Friday, January 29, 2010

Almari Display Antik

Posting Asal

Salam,


Ramai yang bertanyakan mengenai item ini sejak aku jual satu lemari (atau almari dalam bahasa sebenarnya) antik display kecik tu kepada Kak Azzah Shah Alam (hehe...pinjam jap nama yer kak bagi glamer skit). Nak di jadikan cerita last week aku jumpa 2 almari display tapi owner jual sedikit mahal reganya plak.

So now ada 4 orang in the que yang sedang menunggu diharapkan bersabar yer. Aku cuma ambil satu saja dari owner tersebut dan already sold to one of 4 yang tunggu que tu. Thanks to Kak Ana. Nanti ada masa aku paste kan lemari antik tu. Memang lawa. Art Deco design, i think from 1960s.

Apa-apa nanti aku update.

Posting Terkini.

Update..ni dia dibawah ni lemari antik yang dah dijual tu. Ikutkan gambar tu masih belum di 'touch up' lagi. Aku baru start hari ni. Lemari ni jenis design 'art deco' iaitu terkenal zaman 1960an. Ada cermin belah atas tu, boleh tolak dan tarik cuma aku dah bukak takut pecah.


Tinggi lemari ni dalam 5 kaki.

Pandangan dari sisi.

Shoot kat belah bawah

Shoot kat belah dalam.

Ok, untuk customer yang dah dalam que, aku akan update dari masa ke semasa jika stok ada. Thank you very much.

Pelita Lama Lagi...

Pelita lagi! Tapi kali ni yang rare sedikit dari yang dulu. Collection lama tapi masih cantik. Kepada peminat-peminat pelita silalah, jemput lah jamu mata sambil shopping.


Jenis pelita english style dengan bentuk manusia sedang minum? Tertulis kat situ Bourbon Street. Tau lah aku jalan kat mana tu sebab takdak poskod. Rasa ni Made in Japan kot. Hehe..
Price : RM120 (SOLD!)

Pelita enamel ni ada 2 sahaja dalam simpanan. Keduanya warna merah.
Harga : RM40 (Booked and reserved)

Pelita bentuk rumah ni pun ada 2 jugak. Cuba lihat stom nya yang kecik tu memang comel.
Price : RM15 (Booked and Reserved)

Aku nasihatkan barang cash and carry kat Bazaar@Maeps senang dan mudah takyah nak pos. Kalau terpecah kan naya. Sms me Zul 0132296679.

Wednesday, January 27, 2010

Collectible item

Salam,

Beberapa collectible items untuk di let go. Semuanya kira barang antik dan lama dalam simpanan aku.


Lampu meja lama, English Style (cuba tengok gambo kuda tu). Aku beli tahun 2007 di Memory Lane, Ipoh. Bahagian yang berwarna putih tu cukup unik kerana di buat dari porcelain siap dilukis dengan gambar kereta kuda (pedati). Bahagian yang lain semua besi. Lampu masih berfungsi dan tip top. Sayang sekali, bahagian yang 'missing' ialah Lamp Shade nya.
Price: RM100 (SOLD!)






Yang ni sebenarnya radio, cuma bentuknya ala ala gramaphone. Memang unik dan susah nak dapat dah. Tahun keluaran sekitar 1970an. Masih berfungsi dan boleh digunakan lagi cuma guna bateri besar 6 biji. Ada saluran FM/AM, pusing piring tu boleh dengar radio. Paling cantik kalau buat display letak atas lemari antik. Memang cantik!
Price : RM120 (SOLD!)




Yang ni memang barang antik. Teko dan creamer pot silver buatan England tahun 1950an menurut kata empunya barang. Tengok kepudaran nya dan bentuk memang unik.
Price : RM220 for both (SOLD TO ABG OMAR)


Yang ni pun unik jugak. Beg cosmetik or make up lama colour merah. Siap ada cermin kat dalam dan dibuat dari PVC or kulit. Rare item ni. Sesuai for display jugak.
Price : RM35 sahaja.

Kalau nak cash n carry silalah datang ke gerai aku.

Tuesday, January 26, 2010

Coca cola item lagi..

Ada beberapa barang coca cola lama for sale. Kepada peminat barang-barang ini boleh lah hubungi aku kalau berkenan.


Pen holder coca cola buatan tahun 1980an. Panjang dalam 20cm.
Price : RM35 (fixed)


Gelas lama Coca cola dari Malaysia tahun produce tak pasti tapi rasanya 1970an.
Price : RM30 (SOLD TO RANI)


Gelas lama Coca cola dari Malaysia tahun produce tak pasti tapi rasanya 1970an.
Price : RM30 (SOLD TO RANI)

Adalah dinasihatkan item perlu di cash N carry di gerai saya di tapak bazaar MAEPS setiap hari sabtu dari jam 4pm. Sms aku 013-2296679.




Sunday, January 17, 2010

Bazaar@Maeps Serdang (as at 16 Jan 10)

Salam,

Forget about entry jual menjual malam ni. Malam ni pasal tempat aku mencari rezeki di hujung minggu, Bazaar@Maeps Serdang. Dah dekat 6 bulan meniaga kat tapak gerai di sini setiap kali hujung minggu menjelma. Carik duit lebih la katakan sejak bulan Ogos 09 lagi.

Ni suasana baru start bukak gerai jam 5pm kat lorong kami. Lorong kami ialah lorong untuk kategori Barang antik, terpakai dan bak kata depa 'barang merapu'. Ada lebih kurang 12 gerai rasanya kat sini. Lorong kami semuanya otai-otai barang merapu ni. Mostly mereka ini yang dah biasa jual kat Pasar Tani Mega Shah Alam or Amcorp Mall PJ.

Dulu asalnya ramai peniaga kat sini, tapi oleh kerana ingin mencuba peniaga barang-barang jenis ni bersilih ganti orangnya. Okay lah, tengok le gambar-gambar ni...

Yang ni senario dari lorong masuk, kelihatan Abang Din sedang melayan tetamu.

Yang ni gerai Abang Sapari. Dia ada tapak kat Memory Lane Ipoh jugak. Ni baru letak separuh jer barang jualan dia. Korang belum tengok lagi kalau dia letak semua, meriah gilos.

Yang ni pulak gerai Sharif, jual collectibles macam-macam ada dan dia memang kreatif barang semua buat sendiri (jam dinding, lukisan dan lain-lain). Dia baru dilantik jadi Ketua Lorong..hehe

Hah...yang ni kalo korang nak tau ni le gerai Abang Din dan Kak Gie. Otai teko-teko, pinggan dan barang-barang yg sewaktu dengannya la. Bunga kangkung la, kekwa la, jambatan la, padi la dan lain-lain bunga yang aku pun blur. Dia pun jual kat Pasar Tani Shah Alam setiap Ahad. Datang le sana..

Yang ni plak belah kiri tu Jamal jual barang terpakai dari Rengit. Barang dia memang Murah siot..! Yang belah kanan tu membelakangi kamera ialah Abang Nayan jual barang antik, cermin mata branded tapi murah dan barang terpakai lain. Dia dari Sungai Besar Selangor dan meniaga kat Pasar Shah Alam jugak.

Hah yang gerai aku, minggu ni aku tak bawak banyak barang. Banyak yang dah habis kena beli. Kena tambah stok la gamaknya minggu ni. Pada pemilik gerai yang lain kat lorong aku tu, jangan risau nanti minggu dopan den try masukkan dalam blog den.

Wassalam. Harap semua dapat lah kiranya jemput datang ke gerai kami. Mari, mari, mari...

Friday, January 15, 2010

Teko or Jug bunga rose merah (SOLD!)

Teko di bawah ni sebenarnya dah di SOLD and BOOKED by Kak Zie, so display untuk cuci mata saja yer..

Yang sebenarnya teko ni ada sejarahnya kalau ikut entry yang lalu. Ada 4 set cawan dan piringnya tapi dah dibeli oleh Kak Zie from Putrajaya kat gerai aku di Maeps tempohari. Lama gak aku carik tekonya sejak aku meniaga di Maeps since bulan August last year. Teko ni missing dari set cawannya so aku tak dapat carik sehingga la last week aku jumpa kawan kata dia dah jumpa teko ni kat PD.

Apa yang unik, piring untuk cawannya yang bersegi-segi bentuknya. So dengan pantas aku agree untuk ambil dari dia. Dan Kak Zie pun dah booking last week. Jadinya, at last complete la set ini for my customer.


Thanks...

Gelas Retro Berkaki (ALL SOLD!!)

Salam,

Koleksi gelas retro berkaki ni sebenarnya memang sayang nak let go. Tapi bila aku yakin ada extra, then aku terdetik nak jual set ni. Memang cantik coz gelas ni unik sikit 'emborse' atau corak geometri timbul di tepinya. Set ni lebih kurang zaman 60an punya buatan. Aku dapat kat kampung den. Kaler pink memang sesuai untuk yg meminati kaler ni terutama pompuan...hehe. Price a bit mahal ler nak let go seperti di bawah. Ada 5 semuanya walaupun dalam gambar tu nampak macam ada 3 jer.

Price: RM12 satu gelas (ambil semua RM52)




Gelas ni pulak, memang antik zaman 1970an punya type design. Ada corak bunga kat tepi macam jenis style berkaki. Kaler biru ada 6 semuanya. Kakinya kontot tak sama macam type yang atas. Harga pun kontot juga seperti di bawah.
Price: RM6 satu (ambik semua RM30 saja)



Aku sarankan item-item ini 'cash N carry' saja di gerai aku di bazaar@maeps Serdang on saturday lagi senang takut pocah la. Sms me zul 013-2296679.

Saturday, January 9, 2010

Set Teko dan Cawan

Salam. Ada 2 set teko dan cawan nak di 'let go' memandangkan terlalu banyak teko (extra) kat rumah.



Teko comel kecil (tinggi dalam 12cm) dengan 4 cawan (pesen takde tangkai tapi memang comel) dan piring. Kaler putih dan bergaris emas di tepinya. Nak di let go dengan harga murah saja RM60 untuk semua.


Set teko satu lagi ni rasanya buatan jepun dengan cawan dan piring ada 6 semuanya. Yang ni teko standard size besar. Nak let go dengan harga mengancam RM55 (SOLD!).

Saya sarankan item 'cash N carry' sahaja di gerai saya di bazaar MAEPS Serdang setiap hari sabtu dari jam 4pm onwards. Saya tak galakkan pos takut pecah.

Tuesday, January 5, 2010

Mangkuk Lauk Lama (Extra)

Entry pertama tahun baru 2010. Beberapa mangkuk/piring lauk lama pelbagai bunga/corak for sale.

Piring lauk bunga ros merah 2 kuntum. Total ada 5. Diameter lebih kurang 7 inci. Harga: RM7 satu.

Mangkuk lauk lama corak ros hijau 2 kuntum. Ada 2 sahaja extra. Diameter lebih kurang 7 inci. Harga: RM8 satu.

Mangkuk Lauk lama corak rumpun buloh. Ada 2 sahaja extra. Diameter lebih kurang 7 inci. Harga: RM10 satu (SOLD!)

Mangkuk lauk lama corak garisan hijau dan emas. Tepi mangkuk berlekuk-lekuk. Ada 2 sahaja. Diameter lebih kurang 5 inci. Harga: RM5 satu (SOLD TO KAK CHAH KT).

Saya sarankan item 'cash N carry' sahaja di gerai saya di bazaar MAEPS Serdang setiap hari sabtu dari jam 4pm onwards. Saya tak galakkan pos takut pecah.