Sunday, March 28, 2010

Lama tak update blog... sorry

Assalamualaikum,

Uhh...baru aja balik from meniaga kat Maeps ni terus aja bukak entry.

Lama tul aku tak update ini blog. Bukan apa, memang banyak gak barang aku dapat for each week. Tapi setiap kali barang baru aku bawak ke bazaar@Maeps tiap sabtu, terus aja kena sambar. Itu pun belum sempat aku display lagi.

Antara barang yang aku dah jual last week and this week antaranya pelita porcelain, gelas berkaki kaler biru, set cawan kangkung (ada 8 set), teko pelbagai munga, tin-tin lama, komik, buku, botol coca cola, crate coke dan macam-macam lagi la.

Aku bukan apa, kira siapa cepat dia dapat. Kalau ada sesiapa nak tengok barang baru or nak beli sila lah sms aku at least hari Jumaat sebelum aku jual kat bazaar@Maeps sabtu tu. Apa-apa sms jer jangan malu-malu.

Terima Kasih.

Friday, March 19, 2010

Esok Tak Niaga di Muzium

Salam,

Maaf coz esok (Sabtu 20/3) dan lusa (Ahad 21/3) tak meniaga di Muzium Negara atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Tapi aku akan berada di Bazaar@Maeps seperti biasa dari jam 4pm to 11pm.

Harap maklum. Terima Kasih.

2 set cawan pokok kelapa



Salam,

Yang ni aku cuma ada 2 set aja cawan design pemandangan pantai (pokok kelapa). Lagi 3 dah jual. Ni memang rare and vintage. Tapi kalau nak buat spare (rezab) boleh la beli or nak buat collection.

Harga: RM18 satu set (1 cawan and 1 piring) - SOLD TO KAK NANIE

2 teko tanpa tutup

Salam,


Dua teko ni bunganya cantik english style cuma takde penutupnya saja. Ni memang teko lama 2nd hand. Aku dapat sekali dengan lain-lain teko tempohari. Ingatkan nak simpan, last-last aku pikir better aku jual lah.. Nampak kotor coz ni gambar sebelum dibasuh. Condition cun dan takda sompek.

So kalau berkenan, boleh booking dulu dengan den. Bagi aku masa untuk carik penutupnya. Then, kalau dah complete baru boleh COD kat Maeps Serdang. So boleh la sms cepat-cepat booking.

Harga: RM50 satu (BOTH SOLD!).

Thursday, March 18, 2010

Lemari Antik - The Waiting List

Salam,

Tentu ramai customer nak tahu bila 'turn' atau kedudukan mereka kat mana untuk dapatkan almari antik tu. Sorry sangat-sangat coz saya pun tengah mencari lagi almari-almari tu. Kalau ada, saya sure ingat dan inform customer saya sekalian.

Ok dalam list kat bawah adalah senarai customer yang dah letak nama dalam 'waiting list' tersebut. Berikut adalah senarainya:-

1. Kak azzah (sold - mission accomplished!)
2. Kak Cempaqa (sold - mission accomplished!)
3. Kak ana (sold - mission accomplished!)
4. Yat (sold - mission accomplished!)
5. Kak Hanis Kajang (next turn)
6. Abg Din/kak Gie (masih tunggu)
7. Abg Bahrain (masih tunggu)
8. Non-blogger - Klang (masih tunggu)
9. Non-blogger Sg Buloh (masih tunggu)
10. Kak Aina (masih tunggu)
11. Aris Azman (masih tunggu)
12. Hanita (masih tunggu)

List di atas as at 15 Mar 2010.

Tuesday, March 16, 2010

Used Comics for sale

Salam,

Today aku nak tuko angin sikit. Koleksi komik DC, Marvel etc some of them oldskool, and some tak berapa old tapi condition superb! Aku listkan all the used comics left yang tinggal. Last month total comics dekat-dekat 500 keping. Now, yang tinggal cuma dalam below 100 keping.

One issue for RM2 except No. 12, 14, 15, 17 & 18 (no nego...coz very cheap). Ok here is the list dan sebahagian dari pics yang sompek den snap:-

1) Daredevil (Marvel) - got 11 issue.
2) City of Silence (Image Comics) - 2 issue.
3) American Century (Vertigo) - issue 1 to 9
4) MEK (Homage Comics) - 2 issue.
5) The Good Guys (Defiant) - issue 1 to 4
6) Strange Kiss (Avatar Comics) - issue 1 to 3
7) Crimson (Cliffhanger Image) - 10 issue.
8) Scoin (Crossgen) - 2,5,8,9,10 and 11
9) Hulk (Marvel) - 7 issue
10) The New Mutants (Marvel) - 5 issue
11) Little Red Hot Bound (Image) - 2 issue (2&3)
12) Shado: Song of the Dragon (DC) - Full set of 4 (1 to 4) - RM10 per issue.
13) Nodwick (Benchman Publishing) - 1 issue
14) Strikeforce Murituri (Double Size special edition) - Marvel - 1 issue (RM12 coz oldskool 1987)
15) Justice Legue Quarterly (Special edition) - DC - 1 issue (RM12 for this oldskool 1990)
16) Bulletproof Monk - 2 issue
17) Dave Dorman's - Rail - 1 issue (RM10 coz this is special edition only 1 issue)
18) Phantom Stranger (DC) four issue mini series - 1 issue (Oldskool 1987) - RM12
19) Hero (DC) - issue 2 & 3
20) The Ray in the blaze of power (DC) - 1 issue.




















Ok. Adiosss...anything please sms me for more details.

Sunday, March 14, 2010

Sekitar Pameran Tembikar & Seramik di Muzium Negara

Salam,

Letihnya masih terasa. Sejak meniaga seminggu lepas barang-barang lama di Muzium Negara amat memenatkan. Malam ni aku lega sikit, dapat bernafas semula. Packing balik awal akibat kurangnya sambutan walaupun cuti sekolah. Kebanyakan pengunjung hanya 'Touch N Go' aja. Nasib baik la ada geng kat sini, boleh gak bersembang sampai ke petang. Takpe lah, bukan rezeki la agaknya. Semalam dan last week ok. Tapai hari ni tak berapa (14/3/10). Mungkin rezeki aku ada ditempat lain kot. Anyway, aku masih bersyukur atas apa yang dikurniakan.

Semalam (13/3/10) sempat gak aku snap beberapa foto walaupun agak busy, gerai aku dan gerai-gerai member yang lain. Saja nak promote. Mungkin korang jumpa kami kat tempat lain mungkin satu hari nanti, mana tahu. Boleh gak cuci mata tengok barang-barang yang kami jual.

Antara yang participate dalam promosi di Muzium Negara ni antaranya Sharif, Cinta Abadi, Kak Nanie, Stewart (Myshoponline). Terima kasih kepada korang semua yang telah membuatkan suasana kat sini meriah. Gitu juga kepada gerai-gerai lain yang tak disebutkan dalam blog aku antaranya yang jual labu sayong, jual mug, Jabatan Penjara dan lain-lain. Korang click ler kat blog-blog mereka kot-kot boleh riki barang yang berkenan.

Ini ler rupa stall aku.

Close up sikit...





Shoot dari pelbagai angle....

Gerai Cinta Abadi (Syahrul)

Stewart (Myshoponline)

Gerai Kak Nanie

Ok, aku nak ucapkan berbanyak terima kasih terutama pada pihak Muzium iaitu Zila dan En Jamil yang telah meminta aku participate dalam pameran ni. Esok-esok kalau ada lagi, jangan lupa kami yer...

Friday, March 12, 2010

Cuti Sekolah Weekend di Muzium Negara

UPDATED (11/3/10)

Assalamualaikum,

Saya juga akan berniaga di Muzium setiap SABTU dan AHAD untuk 2 minggu berikutnya iaitu 13 & 14 MARCH dan 20 & 21 MARCH iaitu jatuhnya minggu cuti sekolah juga di Karnival Tembikar di Muzium Negara. Masa berniaga 10am to 5pm. So kepada bloggers semua, kalau nak datang sila inform or sms saya hehe.. boleh ler lepak dan sembang, coz kat sini tempatnya lebih santai dan tak tempias dek hujan. Sekian terima kasih.

Untuk keterangan lanjut sila layari link JMM seperti di bawah

Thursday, March 11, 2010

Teko lagi dan lagi.....

Salam sekali lagi,

Semalam ada 3 teko aku nak jual tapi belum sempat masuk entry blog, dah kena sapu. Sorry yer, kesalahan tak disengajakan. Ni ada 4 teko lama aku nak jual. Baru ambik lepas senja tadi. Sorry again, aku kalau bab pengetahuan tentang jenis corak bunga memang 'fail'. Corak-corak bunga kat teko-teko ni aku tak tahu jenis apa. Korang bagitau lah aku yang kurang ilmu ni yer.

Harga ada yang boleh nego dan ada yang fixed, sebab apa? Coz benda ni susah nak carik dan bukan barang baru yer. Ni barang lama dan terus terang cakap aku kena redah ke pelusuk kampung nak carik barang-barang ni. Ada beberapa teko memang antik (lukisan tangan) zaman sebelum perang aku dapat tapi yang tu aku nak simpan for my own collection hehe...

Ok layan...


Teko No. 1, nampak macam bunga ros diapit oleh bunga-bunga lain. Cukup meriah kalah raya deepavali. Tapi di belakang plak ada tulisan cina tak de sarikata plak. Harga: RM50 (fixed) - SOLD TO KAK NANIE




Teko No. 2, hah yang ni aku agak Ros Hitam confirm. Pungkok dia kotor tapi jangan risau aku cuci nanti coz tadi teruja sangat nak ambik gambar.
Harga: RM40 (fixed-yang ni ada retak sikit kat tutup dia sebab tu aku letak rega murah skit)




Teko No. 3, yang ni aku agak-agak bunga kekwa hitam kan? Harga: RM50 (fixed)


Teko No. 4, yang ni bila tengok gambar kat tepi macam bunga ros campur dengan bunga lain. Tapi coraknya lain sikit dari yang atas tu. Harga: RM50 (nego) - SOLD TO NA SENTUL

Ok, cara pembayaran aku suggest COD di Muzium Negara this weekend coz aku meniaga kat sana sempena cuti-cuti sekolah. Aku kira first come first serve basis. Siapa yang booked dulu with deposit dia lah empunya. Adioss...

Wednesday, March 10, 2010

Tiga Teko

Salam,

Sorry coz minggu ni aku terlalu penat. Last weekend meniaga kat Maeps sampai jam 1 pagi, esoknya ahad kena bangun pepagi buta meniaga plak kat muzium. Isnin dah keje balik plak. Tup tup dah rabu.

Ok berbalik pada teko-teko lama yang aku baru dapat dari member from Mantin. Semalam lepas kerja jam 8 malam aku amik kat dia. Aku dapat 8 semuanya. Tapi yang vintage dan rare aku tak jual. Yang ni aku rasakan sesuai untuk jual memandangkan keadaan teko-teko ini masih elok dan sempurna keadaannya. Ok layannn...

Aku sebenarnya langsung 'bluurrr' pasal nama corak bunga kat tepi teko. Haha...malas nak ambik tau. Ke tiga-tiga teko ni memang langsung aku tak tau bunga apa. Ni nak habaq, nak dijadikan cerita belum 'buh' dalam entry lagi ketiga-tiga teko ini telah ada orang booking. Sorry la...aduss tak dapek den nak nolong.



Teko bunga seri pagi or bunga raya? Kaler hitam. Aku rasa bunga ni 'rare' tak penah tengok sebelum ni. Harga: RM60 (SOLD to Abg Din/ Kak Gie)



Teko bunga ros 2 kuntum kot? Harga: RM50 (SOLD to Abg Din/ Kak Gie)



Teko bunga kekwa ke lily?? Bedal aja la. Harga: RM45 (SOLD to Abg Din/ Kak Gie)

Sorry yer. Next entry ada lagi...teko-teko ni. Kena selalu follow blog aku. Tungguuu...adios