Thursday, January 27, 2011

Poster Coca Cola Zero

Salam,

Poster ni dah lama aku dapat since tahun 2008 lagi, cuma aku tak sompek-sompek laie nak framekan dia. Poster ni memang cun! kalau di display kan di dinding berseblahan dengan almari antik tuan-tuan. Mungkin kerana aku busy sangat sampai takde masa nak hantar kedai apek frame.

Jangan kuatir ya pak coz poster coca cola zero ni original yer dengan saiznya yang besar bagak 32” (2 kaki 8 inci) x 45” (3 kaki 9 inci) siap dengan bingkai frame (plastic frame biasa). Kondisi masih cantik 'daboom' dan tiada cacat celanya.


Harga: RM150 (nego).

Aku suggest collect semasa Hi-Tea kat Ipoh Station Puchong sabtu ni, sonang kan?

Wednesday, January 26, 2011

2 LP Jazz and Blues (NOT FOR SALE)


Salam,

Kalau ko dengar lagu-lagu jazz lama yang dua ni mesti ko tergelak or korang teringatkan zaman Charlie Chaplin. Itu lah hakikatnya, first time aku dengar sorang-sorang LP yang dua ni memang aku tersenyum coz aku teringatkan cerita-cerita Chaplin dengan pergerakan manusia yang laju (macam filem di fast forward rupanya). Tapi bila dengar semula Ahad semalam, aku rasa not bad gak lagu-lagu dalam ni especially album Jelly-Rolls Morton coz lagunya blues ke jazz but a little bit swing. Cuba search lagunya dalam youtube. Anyway layanzz..

Actually, aku ni bukan peminat tegar lagu blues or jazz, tapi sesekali layan lagu sebegini kadang-kadang kita kena cuba sesuatu yang baru apa salahnya...betul tak? LP ni aku dapat kat Memory Lane tahun lepas.

Regards

Tuesday, January 25, 2011

American Pickers

Salam,

Semalam sempat aku menonton rancangan hebat di Astro History Channel untuk orang-orang macam aku ni iaitu American Pickers (AP). Apa yang menariknya rancangan ini, menunjukkan dua orang shabat mencari barang lama dan mengitar semula barang menjadi sesuatu yang berharga. Mereka menukar sampah (junk) kepada nilai barang yang cukup berharga. Cuba baca di bawah:-

“This isn't your grandmother's antiquing. Pickers like Mike Wolfe and Frank Fritz are on a mission to recycle America, even if it means diving into countless piles of grimy junk or getting chased off a gun-wielding homeowner's land. Hitting back roads from coast to coast, the two men earn a living by restoring forgotten relics to their former glory, transforming one person's trash into another's treasure. American Pickers follows them as they scour the country for hidden gems in junkyards, basements, garages and barns, meeting quirky characters and hearing their amazing stories. If you think the antique business is all about upscale boutiques and buttoned-up dealers, this show may change your mind--and teach you a thing or two about American history along the way.”

Klik link kat bawah ni for info of the series. Memang amat menarik, semenarik 'Pawn Stars' tapi ia lebih kepada aktiviti hunting-menghunting dan korek-mengorek barang. Tu yang buat aku teruja tu haha..

American Pickers


Gambar Hiasan (takde kena mengena dengan sesiapa)

Dalam episod semalam, aku nampak mamat dua orang ni jumpa button coca cola sebesar meja bulat hotel tu. Woww..best betul dan episod semalam gak aku nampak dia dapat cooler box Pepsi Cola. Depa dua dapat dengan harga yang sangat murah dari rumah makcik tu. Ada la beberapa barang lain ko tengok memang rare dan yang paling hebat depa dapat beli 'vespa ape' yang bertayar 3 tu dengan harga $5k. Vespa tu memang class, siap ada bumbung. Ala..korang search ler kat google vespa jenis ni.

Isunya di sini kadang-kadang sesuatu barang tu pada kita sangat bernilai, tapi pada orang yang tak tahu menilai atau tidak ambik kisah, barang tu orang campak begitu saja. Dalam konteks ni, yang paling utama ialah minat (passion) terhadap sesuatu hobi atau kerja itu sebenarnya. Rajin tak rajin ko mengusahakan sesuatu hingga ko dapat satu hasil yang lumayan kepada diri ko. Aku yakin dengan usaha yang berterusan dan gigih, tentunya rezeki korang akan dapat ditingkatkan lagi. Yang sebenarnya ia terletak pada kegigihan ko aja, rajin or malas..

Alhamdulillah..


Sunday, January 23, 2011

Almari Antik No. 10 (SOLD)

UPDATED (23/1/11)

Ni almari lepas siap dibaikpulih dan di varnish. Cuma lock/kunci je aku belum letak. Lepas pasang dah boleh deliver kepada customer hehe..




Posting Asal

Salam,

Almari ni untuk yang menunggu di dalam que list. Aku baru ambik semalam dari Senawang. Harap-harap empunya almari sudi menerima almari ni hehe. Kalau tak mau, customer seterusnya lah yang dapat.

Anyway, untuk info semua almari ni lebih kurang 5' tinggi x 2 1/2' lebar x 2' depth. Pintu cermin di hadapan tetapi tidak di bahagian tepi, dengan pemegang pintu curve yang jarang dijumpai dan di bawah berlaci panjang serta berkaki capah. Gambar seperti di atas ni, nanti aku touch up and betulkan balik mana-manar part yang rosak. Varnish kilat bagi nampak kemas.

Harga:RM400 (SOLD TO KAK ZIE - DELIVERY ON SUNDAY 13/2)

Saturday, January 22, 2011

Radio Gramaphone Nippon (NOT FOR SALE)

Salam,

Sorry mende ni den tak jual. Sebab dulu aku pernah ada mende ni tapi dah sold awal-awal lagi (cuba tengok entry yang lepas, malas le nak godeh-godeh hehe). Lepas tu tunggu punya lama nak carik balik. Tapi yang bestnya, mende yang aku baru dapat di Amcorp Mall bulan Dec hari tu ni 'function' dan boleh dengar radionya. Dapat siaran frekuansi FM lagik, so dapatlah dengar klasik FM and Sinar. Saiznya comel lote je. Kotak bawah tu dibuat dari kayu. Nasib baik function, bukan yang macam dulu tu, langsung kapot. So, tak mampu nak dapat gramaphone sebenar, dapat yang radio ni jadi lah. Dapat gak aku dengar radio tiap-tiap lepas subuh. Takpa lah, layanzz lah gambarnya...



Bila On, lampu kat LP tu menyala berwarna-warni

Sekian Terima Kasih

BOTOLOGI & PEMINAT COCA COLA/SODA/AERATED

Salam,

Tolong rakan-rakan promote!

Dipetik dari blog Che Mat dimana insyaAllah jika tiada aral melintang aku akan join depa semua untuk majlis ini;

"Pembukaan tirai 2011 dirancakkan dengan sesi mabuk teh diantara korum BOTOLOGI & PEMINAT COCA COLA/SODA/AERATED. Lokasi dan tarikh akan diadakan adalah:-

Korum BOTOLOGI & Collector Coca-Cola/Soda/Aerated Hi Tea.

Tarikh : 29 Jan 2011 (sabtu)
Masa : 3.00 ptg - 7.00 ptg

Lokasi : Ipoh Station Antik Cafe, Bandar Puchong Jaya.

http://ipohstation.blogspot.com/

Bayaran : RM 10.00 seorang"

Datanglah beramai-ramai untuk memeriahkan lagi majlis.

Terima kasih

Friday, January 21, 2011

Tombol hanger tembaga

Salam,

Aku sebenarnya tak banyak simpan barang lama tembaga. Sebabnya? Aku tak berapa minat dengan tembaga. Kalau ada pun aku jual kat orang. Memang jual barang tembaga lama amat menguntungkan terutama yang unik. Tembaga barang yang tahan lama, kalau dah pudar boleh polish sampai kilat. Tapi kebanyakan kolektor tak suka tembaga tu nampak kilat, depa lebih suka nampak pudar. Hilang antiknya.


Anyway, nak cerita sikit pasal tombol hanger ni. Barang ni aku dapat masa kat Memory Lane tahun lepas. Aku tak berapa perasan barang ni coz aku tak nampak mende ni jatuh kat bawah. So, last week aku jumpa balik. Nasib baik still elok lagi. Tapi yang sayangnya ada satu jer hanger ni. Kalau ada banyak, kan bagus. Bentuknya sangat unik dengan tombol kaler biru tua. Tembaga ni kena polish sikit (sikit aja, kang over sangat kilat la plak). Kondisi masih hebat! Panjang dalam sejengkal (hehe kira 6" la kot).

Harga: RM35 (nego)

p/s: Sorry gambar front elevation takde. Nak tepek sini, terlalu kaburrr.

Thursday, January 20, 2011

Coca cola bottle opener (SOLD!)

Salam,

Wah, hari ni hari cuti lagi. Dapatlah rileks sikit dari bekerja, lega rasanya. Duduk rumah buat apa yang patut. Awal pepagi buta ni aku nak jual ini barang. Bottle opener or dalam bahasa melayu, pembuka botol.

Coca cola punya pembuka botol ada pelbagai jenis dan bentuk sejak dari zaman awal lagi. Tapi yang ni dari era 2000. Ia berbentuk botol dan diperbuat dari besi. Kondisi masih nampak baru, tak pernah pakai sejak aku beli last 2 years. Panjang dalam lebih kurang 6".

Harga: RM30 (SOLD) sahaja.

Sekian untuk hari ni, selamat bercuti dan Hari Thaipusam.

Wednesday, January 19, 2011

Dua Ashtray






Ashtray 1 : RM20 satu (ada 2)

Ashtray 2 : RM40 satu (saiz besar 7" d)


Dua ashtray lama ni aku dapat masa hunting hari tu. Tapi aku tak pasti
samada dalam era mana. Aku rasa era 1960an or 70's. Ada 2 bentuk ashtray untuk dijual dan pastinya aku sukakan bentuk 'abstrak' nya itu. Kondisi kedua design ini masih seperti baru walaupun 'used item'. Masa dapat keadaan berhabuk dan dah dibersihkan dengan chlorox.

Sila sms or email.

Wassalam,


Tuesday, January 18, 2011

Garage Sale








Tolong member aku iklankan garage sale or yard sale kat lane / lorong rumah dia kat area Precinct 16 Putrajaya. Sesiapa yang nak join boleh katanya, RM10 je nak bukak satu tapak.

Date : 30 Jan 2011 (Ahad)
Time : Akan diberitahu kelak

Aku akan update dari masa ke semasa. Terima kasih.

Wassalam,

Monday, January 17, 2011

Piring Hand Painted (SOLD)

Piring ni cantik dan sangat kemas lukisan bunganya tapi sayang ada satu je. Maybe boleh jadi barang untuk replacement or untuk display di kabinet. Kat montot nya takde label apa-apa (selalu ada Made in China or England) tapi yang ni tarak, kosong.


Tapi tang yang aku suka ialah lukisan bunganya (hand painted) yang cantik, detail dan kemas. Mula-mula ingat nak simpan, seperti yang aku tulis dalam previous entry aku tak berapa minat nak collect. Takpe, kalau sekiranya takde buyer then aku simpan. Saiz sama je macam standard dalam 5 1/2 inci tu.

Harga : RM40 (SOLD!)

Sunday, January 16, 2011

Mangkuk Kaca Hijau




Barang ni nak aku bagi term apa pun aku tak tau. Tapi nampak item ni macam mangkuk kaca (fruit platter) dan dengan 2 saiz yang berlainan. Bawahnya mempunyai texture menggerutu biji-biji. Dimeter yang kecik 5" dan yang bersar 7 1/2" dan ada kaki 3 ketul..

Harga: RM35 (kecil) RM50 (besar). Ambil dua-dua - RM60

Saturday, January 15, 2011

Kipas Meja Lama General Electric (SOLD!)


Semalam (Jumaat) runner aku call kata ada beberapa barang nak tolak kat aku. So semalam gak aku bergegas ke sana nak tengok kononnya kalau-kalau berkenan beberapa barang. Katanya, ada satu barang kena ambik dengan owner kat rumah. So, aku pikir ni mesti dia dapat almari display kot. So dengan girang hati aku tunggu la kat tempat tu untuk tengok barang tu. Rumah member ni kat area Mambau (ni pekan kira-kira 10km dari Seremban 2 dan 20km dari Pekan Rantau). Rupa-rupanya barang tu adalah seperti dalam gambar yang korang tengok ni.




So, sempat la aku snap beberapa foto kipas ni kat rumah tu. Oleh kerana barang lain pun banyak aku ambik from runner, aku tak berdaya nak ambik kipas ni sekali (penuh tangan aku) tapi aku dah booked kat kawan ni. Aku janji next week aku pick up after dia bersihkan.

Jadinya, aku open for booking untuk kipas ni. Ia berjenama General Elektrik tapi rasa-rasa keluaran era 1930an to 1960an gitu. Kondisi 60/40 coz aku dah cuba kadang kipas running, kadang-kadang tak. Keadaan seperti dalam gambar. Sesuai sangat untuk display antik kat rumah.

Harga : RM300 (SOLD TO HJ IDRIS - NON BLOGGER)

Sila sms aku untuk berurusan.

Friday, January 14, 2011

Kabinet Meja Tulis Art Deco



Salam,

Sebelum aku meneruskan entry ni, FYI ni bukan almari display antik yang customer que tu yer. Ni ialah meja menulis + kabinet buku seperti tajuk yang aku tulis di atas. Hehe..Yeha, today Nogori bercuti coz menyambut Hari Keputeraan Yam Tuan Besar Negeri Sembilan lega sikit rasanya, takyah nak bangun cepat. Gambar ni aku snap semalam petang lepas balik keje masa lepak borak-borak rumah kawan aku kat Mantin. Dia nak jual meja tulis ni.

Kabinet Meja Tulis ni jenis 'art deco' memang cantik dan complicated buatannya. Tengok texture kayu kat atas cabinet ni nampak begitu rapi sekali. Cuma yang tak berapa puas hati tombol pintu (knob) tak berapa menarik sangat. Cermin kacanya cantik ada corak dan garisan, susah nak jumpa pada perabut sekarang. Aku andaikan meja ni buatan tahun 1950'an (andaian aku saja). Panjang 3 1/2 kaki x tinggi 4 kaki x depth 1 1/2 kaki. Cabinet atas kiri boleh bukak jadi meja, dengan ruang-ruang display dan ruang buku. Bawah kiri pulak ada ruang bertutup untuk letak apa saja barang yang korang suka. Tapi kalau orang berkaki panjang sangat susah untuk merehatkan kaki kerana perlu duduk terkangkang oleh kerana tiada ruang kat bawah meja.




Tapi malangnya, meja ini bukan aku punya. Kawan aku nak jual agak mahal juga. Katanya meja ni kesayangan dia masa kecik-kecik dulu dia pakai. Parents dia beli tahun bila diapun tak berapa pasti. Now, dah takde sapa nak gunakan meja tu mungkin kerana saiznya agak kurang fit dengan tubuh badan dia kot haha. Meja ni tidak ada di rumah aku, tapi kat rumah kawan aku di Ampangan Seremban. Anyway layanzz...

Harga ditawarkan : RM1,000 (ni barang consignment, kalau nak nego sila sms aku)

Thursday, January 13, 2011

Jam Meja Porcelain Jerman (SOLD!)


Salam,

Jam di atas ni sejarahnya aku dapat bulan December hari tu. Mulanya nak simpan, tapi at last aku rasa tak minat plak. Yer la, aku jenis design yang ala English kebunga-bungaan ni tak berapa minat sangat. Ni adalah jam meja dapat dari member dan aku belipun dengan harga yang agak mahal jugak, maklum lah barang buatan Jerman.

Anyway, jam ni tinggi lebih kurang 32cm. Diperbuat dari porcelain dan asal dari Jerman (lihat gambar kat montot nya tu ada tulisan takde sarikata sepatah haram aku tak paham haha). Tahun era mana buatannya aku tak tahu. Kondisi masih baik dan berfungsi sepenuhnya. Jarum masih ikut masa dengan baik sekali.

Harga ditawarkan: RM380 (SOLD TO KAK LYNN - GOMBAK)

Wednesday, January 12, 2011

New Blog Header

New blog header after 18 months..

'TURN JUNK ...INTO WANG'

Gambar first day aku bukak gerai kat Maeps

Salam,

Pejam celik dah 18 bulan usia blog aku ni since 1 Aug 2009. Thats why aku letak bilangan pelawat sejak tarikh tersebut. Dan sejak 1 Aug 2009 juga la aku start meniaga. Bermula dengan buka gerai kat car boot sale di Maeps, dan aku stop pada pertengahan July 2010 oleh kerana masalah kesihatan.

Anyway, tak kiralah bagaimana or cara kita meniaga faktor utamanya ialah minat kita terhadap sesuatu itu. Pada aku minat tu la yang mendorong seseorang itu berjaya dalam sesuatu bidang itu. Dalam perniagaan tu jenis macam aku ni plak, kalau tak mampu buat 'Retail Sale' (buka gerai - is still the Best cara above all), boleh lah beralih kepada 'Online Sale' (jualan secara maya). OS ni pulak ada pelbagai medium. Ada medium Blog yang sangat top di kalangan pengumpul barang antik, yang ni sangat-sangat biasa dan aku masih dan sedang gunakan sekarang. Medium online 'Mudah.my' juga aku dah cuba. Yang ni pun berkesan sangat, cuma tak larat nak pi pejabat pos untuk courier barang dan kalau-kalau barang pecah dalam perjalanan. Tu yang paling aku kurang gemar dengan kaedah ini.. hehe. Dan yang masih dalam peringkat nak mencuba ialah Ebay dan Lelong.my. Yang dua ni merupakan teknik yang sama iaitu 'membida'.

Kedua-dua ni aku masih memikir dan test terutama Ebay. Coz aku nampak Ebay ni ada potentialnya terutama nak explore market international. Now aku masih dalam proses pembelajaran.

Gerai kat Muzium (Mar 2010)

Kesimpulannya, for 18 months nampak macam sekejap tapi kat situlah ada pahit manisnya dengan macam-macam dugaan yang aku lalui. Tapi aku bersyukur dan berterima kasih kepada customer dan sahabat-sahabat seangkatan yang masih setia dan menyokong aku. Terima kasih banyak-banyak pada kamu semua.

Kalau korang renungi dalam header di atas aku letak ayat yang bermaksud 'tukarkan barang terpakai/lama/junk anda menjadi wang/duit/cash'. Pada sesetengah orang, perbuatan menjual semula barang lama or terpakai bukan satu idea yang baik dan bijak. Tapi pada aku kalau rajin mencari barang-barang sebegini sebenarnya akan memberi sumber rezeki yang lumayan pada seseorang tu. Yang penting di situ ialah nilai barang tersebut dan cara manusia yang membeli itu appreciate barang tersebut. Cuma rajin dengan malas je..hehe.

Lastly, thanks for my wife and kids yang banyak berkorban dan support aku. You're my everything!

Tuesday, January 11, 2011

Pelita (NOT FOR SALE)



Salam,

Dua tiga hari ni aku tersangatlah busynya dengan ofis punya preparation of paperwork. Minggu ni aku sangat yakin memang aku kurang berblog. Esok lusa paper dah nak kena submit, confirm aku 'flat' lepas tu. Ni pun pelita yang aku dah beli dari member aku di hantar petang tadi dengan selamatnya.

Cantik jugak pelita ni, sempat snap 2 foto lepas bukak dari parcel poslaju. Aku beli pelita ni agak mahal sedikit dari yang biasa aku dapat coz aku dapat dari penjual antik jugak. Pelita ni tinggi dalam lebih kureng 30cm. Cuba tengok previous ENTRY sebiji macam pelita hijau saiz besar tu cuma texture dan corak timbulnya tu lain sikit. Sorry yer sekali lagi coz item ni NOT FOR SALE.