Friday, September 20, 2013

Meja Lipat Kopitiam (For Sale)

Salam,

Meja lipat kopi kopitiam untuk dijual. Meja ni dibuat dari Kayu Resak dengan diameter 4 kaki from end to end. Masih utuh dan baik coz dah lama aku letak dalam rumah tapi macam takde function. Thats why aku nak letgo. Yang kerusi kopitiam 3 biji tu dah SOLD.


Free delivery to KL weekend only coz now aku tiap-tiap minggu ada kelas di Jalan Semarak. Harga: RM650 boleh nego kalo berkenan.



Yang ni pulak, kerusi saiz kanak-kanak, orang dewasa pun boleh duduk no problem. Diperbuat dari rotan dan masih keadaan baik kainnya tu. Buatan 1970an rasanya. Harga: RM60 boleh nego lagi kalo mahu.

 

Thursday, September 19, 2013

Ikea Vago Chair Terpakai (For Sale)

Salam,


Vago chair ni dah lama gak aku beli sejak tahun lepas kat Ikea. Konon-konon mula-mula nak diletakkan di ruang tamu, tapi memandangkan aku dah ada sofa lain so aku nak let go kerusi platik yang cantik ni. Memang tak dapat di mana-mana, hanya di Ikea. Kalo stok dah takde memang susah la nak dapat lagi.

Kerusi ni kategori designer chair sesuai untuk dijadikan kerusi untuk tetamu coz ianya rendah ala sofa. Kalau letak bantal kecil warna-warni gerenti cantik, just mix and match sahaja.





 ada dua warna yang aku ada iaitu hitam dan putih (boleh match dengan apa saja warna dinding)

Ada 4 biji semuanya. 2 warna putih (macam dalam gambar) dan 2 lagi warna hitam. Sesuai untuk modern style deco. Still in good condition. Sebiji RM50 (boleh nego). Kalau new one kat ikea harganya RM80.

Offer kalau ambil semua 4 biji aku bagi discount. Free transportation cost ke KL during weekend boleh hantar. 

Jualan akan datang!. Open for booking ONLY.


Vintage Wire chair is open for booking. 1 piece selling at RM250. Warna putih dan masih belum restore. Booking fee RM200.

Tuesday, September 17, 2013

Meja Konsol Retro (For Sale)

Salam,

Nak re-post entry. Meja ni masih belum bermilik lagi. Nice for retro style deco. Kalau minat penghantaran pada sabtu ni (21/9/13).

Malas nak tulis panjang-panjang...tara mood. Meja retro ni masih dalam keadaan baik. Saiz dimension nya boleh bandingkan dengan floor tiles kat bawah tu saiz 1 kaki x 1 kaki.




Harga: RM320 siap hantar ke rumah sekitar Lembah Klang sahaja. Sila email atau sms saya untuk details. Boleh nego lagi kalo berkenan.

Monday, September 16, 2013

DIY: Almari Antik No. 26 (SOLD!)

Salam,
Sempat gak aku pi tengok pertunjukan kucing comel kat Putrajaya on 15hb semalam.

Letih coz dah start semester 1. Kelas 2 hari berturut-turut. Nak bikin almari pun agak terganggu. Tapi pada 15hb semalam sempat gak aku pi tengok pameran kucing comel kat Putrajaya. Almari no. 26 ni pun dah selamat dihantar ke pemiliknya hari jumaat lepas. Almari yang dimaksudkan di Entry ini.

Tak payah ler den cito banyak-banyak, lihatlah bawah ni:-

Almari bentuk asal masa baru dapat

ok ni la rupanya dah siap dibaikpulih. 

Harga yang dijual ialah RM500 dan telahpun di hantar kepada empunya pada 13/9/13. Terima kasih banyak-banyak.

Wednesday, September 11, 2013

Almari Antik No 28 (SOLD!)

Salam,

Semalam pagi sempat juga aku breakfast kat kedai kopitiam di Pekan Sepang ni. Tengok pada kedai ni, memang banyak meja dan kerusi lama kopitiam yang masih elok dan masih digunakan lagi sampai hari ini. Kedai ni tepi jalan je, cuma agak tersorok sikit.

Kopinya sangat kaw dan paling aku suka ialah roti bakarnya yang sangat cruncy.

Berbalik kita pada entry asal ni. Almari ni dengan tak sengaja aku jumpa di depan rumah orang. Condition sangatlah teruk. Pecah coz belah bawahnya dah terendam dalam air aku rasa. Cuma tang bahagian pintu dan bahagian depan masih elok. Rasanya ni kayu meranti coz agak ringan. Saiznya yang comel agak menarik dan teruja untuk aku rembat. Dari dibiarkan kene hujan panas tak berusik baik aku ambik cepat.

Lama jugak aku usya benda ni orang tu buang depan rumah. So, dengan pantas aku mintak permission. Akhirnya dapat jugak walaupun dah barai. Berikut adalah turutan dari keadaan almari ni aku ambik, sampai complete dan untuk dijual.

 Keadaan almari semasa baru diambil dan aku dah pecah-pecahkan kepada beberapa bahagian. Kakinya dah berpisah dari body almari.

 Ni dia bahagian yang paling penting iaitu pintunya yang masih berkeadaan baik dengan papan-papan di bahagian belakang.

Selepas menyiapkan kerangka almari. Proses ni agak rumit. Besi L shape dipasang sekali bagi menguatkan struktur almari. Papan-papan sediada masih digunakan sepenuhnya.

 Siap sudah frame yang kukuh.

Dinding di bahagian belakang dipasang menggunakan plywood. Oleh kerana sebahagian papan sediada tidak elok dan telah reput dan basah. Tetulang di bahagian tengah juga dipasang bagi mengukuhkan dinding.

Tertinggal pulak satu stage iaitu memasang kakinya yang telah patah. Tak sempat nak snap gambar. So proses memasang kaki telahpun dibuat dengan memasang menggunakan skru dan L shape besi. 

Selepas di syelek (sorry gambar gelap coz dah malam)

Siap sudah syelek hanya menunggu ianya kering. Now pintu dah boleh hantar kedai untuk dipasang cermin.

Lepas tu, almari ini akan dipasang cermin pintu dan seterusnya pintu di skru pada body.



Ok siap sudah almari ni setelah beberapa hari aku membaikpulihnya dalam keadaan baru. Pada masa entry ini diupdate, almari ni dah pun berada di rumah pemilik barunya. Harga dijual pada RM350.

Sekian Terima Kasih.