Sunday, March 14, 2010

Sekitar Pameran Tembikar & Seramik di Muzium Negara

Salam,

Letihnya masih terasa. Sejak meniaga seminggu lepas barang-barang lama di Muzium Negara amat memenatkan. Malam ni aku lega sikit, dapat bernafas semula. Packing balik awal akibat kurangnya sambutan walaupun cuti sekolah. Kebanyakan pengunjung hanya 'Touch N Go' aja. Nasib baik la ada geng kat sini, boleh gak bersembang sampai ke petang. Takpe lah, bukan rezeki la agaknya. Semalam dan last week ok. Tapai hari ni tak berapa (14/3/10). Mungkin rezeki aku ada ditempat lain kot. Anyway, aku masih bersyukur atas apa yang dikurniakan.

Semalam (13/3/10) sempat gak aku snap beberapa foto walaupun agak busy, gerai aku dan gerai-gerai member yang lain. Saja nak promote. Mungkin korang jumpa kami kat tempat lain mungkin satu hari nanti, mana tahu. Boleh gak cuci mata tengok barang-barang yang kami jual.

Antara yang participate dalam promosi di Muzium Negara ni antaranya Sharif, Cinta Abadi, Kak Nanie, Stewart (Myshoponline). Terima kasih kepada korang semua yang telah membuatkan suasana kat sini meriah. Gitu juga kepada gerai-gerai lain yang tak disebutkan dalam blog aku antaranya yang jual labu sayong, jual mug, Jabatan Penjara dan lain-lain. Korang click ler kat blog-blog mereka kot-kot boleh riki barang yang berkenan.

Ini ler rupa stall aku.

Close up sikit...





Shoot dari pelbagai angle....

Gerai Cinta Abadi (Syahrul)

Stewart (Myshoponline)

Gerai Kak Nanie

Ok, aku nak ucapkan berbanyak terima kasih terutama pada pihak Muzium iaitu Zila dan En Jamil yang telah meminta aku participate dalam pameran ni. Esok-esok kalau ada lagi, jangan lupa kami yer...

2 comments:

  1. ruginyaa tk dpt ke muzium negara.. dua minggu berturut ni kena balik batu pahat atas urusan keluarga.. kalau tak dah sure2 ada yang diangkut balikk...takpalahh tak da peluang.. kita jumpa lain kali jer dan akak bali lain kali je lah kat kedai zulkis eeekkk...

    ReplyDelete
  2. No prob kak...balik kampung jenguk family lagi penting..

    ReplyDelete