Tuesday, March 1, 2011

Almari Antik No. 11 (SOLD!)

Salam,

Updated (1 Mac 2011)

Semasa entry ini ditulis, masih belum dimiliki oleh sesiapa. Ni dia selepas dibaikpulih sepenuhnya dengan cermin yang baru dan divarnish. Now open for sale again.

Specs: Tinggi termasuk kaki 90 cm x lebar 105cm x depth 40cm
Harga: RM300 (SOLD TO MIE)


Posting Asal (6 Jan 2011)


Almari ni lama dah aku simpan cuma belum sempat untuk dibaikpulih sejak awal puasa lagi. Dapat kat area Batu Kikir, Kuala Pilah (batu...kikir jombatan bosii...hehe jauh tu!). Actually ada lagi 2 biji langsung belum pun aku sentuh, tak sempat dengan raya lagi, dengan nak ngecat rumah lagi. Yang ni pun alhamdulillah aku baru siap semalam. Size panjang 3 1/2 kaki x tinggi 3 kaki x depth 1 kaki lebih sikit. Pintu jenis sliding kaca (tolak) sesuai untuk display pinggan mangkuk or botol coke.

Almari ni buatan tahun 1974. Macam mana aku boleh tahu almari ni buatan tahun tersebut? Hehe.. coz masa aku dapat almari ni, aku kemas-kemas dalamnya so terjumpa la alas surat khabar yang owner asal letak kat dalam tu. Aku terpandang tarikh kat surat khabar tu tahun 1974. Masa tu aku umur baru 1 tahun, baru je pandai jalan. Tapi sayang, surat khabar tu dah reput tak dapat diselamatkan. Pegang jer dah belerai.

Tapi cantik lagi. Sebelah kiri ada sliding door cermin dengan ruang display yang unik susunannya. Banyak pinggan mangkuk cawan boleh buh kat sini. Jangan risau, kayu meranti ni. Tak rebah punya. Yang sebelah kanan plak, cabinet tertutup, so boleh le letak barang-barang peribadi dengan siap ada kunci lagi. Kunci tu aku dah baikpulih, so ada kunci baru.

Sekian terima kasih.

2 comments:

  1. bang,lemari ni bagi je kat org jb hehe..takleh kirim sesape nak ke jb ke?

    ReplyDelete
  2. uik...la ko ke yang nak lemari ni hari tu? Jauh la bro nak hantar. Kalau balik kampung plak, mana aku nak letak wife ngan anak2 aku kalau bawak robok ni? hehe...camno tu

    ReplyDelete