Tuesday, July 16, 2013

Kerusi Kopitiam (ALL SOLD!)

Salam,
Alhamdulillah, selesai sudah puasa hari yang ke-7.
Dulu pernah jual sekali, tapi at that time harganya tak macam ni. Aku bukan nak untung banyak ke hapa cuma aku dapat kerusi ni pun dengan harga yang agak tinggi jugak. So, kena lah ikut harga semasa yer tak? Kerusi ni ramai juga yang bertanya, tapi aku takde peluang nak dapat pada masa ramai orang bertanyakan.



Ada 3 unit semuanya seperti dalam gambar. Kesemuanya telah aku betulkan dan ketatkan segala skru dan paku. Tinggal syelek saja. Harga sebiji siap dengan restore semua RM150 seunit dan kalau ambik semua sekali 3 unit harga akan dikurangkan kepada RM400 lumpsum.
Sila sms/call/whatsapp Zul 013-2296679.

Monday, July 15, 2013

Potret P Ramlee in charcoal

Salam,
Contoh charcoal pastels yang korang boleh beli dikedai (selalunya kedai art)
 

Dari dulu lagi memang aku minat pada art sejak zaman sekolah rendah lagi. Cuma peluang untuk aku belajar di peringkat menara gading agak terbatas. Mungkin disebabkan at that time peluang kerja dalam bidang ni agak kurang atau sukar nak dapat kerja. Thats why aku memilih bidang teknikal lain. Mostly dalam adik beradik aku, kesemuanya mempunyai tangan yang seni dan boleh melukis.
Cara penggunaan charcoal dan hasilnya
 
Anyway, tu dulu. Selagi ada minat tak kira waktu tua atau muda kalau ada masa terluang aku masih ingin asah bakat. Mungkin boleh cari pendapatan tambahan. Mungkin masanya sekaranglah.
 
Basic drawing selalunya cikgu akan ajar pengunaan teknik ini.
 
Charcoal pastels boleh dibeli di mana-mana kedai art selalunya aku beli kat Nanyang Art Supplies di Petaling Street. Bentuknya selalu segi empat tapi make sure guna selembut yang mungkin coz senang patah.


Cenggini lah ropanya charcoal pastel, memang soft gila.
 
Kat Seremban pun ada lupa nama kedainya. Potret P Ramlee ni  (bawah ni) asalnya aku saja-saja tenyeh guna kaler charcoal yang aku dah beli beberapa tahun lepas tapi coz takde masa, so aku malas nak guna. Teknik charcoal memang selalu pelukis guna untuk melukis potret. Tak caya, korang pi Central Market sana semua pelukis guna untuk melukis potret.
 
 Step awal sketch.
 
 Siap sudah.
 
Akan diframekan dan FOR SALE.
 
Ok kepada sesiapa yang nak mulakan lukisan potret, selamat mencuba. Semoga berjaya. Kalau nak minta pandangan aku, no problem.

Sunday, July 14, 2013

Pelita England dan beberapa komik

Salam,

Pejam celik dah sampai hari ke-5 berpuasa. Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak untuk rakan-rakan sekalian.Tak lama lagi, dah nak beraya pulak. Last week before puasa sempat gak aku meniaga buat kali terakhir sebelum puasa di Anggerik Mall. Barang-barang di bawah ni lama dah aku dapat cuma tak ferasan dalam kotak di stor dan buku-buku pulak, setelah aku tapis-tapis jumpa la plak so boleh lah jual.

Pelita di bawah ni buatan England, siap ada penutup plastik untuk memadamkan pelita tu rasanya. Ada rakan-rakan kata, ni pelita yang selalu jumpa di hospital-hospital zaman dulu untuk membakar mata injection. 

Ada 2 novel komik (jenis tebal, bukan nipis) dan 1 komik nipis tahun 1994 Star Wars for sale. Layanzzz....


Pelita England harga RM50 tak masuk pos.


Novel komik Spiderman Annual 2006 harga RM10.


Novel Komik G.I Joe "The Rise of Cobra" harga RM12.


Komik Star Wars Darl Empire II harga RM30.

Ok, selamat berbuka puasa. Kalau minat PM, whatsapp atau sms.

Wednesday, July 3, 2013

Cockoo Clock 80s (NFS)

Salam,

Malas betul nak update blog. Bila tengok dah lama tak update, rasa tak sedap ati plak. Jam cockoo ni aku beli online sebenarnya. Masih berfungsi dengan baik dan bergerak mengikut masa. Cuma jam ni dibuat dari plastik yang aku rasa datangnya dari era 80an. 



Jenama jam ni Telesonic aku rasa dari Jepang (Jepun la tu). Burung tu boleh keluar masuk tapi tak berapa cantik cara ia keluar dan masuk hehe. Macam tak licin ajaaa gitu. Takpe lah janji ok dan rawkk.