Wednesday, January 12, 2011

New Blog Header

New blog header after 18 months..

'TURN JUNK ...INTO WANG'

Gambar first day aku bukak gerai kat Maeps

Salam,

Pejam celik dah 18 bulan usia blog aku ni since 1 Aug 2009. Thats why aku letak bilangan pelawat sejak tarikh tersebut. Dan sejak 1 Aug 2009 juga la aku start meniaga. Bermula dengan buka gerai kat car boot sale di Maeps, dan aku stop pada pertengahan July 2010 oleh kerana masalah kesihatan.

Anyway, tak kiralah bagaimana or cara kita meniaga faktor utamanya ialah minat kita terhadap sesuatu itu. Pada aku minat tu la yang mendorong seseorang itu berjaya dalam sesuatu bidang itu. Dalam perniagaan tu jenis macam aku ni plak, kalau tak mampu buat 'Retail Sale' (buka gerai - is still the Best cara above all), boleh lah beralih kepada 'Online Sale' (jualan secara maya). OS ni pulak ada pelbagai medium. Ada medium Blog yang sangat top di kalangan pengumpul barang antik, yang ni sangat-sangat biasa dan aku masih dan sedang gunakan sekarang. Medium online 'Mudah.my' juga aku dah cuba. Yang ni pun berkesan sangat, cuma tak larat nak pi pejabat pos untuk courier barang dan kalau-kalau barang pecah dalam perjalanan. Tu yang paling aku kurang gemar dengan kaedah ini.. hehe. Dan yang masih dalam peringkat nak mencuba ialah Ebay dan Lelong.my. Yang dua ni merupakan teknik yang sama iaitu 'membida'.

Kedua-dua ni aku masih memikir dan test terutama Ebay. Coz aku nampak Ebay ni ada potentialnya terutama nak explore market international. Now aku masih dalam proses pembelajaran.

Gerai kat Muzium (Mar 2010)

Kesimpulannya, for 18 months nampak macam sekejap tapi kat situlah ada pahit manisnya dengan macam-macam dugaan yang aku lalui. Tapi aku bersyukur dan berterima kasih kepada customer dan sahabat-sahabat seangkatan yang masih setia dan menyokong aku. Terima kasih banyak-banyak pada kamu semua.

Kalau korang renungi dalam header di atas aku letak ayat yang bermaksud 'tukarkan barang terpakai/lama/junk anda menjadi wang/duit/cash'. Pada sesetengah orang, perbuatan menjual semula barang lama or terpakai bukan satu idea yang baik dan bijak. Tapi pada aku kalau rajin mencari barang-barang sebegini sebenarnya akan memberi sumber rezeki yang lumayan pada seseorang tu. Yang penting di situ ialah nilai barang tersebut dan cara manusia yang membeli itu appreciate barang tersebut. Cuma rajin dengan malas je..hehe.

Lastly, thanks for my wife and kids yang banyak berkorban dan support aku. You're my everything!

2 comments:

  1. haha...ko ni macam tau-tau jer bro. Eh barang tu next month le yer...hehe

    ReplyDelete