Nilai, esok nak keje. Banyak keje-keje yang aku tinggalkan selama aku bercuti seminggu. Waduh, esok sure monday blues.

Pekan Mambau (credit to NST online)

Ok lah keje hunting menghunting on Khamis ni boleh dikatakan berjaya jugak la. Mana tidaknya, aku berjaya mendapatkan beberapa perabut lama di sekitar Pekan Mambau. Aku riki kat apek yang biasa aku jumpa tu. Last time aku dapat brass 'pelita' tu ingat tak? Kalau korang nak tau Pekan koboi ni terletak on the way nak ke Port Dickson dan juga Rantau. Ironinya, pekan ni sebenarnya boleh dihubungi melalui bandar tersohor Seremban 2 (Jusco) kalau sesiapa yang dah biasa dengan kawasan ni.

Meja kopi ni kata apek tu keluaran era 1970's kalau korang tengok jenis kaki bulat berukir. Dimesion 4 kaki panjang x 2 1/2 kaki lebar x 3 kaki tinggi. Ada ruang letak surat khabar and magazine kat bawahnya. Masa aku jumpa meja ni depa letak gitu-gitu aja kat belah tepi rumah.

Harga (with restoration and delivery to Klang Valley ONLY): RM400 - SORRY, RESERVED TO A FRIEND

Pandangan depan

Pandangan atas.

Ruang letak akhbar dan magazine


Pandangan terlentang huhu..

Anyway, if interested please let me know and sms or email. Thanks!

No comments:

Post a Comment