Friday, June 17, 2011

Kena Quarantine

Foto: kredit to cuti.com.my
Salam,

Sorry coz 'agak lama' tak update blog. Bukan apa, aku kena quarantine 3 hari ofis ada buat Budget Meeting outstation. So banyak persediaan kena buat itu dan ini, tu yang aku senyap sehingga hari ni baru balik. Takde apa nak diupdatekan. Sempatlah makan sotong kering kuah kacang tu...nyam nyam.

Ni le tempat aku menginap, makanan sedap and not bad gak hotelnya
Regards,

Sunday, June 12, 2011

Meja Tulis/Study (SOLD!)

Salam,

Sabtu semalam aku pi pasar malam macam biasa kat PD tu, lepak pantai makan sedut udara nyaman. So sempat gak lepak kedai tokei kat Lukut tu. Anak aku yang beriya-iya suruh aku amik meja ni, kaedah dan kononnya dia kata nak guna as meja study dia coz dia nak lain sikit dari abangnya tu.




Bila dah sampai rumah, langsung dia langsung tak minat pun dengan meja ni. Buat penat je aku ambik kat kedai tokei tu. Nasib baik dia tolak murah jer. Aku nampak meja ni ala meja konsol je. Lawa gak kalu letak kat living room. Anyway, kalau sesiapa yang nak beli meja ni aku nak tolak. Harga seperti di bawah. For me, meja ni very rustik keadaannya and sangat cottage ala english so sesuai la dengan suasana antik tu. Tak payah nak ubah apa-apa. Huhu senang sikit keje aku nampaknya.

Harga: RM280 (SOLD TO KAK ZURA NILAI)

Kalau berkenan sila lah email or sms, jangan malu-malu.

Regards,

Thursday, June 9, 2011

Kaki Lilin (BOOKED!)

Salam,

Semalam balik from site, member ajak singgah kat satu tempat ni.

Rumah lama yang aku pergi semalam memang tak rugi gak aku pi. Walaupun agak menyeramkan tapi best betul. Apa tidaknya, tak sia-sia jugak aku pi coz at least ada jugak barang aku dapat. Rumah lama ni maksud aku bukan rumah yang ditinggalkan tapi masih ada penghuni. Penghuninya memang sporting. Macam ala American Pickers aku semalam. Member aku bawak pi jenguk satu makcik ni. Dia tinggal sorang-sorang kat rumah ni. Tapi sayang banyak plak barang dia takmo jual. Katanya 'sentimental value'. Aku cuma dapat satu ni jer, takpe la.

Kaki lilin ni memang buruks gilos dan berhabuk masa aku dapat. Tak kisah lah pasal condition nya. Kalo boleh biarlah macam ni, nampak lama dan antik lagi bagus. Tinggi dalam 43 inci dan kaki empat segi kat belah bawah tu berukuran 15 inci x 15 inci. Tahun ianya dikeluarkan tak la den ketahui. Tapi kalau buat display memang cantiks!





Based kaki

Anyway, harga ditawarkan dalam lingkungan RM180 (BOOKED BY ABG KHALID SG BESI). In case kalau takde orang nak, nampaknya aku terpaksalah simpan. Hehe...

Arghhh ngantuk nak titun,

Wednesday, June 8, 2011

Radio Pepsi (NOT FOR SALE)

Salam,

Radio pepsi ni masih berfungsi dengan baik semenjak ianya dibeli dari rakan aku yang minat dengan barang pepsi ni. Sorry yang ni is NOT FOR SALE. Susah gak aku rasa nak dapatkan koleksi ni. Ni pun coz member aku ada extra, kalau tak tak dapek aku nak riki sejak sekian lama.

Cuma yang agak terkilan radionya cuma ada AM frekuensi sahaja. Uwaaa...tak dapat aku dengan Sinar.fm. Cuma boleh dengar radio RTM jer hehe, jadi ler. At least, pepagi boleh aku dengar mengaji sebelum solat subuh. Dan boleh dengar berita masa masak air. Bentuknya seperti tin pepsi cuma ada ariel and speaker kat atas, channel searcher and volume control kat tepi tin. Lain-lain takde apa pun.

Ok layanzzz...




Ok jumpa lagi...sharing is caring kan

Tuesday, June 7, 2011

Beg Lama (RESERVED)

Salam,

Rajin pepulak aku berblogging hehe.

Beg ni bukan aku dapat masa hunting hari tu ya. Yang ni lain. Aku dapat 2 minggu sudah tapi bukan di Negeri Sembilan. Aku dapat di KL, rumah kawan aku. Masa aku ambik buruk bebenor kondisi nya, berhabuk tebal bagai nak rak. Bila aku basuh dan dah dibersihkan very kilat. Cuma labelnya dah terkopek/tertanggal. So tak tau brand apa beg ni huhu. Harap-harap berjenama mahal macam LV tu hehe.

Ok layanzz la gambar bawah ni...




Aku rasa ia buatan 1970's berdasarkan material ala plastik ni. Dimensionnya agak-agak dalam 24 inci panjang x 19 inci tinggi x 7 inci tebal. Kunci dah hilang so boleh buka secara manual jer. Dalam beg rasa-rasa material kain. So, beg ni memang sesuwai untuk di displaykan di ruang tamu or kedai.

Harga: RM150 (RESERVED TO EN. KHIR)

Adioss.. macam biasa la

Monday, June 6, 2011

Meja Tepi (side) dan Kerusi Gosip (BOTH SOLD!)

Salam,

Nampaknya penjualan perabut diteruskan lagi malam ni. Tapi kali ni harap-harap sesiapa yang masih que untuk almari display jangan panik coz aku masih lagi dalam proses memburu almari display tu cuma masih belum berjaya jer lagik. Tunggu sikit hari lagi.

Yang barang dua ni kalau sesiapa berminat tak kira le sapa boleh le booking dulu. Ake kena restore dulu bagi cantik then baru aku jual. Ok, same again ni merupakan hasil hunting aku tempohari di sekitar Negeri Sembilan.

1) Meja Tepi (sideboard) - SOLD TO KAK MARZIAH (AMPANG)!

Meja ni cantik and 'retro' look coz berbentuk bulat dengan kaki terkangkang dan hujung ada besi tutup kakinya. Tinggi lebih kurang 3 kaki x panjang or diameter end to end 3 kaki. Bawah ada ruang letak magazine.

Harga (lepas baikpulih): RM350




2) Kerusi Gosip - SOLD TO KAK MARZIAH (AMPANG)!

Kalau zaman dulu kat rumah orang kaya-kaya kerusi ni famous untuk makcik-makcik duduk sambil telefon sanak saudara sahabat handai untuk gosip-gosip ala makcik dara. Tu yang aku panggil kerusi gosip tu huhu..

Anyway, aku tak tau nak describe cuma dimesion nya dalam 4 kaki panjang (kira muat masuk keter aku ler). Alas duduk yang warna hijau tu di buat dari vinyl kot (ala material tempat duduk bas tambang dulu-dulu tu).

Harga (lepas baikpulih): RM400




Ok, apa-apa sila roger...

Sunday, June 5, 2011

Meja Kopi (RESERVED!)

Salam,

Lepas turun dari Cameron hari Rabu, esoknya Khamis sempat aku pi hunting sebelum aku bertolak balik kampung on Friday. Yer la, Sabtu plak aku kena balik Pontian coz adik aku yang paling bongsu bertunang. Ahad (hari ni) dah kena balik Nilai, esok nak keje. Banyak keje-keje yang aku tinggalkan selama aku bercuti seminggu. Waduh, esok sure monday blues.

Pekan Mambau (credit to NST online)

Ok lah keje hunting menghunting on Khamis ni boleh dikatakan berjaya jugak la. Mana tidaknya, aku berjaya mendapatkan beberapa perabut lama di sekitar Pekan Mambau. Aku riki kat apek yang biasa aku jumpa tu. Last time aku dapat brass 'pelita' tu ingat tak? Kalau korang nak tau Pekan koboi ni terletak on the way nak ke Port Dickson dan juga Rantau. Ironinya, pekan ni sebenarnya boleh dihubungi melalui bandar tersohor Seremban 2 (Jusco) kalau sesiapa yang dah biasa dengan kawasan ni.

Meja kopi ni kata apek tu keluaran era 1970's kalau korang tengok jenis kaki bulat berukir. Dimesion 4 kaki panjang x 2 1/2 kaki lebar x 3 kaki tinggi. Ada ruang letak surat khabar and magazine kat bawahnya. Masa aku jumpa meja ni depa letak gitu-gitu aja kat belah tepi rumah.

Harga (with restoration and delivery to Klang Valley ONLY): RM400 - SORRY, RESERVED TO A FRIEND

Pandangan depan

Pandangan atas.

Ruang letak akhbar dan magazine


Pandangan terlentang huhu..

Anyway, if interested please let me know and sms or email. Thanks!

Friday, June 3, 2011

Koleksi Children Storybook

Salam,

Aku dapat koleksi ni tahun lepas kat Seremban aku beli lumpsum satu kotak kat Pasar Warisan. Tapi setelah ditapis dan dipilih-pilih, aku ambik mana yang rare jer. Kisah penyiasatan Hardy Boys, Enid Blyton and Nancy Drew memang aku baca masa aku di awal sekolah menengah (tingkatan 1, tingkatan 2 macam tu..). Hardy Boys aku dapat banyak, cuma Nancy Drew jer aku dapat 2 naskah. Anyway, esok lusa belum tentu jumpa lagi buku ni, better aku simpan untuk anak-anak aku. Sorry gambar agak kurang terang coz aku pakai kamera handphone jer.

Layanzzz...




Regards,

Thursday, June 2, 2011

Gelas Ferrari Shell (NOT FOR SALE)

Salam,

Aku pun bukan kolektor tegar gelas Ferrari ni. Nak dijadikan cerita, last 2 week before cuti sekolah. Secara kebetulan aku nak tukar minyak hitam coz dah due. Aku memang pakai minyak Shell Helix untuk keter aku. Tak sangka plak beli minyak ni dapat free 2 gelas ferrari, so aku beli and suruh bengkel regular tu tukar minyak itam aku seperti biasa.

Ni dia gelas free tu. Bukan senang nak dapat ni. Esok-esok kalau promotion dah habis belum tentu ada lagi kan. Aku dapat 2 gelas dengan 2 jenis kereta iaitu 1952 (Tipo 500) dan 1958 (Dino 246 F1). Layanzz...


1952 (Tipo 500) - Depan

Belakang

1958 (Dino 246 F1) - Depan

Belakang

Adiosss...