Thursday, August 29, 2013

2 Meja Retro (For Sale)

Salam,

Dah lama sejak sakan beraya aku tak update blog. Nasib baik belum bersawang. Now dah ada FB, so orang dah tak hirau blog dah.

Ada 2 unit meja nak di letgo. Satu kecil dan satu lagi besar. Dua-dua dari zaman yang sama iaitu 1970an, zaman aku dilahirkan. Ni kerana material seperti formica digunakan sebagai pelapik meja atau alas. Pada zaman tu material ni sangat-sangat famous sehingga ke era 80an. Dan pada zaman ni la juga kegunaan plywood (papan lapis) dalam pembuatan perabut. Ni kira era old-skool la.


Ni dia mejanya yang aku dapat tempohari.

Yang ni merupakan meja makan (dining table) separuh besar sesuai untuk 4 orang makan. Formicanya masih elok dan cantik, cuma kene touch up skit kayu dengan syelek. Kalau ada kerusi retro sure menarik. Dimensionnya 4 kaki panjang x 2 kaki lebar. Meja ni sangat berat mungkin ia dibuat dari kayu jati.

Price: RM450 (termasuk penghantaran ke Lembah Klang sahaja)

 Meja ke-2 aku dapat. Meja kopi saiz kecil.

Meja kopi ni pun aku dapat pada hunting yang sama di Seremban. Meja ni bersaiz mini kecil tetapi unik. Sebab apa aku kata uniknya kerana ada 2 layer (para). Para belah atas lapiknya formica, tapi para belah bawah diperbuat dari kayu. Legnya berbentuk pensil. Cuma pada masa gambar ni diambil masih kotor dan belum dibersihkan. Bersaiz 2 1/2 kaki x 1 1/2 kaki.

Price: RM150 (boleh collect di Anggerik Mall Shah Alam pada hari Ahad)

Dua hari lepas punya penat ke lawatan Johor Bahru masih belum penat lagi. Harap minggu ni aku rileks dan lega skit. Kalau minat dengan barang-barang ni sila email aku. Terima kasih.

Tuesday, August 13, 2013

DIY Bangku Retro

Salam, 

Dah raya ke 6 dah.  Aku baru jer balik jalan-jalan beraya dari utara walaupun kampung aku kat selatan. Hari ni, aku nak tukar seat cover bangku ni. Aku dapat bangku ni tahun lepas dengan harga murah saja. Rasanya ni bangku untuk meja solek atau piano.

  Ni dia bangku keadaan bangku tu sebelum di make over.

Ni pula fabrik lebih dari ikea yang aku pakai untuk sofa otoman aku.


  Buka skru kat blakang bagi membolehkan fabrik baru dipasang.

Siap sudah....dengan keadaan baru.

Thursday, August 8, 2013

Salam Aidilfitri


Sir lump mud hurry ray year ideal fit tree. Ma half czar hair bud tin. To loose e-class boo what sum were....


Sorry, I brew bar leg dairy London.

Ikhlas dari:
TERATAK RIMBUN DAN KELUARGA 


Friday, August 2, 2013

Lukisan Poster F&N (for sale)

Salam,

Kejap aja hari ni dah hari ke-24 kita berpuasa. Lepas sahur tadi terus tak tidur sempat pulak menaip entry.

Aku memang dah lama tak melukis akibat tiada masa. Dengan kerja, meniaga dan lain-lain mana ada masa nak melukis coz memerlukan ruang masa. Poster F&N ni memang rasanya jarang aku jumpa, so aku minat untuk dipotraitkan. Macam biasa, teknik soft pastel (charcoal) memang sesuai untuk meniru bentuk dan muka amoi dalam poster F&N ni.

Poster F&N yang dimaksudkan.

Setelah puas meng google akhirnya aku memilih poster F&N seperti di atas untuk dijadikan bahan melukis. Aku mengambil masa kira-kira seminggu jugak nak menyiapkan lukisan ini yang bersaiz lebih kecil sedikit dari A1. Proses scaling merupakan proses paling lama (sorry terlupa nak snap foto).

 'Half baked' masih belum siap sepenuhnya. Tinggal lukisan pada botol dan tulisan F&N saja.

Aku sambung kerja melukis setiap kali ada masa terluang saja. Sebelum tidur atau cuti hujung minggu. So faham-faham saja lah.

Bawah ni adalah hasil akhir. 

 Akan di frame kan tak lama lagi.

Tentang harga aku ingat nak jual dalam sekitar RM100 hingga RM150 termasuk kos frame. Kalau minat boleh PM harga.