Sunday, January 17, 2010

Bazaar@Maeps Serdang (as at 16 Jan 10)

Salam,

Forget about entry jual menjual malam ni. Malam ni pasal tempat aku mencari rezeki di hujung minggu, Bazaar@Maeps Serdang. Dah dekat 6 bulan meniaga kat tapak gerai di sini setiap kali hujung minggu menjelma. Carik duit lebih la katakan sejak bulan Ogos 09 lagi.

Ni suasana baru start bukak gerai jam 5pm kat lorong kami. Lorong kami ialah lorong untuk kategori Barang antik, terpakai dan bak kata depa 'barang merapu'. Ada lebih kurang 12 gerai rasanya kat sini. Lorong kami semuanya otai-otai barang merapu ni. Mostly mereka ini yang dah biasa jual kat Pasar Tani Mega Shah Alam or Amcorp Mall PJ.

Dulu asalnya ramai peniaga kat sini, tapi oleh kerana ingin mencuba peniaga barang-barang jenis ni bersilih ganti orangnya. Okay lah, tengok le gambar-gambar ni...

Yang ni senario dari lorong masuk, kelihatan Abang Din sedang melayan tetamu.

Yang ni gerai Abang Sapari. Dia ada tapak kat Memory Lane Ipoh jugak. Ni baru letak separuh jer barang jualan dia. Korang belum tengok lagi kalau dia letak semua, meriah gilos.

Yang ni pulak gerai Sharif, jual collectibles macam-macam ada dan dia memang kreatif barang semua buat sendiri (jam dinding, lukisan dan lain-lain). Dia baru dilantik jadi Ketua Lorong..hehe

Hah...yang ni kalo korang nak tau ni le gerai Abang Din dan Kak Gie. Otai teko-teko, pinggan dan barang-barang yg sewaktu dengannya la. Bunga kangkung la, kekwa la, jambatan la, padi la dan lain-lain bunga yang aku pun blur. Dia pun jual kat Pasar Tani Shah Alam setiap Ahad. Datang le sana..

Yang ni plak belah kiri tu Jamal jual barang terpakai dari Rengit. Barang dia memang Murah siot..! Yang belah kanan tu membelakangi kamera ialah Abang Nayan jual barang antik, cermin mata branded tapi murah dan barang terpakai lain. Dia dari Sungai Besar Selangor dan meniaga kat Pasar Shah Alam jugak.

Hah yang gerai aku, minggu ni aku tak bawak banyak barang. Banyak yang dah habis kena beli. Kena tambah stok la gamaknya minggu ni. Pada pemilik gerai yang lain kat lorong aku tu, jangan risau nanti minggu dopan den try masukkan dalam blog den.

Wassalam. Harap semua dapat lah kiranya jemput datang ke gerai kami. Mari, mari, mari...

3 comments:

  1. Boleh tau di mana lokasinya? Alamak bestnya nak dtg 'hunting'

    ReplyDelete
  2. salam,

    cane nak join maep nih? biasa ari apa ada event nih ek ?

    tq

    ReplyDelete
  3. Salam tuan... Kanta pembesar antik ada tak???

    ReplyDelete