Monday, February 28, 2011

Trip to Cameron Highlands

Off topic sat, asik cerita pasal barang antik aja bosan jugak kan. Cerita sikit pasal trip aku, kali ni...

Fakta Trip :-

Date : 19/2 - 20/2/2011
Venue: Cameron Highlands and Ipoh
Sleep : Rumah Peranginnan Persekutuan Cameron Highlands


Salam,

Takde apa yang menarik sangat pasal trip aku yang satu ni. Trip ni bukan tujuan untuk hunting barang. Ni memang betul-betul untuk rilexkan minda dan berehat dengan family. Ntah kali ke berapa agaknya dah aku jejak kan kaki aku ke sini. Last aku pi Cameron ialah pada bulan Jun 2008. Lagipun, wife aku dah siap booking Rumah Peranginan Persekutuan sejak tahun lepas lagi. Rugi le kalau tak mai (murah je, 1 malam cuma RM25 je. Ni kali ke dua aku duduk sini).

Ala trip ni macam biasa la, borong-borong sayur bla bla, beli beli strawberry, jalan-jalan tengok pokok strawberi, tengok-tengok ladang teh yang poyo tu haha.. pastu lepak pasar malam Brinchang, lepas sana lepak sini bla bla etc etc.. Yang bestnya aku beli beberapa pokok (jenis menjalar) kat sana untuk ditanam kat rumah aku. Ingat nak buat pergola laa..

Berikut adalah kronologi trip tersebut:-

19/2/2011 - bertolak dari Nilai jam 7.00am, makan nasi lemak bungkus di R&R Sungai Buloh. Lebih kurang jam 10am about halfway naik ke Cameron (via Tapah tol), aku singgah kat Lata Iskandar sat...sejuk kan diri

Lata Iskandar - bestnya kalau aku dapat mandi..

Sebelum sampai tempat penginapan lebih kurang 1km sebelum Tanah Rata, sempat aku singgah sat kat sini. Lepak pekena teh dan cake dulu dan snap gambar lebih kurang.

Signboard ni menarik gak kalau dapat hehe...

Ladang teh Bharat Tea Plantations

Signboard yang ni pun best gak kalo dapat rembat, buat koleksi hehe...

Jam 11.30am tiba di tempat penginapan.

...ni dia tempat aku tidor (RM25 per night memang berbaloi, trip dulu aku duk apartment mahal sikit but yang ni dapat bilik, ok je la mana nak dapat harga bilik macam ni bro??)

oleh kerana kunci belum dapat lagi, let us go round and round...lepak sat kat sini.Mencuci mata sambil teringin nak makan ice cream strawbery yang poyo tu. Signboard yang ni pun takkan nak rembat bro?? hahah...harus aku kena kejar dengan owner.

Jam 1.00tghri, lepak kat strawberry farm sat..

huh...strawberry busannya hehe

Cuci mata sat dengan bunga-bungaan yang sempat aku snap kat sini...


Strawberry ice cream, indah khabar dari rupa di poster. Yang aku baham ialah macam yang ice cream malaysia tu hehe, jadi lah..tapi memang sodap coz pure gila isinya.







Nilah dia rock melon (bukan rock kapak) Mahal siot buah ni RM20 sebijik tapi memang sodap!

Sebelum check in, aku singgah sat makan kat Pekan Brinchang sambil snap-snap gambar bangunan-bangunan lama yang aku rasa cocok untuk dimasuk kan dalam blog ni.


Ok, jam 2.00pm aku check in dan zzzzz...sampai jam 6pm. Bangun aja, aku terus pi cari dinner kat Pasar Malam Brinchang sambil cuciz mataz...haha
Suasana kat pasar malam Brinchang. Ala, sama je macam kat pasar malam kat Jalan TAR or kat area rumah korang. Cuma yang bezanya, barang-barang yang depa jual lain sikit la. Kat sini sayur semua fresh-fresh. Makanan nya sama aja...semua ada (Nasi ayam, nasi lemak semua ada). Aku lepak until jam 8pm lepas tu balik bilik dan zzzz lagi...(kan aku kata tadi, trip ni untuk aku berehat)

Jam 8.00am (20/2/2011), breakfast kat area Tanah Rata, jumpa satu kedai pakcik dan makcik ni (memang dah 4 kali setiap kali aku pi Cameron aku makan pagi kat restoran ni hehe). Tapi aku suka tengok kat menu yang kat dinding ni...coz ada gambar susu tin Carnation. Design lama tu.

Lepas bekfast, balik bilik dan ready to check out..jam 10.30am gitu...

On the way balik tak sah kalau tak singgah sini (Kea Farm) beli sayur sebanyak setidak untuk diagih-agihkan pada sedara mara sahabat handai...

Tapi kan...kalo korang nak tahu aku sempat gak singgah Ipoh on the way balik (Pasar Lokin aka Memory Lane) melepas gian kata orang tu walaupun pasar ni dah nak tutup lebih kurang jam 12 tghri gitu aku sampai. Anyway, janji aku singgah!


Begitulah kira-kira...next time aku citer lagi. Adioss!

Sunday, February 27, 2011

Pelbagai Barangan Kaca Antik

Salam,

Hari ni aku duk rumah, touch up dan baikpulih perabot sikit dan sesi bongkar membongkar, jumpa la beberapa barang untuk di 'let go'. Selak punya selak, kali ni aku jumpa pelbagai barangan diperbuat dari kaca pulak dohh.. ni diaa

Barang No. 1



Gelas minuman keluaran 1980's jenama rokok Peter Stuyvesant Menthol. Amat jarang sekali nak jumpa gelas yang dikeluarkan oleh syarikat rokok. Tinggi dalam 15cm.

Harga : RM8 satu (ada 3)


Barang No. 2


Mangkuk 1960's sup/kuih/lauk berbentuk buah dengan tangkai (tengok gambar No. 2 tu). Memang unik betul bentuk mangkuk ni. Diameter dalam 12 cm jer. Ada 4 biji semuanya.

Harga: RM6 satu (ambil semua RM20 sahaja tak termasuk poslaju)


Barang No 3 (BOOKED)

Bekas kuih antik 1960's kaler hijau. Hah, bekas ni memang kebanyakan peminat barang lama ada tapi kebanyakannya kaler coklat or clear. Mintak mahap, yang ni cuma ada satu saja dalam simpanan den.

Harga: RM10 jer (BOOKED - KAK NANIE).

Barang No 4 (SOLD via Mudah.my)


Sepasang flowerpot antik kaler hijau. Aku rasa design ni keluaran tahun 1970's. Saiz seperti dalam gambar compare dengan bateri kecik tu. Ada lukisan hand painted kat tepi.

Harga: RM25 sepasang.

Sms untuk berurusan (013-2296679 Zul), email pun boleh.

Tata...Salam di angin lalu,

Saturday, February 26, 2011

Crate dan botol miniature (NOT FOR SALE)

Salam,

Saat entry ini ditulis aku baru balik dari Kuantan tadi (9.00pm), masih penat ni drive sejak petang tadi. Aku pi sana sejak semalam (Jumaat). Hantar mak mentua aku ke rumah ipar aku kat sana, tukar angin katanya. Konon-konon nak pi hunting barang. Aku pi kat Trade Shop di Jalan Bukit Ubi and kedai barang terpakai dari Singapore (ala ala Rengit la ni) kat Jalan Gambang. Takde barang lah..semuanya tak best, kalau ada pun mahal harganya.

Anyway, pasal crate miniature ni aku ada tulis hari tu pasal ni. Aku dapat dari Senawang (trade botol) dengan member aku si pencinta coke tu. Memang first time tengok, aku terus sambar coz memang comel crate 7up ni datang sekali dengan 3 botol (7up, Sprite and botol soda apa ntah). Satu botol tu still ada air.

crate mini 7up tu...

Crate ni saiznya alahai kecik sangat tapi aku rasa ia unik untuk disimpan

3 botol miniature, Sprite bottle tu best very rare

Botol compared to mangga rumah aku, very small

Last sekali aku nak bagitahu bahawa barang-barang di atas is NOT FOR SALE. Simpan untuk koleksi aku..hehe. Esok-esok kalau aku rasa nak jual, aku tepek kat dalam ni.

Regards,

Wednesday, February 23, 2011

Almari Antik Updated Que List

Salam,

Mintak maaf banyak-banyak pada semua customer akibat lama sangat menunggu. Tapi kali ini nampaknya gerak dalam list bertambah laju dan pendek. Alhamdulillah, nampaknya dapat lah aku memenuhi kehendak pelanggan dalam jangkamasa yang lebih dekat dengan cepat. Nak cari barang ni memang sangat susah dan bukan perkara mudah.

Harap nama-nama dalam que list for next turn dapat email or sms aku apa jenis almari yang dikehendaki coz aku nak tahu juga apa jenis yang dimahukan. Ada pelanggan nak yang jenis ini dan itu. Apa-apa sila email aku. Ada nak jenis almari lauk, ada nak jenis kecil, besar etc. Senang sikit aku nak mencari. Updated que list yang terkini untuk almari antik seperti di bawah ni:-

1. Abg Din / Kak Gie (Next turn - KIV)
2. Kak Aina (KIV until June 2011)

3. Aris Azman (next turn)

4. Fifi

5. Kak Mona Rawang

6. Kak Shima
7. Rafidah

8. Kak Noorazian
9. Sya (harith hiliza)

10. Hanis

11. Petty Petals


Customer yang TELAH menerima almari pula seperti di bawah:-


1. Kak azzah (sold - 2008)

2. Kak Cempaqa (sold - 2009)

3. Kak Ana (sold - 2009)

4. Yatt (sold - 2010)

5. Kak Hanis Kajang (sold - 2010)

6. Hanita Hanita (Sold - 2010)

7. Kak Zie (Almari antik No 10 - 2011)

8. Yatt (Almari antik No 12)


Maaf, permohonan baru (hehe) telah ditutup dan akan dibuka semula selepas 2 orang yang terakhir dapat almari mereka. Terima kasih.


Regards,

Tuesday, February 22, 2011

Pelita Gantung (NOT FOR SALE)

Salam,

Ahh, leganyaa hari ni aku bercuti coz nak menghilangkan penat sejak 2 hari yang lepas.

Pelita or kerosene lamp memang aku minat jugak nak mengkolek nya. Cuma kadang-kadang jer aku dapat jenis yang pelik-pelik or rare. Memang susah nak carik jenis yang rare ni. Yang re production, toksah citer la melambak kat mudah dan kat blog orang jual. Yang tu lagi laa aku tak berminat. Pelita gantung yang ni aku dapat dari Rengit. Nak kata rare, tak jugak tapi bukan re production. Nampak memang lama coz ada part yang di buat dari enamel dan ada part dari porcelain. Sedara aku bawakkan dari kampung semalam petang. Tak sempat nak snap semalam. Hari ni baru aku berpeluang. Yang uniknya, pelita ni saiz kecil tapi boleh di gantung.



Tinggi dalam 12cm termasuk tutup.

Bekas minyak tanah (kaler hijau) tu dibuat dari enamel dan storm (penutup atas berbunga vintage) dari porcelain. Very unik, nampak ala ala victorian style and kalau tak sure aku dah jual kat dalam blog ni haha..

Ok, tata for now

Monday, February 21, 2011

Set Teko, Pinggan Oval dan Piring Kuih

Salam,

Hari ni baru lega sikit, kerja kat ofis dah settle. Dan penat melancong semalam dah reda. Then today, aku start nak jual pelbagai pinggan mangkuk hehe.. nak menghabiskan sisa-sisa sebelum aku pindah rumah akhir tahun ni. Malas nak terbondong-bondong bawak berat-berat esok pindah rumah. Aku kalau bab pasal bunga kat teko memang 'fail!', langsung tak tahu bunga jenis apa.

Item 1 (SOLD TO KAK N from JB)

Set teko ni aku tak tahu bunga apa kat tepi tu. Macam daun Maple tapi bukan yang selalu kita tengok kaler oren tu, yang ni lain sikit. Buatan 1960's, bentuk teko macam aladin bentuk unik sikit. Cuma set ni cawan dan piring cuma ada 2 saja. Tak cukup. Set penuh yang aku ada seperti dalam Gambar No 1 di bawah. 1 Teko + 1 bekas gula + 1 bekas susu + 2 set cawan dan piring. Kat belah bawah ada tulis 'Made in China' macam biasa la..

Harga for the whole set: RM160 (nego)

Kalau nak beli set loose (satu-satu pun boleh). No hal punya, tapi aku nasihatkan beli le set terus, senang hati aku hehe.. Harganya seperti ni:-


Harga teko (aku suka bentuknya unik) : RM80

Harga Bekas Gula : RM30

Harga bekas susu : RM25

Harga Set cawan : RM15 per set

Item 2

Pinggan Oval bunga apa aku tak tahu haha...blurr blurr Nampak macam bunga rose mixed dengan bunga-bunga lain. Panjang end to end 30cm x width end to end 24cm.

Harga: RM60 (nego)

Item 3

Yang ni piring kuih or alas gelas buatan Jopon 1960's with words "Good name is better than riches". Kaler clear.

Harga: RM8 satu (ada 4 keping semuanya, borong semua RM28 sahaja)

Sms me for further details (zul 0132296679)