Monday, April 29, 2013

Car Boot Sale Bandar Seri Putra

Salam,

Hari Ahad semalam dengan tidak semena-mena aku telah join satu Car Boot Sale (CBS) yang agak berdekatan juga dengan rumah aku iaitu di Bandar Seri Putra (BSP). Memang pada mulanya aku agak was-was jugak nak join, boleh ke dapat banyak sale kat sini. Alhamdulillah, dapat jugak lah sale dalam RM200++. Yer lah, dari duduk rumah tak buat apa-apa pada pagi Ahad, baik lah juga aku buat aktiviti ni. At least dapat jugalah tambah pendapatan. Barang-barang kat rumah tu banyak jugak yang perlu di kurangkan sikit-sikit.

Anyway, berbalik pada tajuk entry ni. CBS kat sini agak ok juga. Penduduk di kawasan ni kebanyakan yang datang adalah melayu. Sejak aku start meniaga jam 7.15am (pagi jugak kan?) aku tengok kawasan parking dah penuh dengan peniaga yang datang dari dekat dan jauh. Ada juga yang datang dari Rawang dan Shah Alam. Korang nak cari barang apa semua ada. Tapi perlu diingatkan, pihak penganjur mensyaratkan peniaga HANYA menjual BARANG TERPAKAI sahaja. Barang baru macam Uptown bagai tak dibenarkan.

Cuba lihat gambar di bawah ni aku snap sekitar 7.30am.

Keadaan disekitar jam 7.30am. Aku tak sempat nak meninjau keadaan di bahagian hujung oleh kerana aku sorang saja sapa plak nak jaga gerai.

Terdapat pelbagai barang terpakai dari pakaian wanita, lelaki dan kanak-kanak, antik, beg tangan berjenama, pinggan mangkuk (ada brand England), langsir, barangan kelengkapan rumah (alat elektronik, bayi dsb) dijual dengan harga yang sangat-sangat berpatutan. Ada item dijual dengan harga seringgit sahaja. Fee untuk peniaga? Yer, fee yang dikenakan untuk berniaga di sini juga amat murah iaitu RM7 untuk satu tapak dan ia akan disedekahkan untuk pembinaan surau sekolah agama. 

Ni dia gerai aku yang simple, aku jual barang collectibles aku la macam biasa. 

Yer lah kan, sambil berniaga sambil menderma, apa salahnya. Untuk CBS akan datang, aku insyaAllah akan join sekali lagi pada 26hb May 2013. InsyaAllah aku akan bawak banyak barang lagi. Jumpa di sana.....kalau ada soklan silalah komen. 

Wednesday, April 24, 2013

Turntable Rotel (FOR SALE)

Salam,


Lama lah betul aku tak update blog. Bukan sibuk nak pilihanraya, tapi belum berkesempatan nak hunting barang olehkerana sibuk dengan urusan harian. Now dah nak pilihanraya, semua demam pilihanraya sana sini. Kali ni aku masih mengundi ditempat yang sama iaitu di Parlimen Rasah dan DUN Labu seperti di tahun 2008 dulu. Undi adalah rahsia, so tak perlu lah aku kompang sapa yang aku undi nanti haha. Now sana sini dah berterabur dengan bendera-bendera parti masing-masing. Tunggulah 5 Mei nanti.

Anyway, berbalik pada turntable or pemain piring hitam ni. Barang ni sebenarnya bukan aku punya. Ia milik kawan aku. Mula-mula beli sampai sekarang dia belum test lagi. So, dari dia biarkan benda ni berhabuk kat rumah, baik aku pinjam. So, aku pun dapatlah dengar LP-LP yang ada. Memang best dan berfungsi dengan baik. Jarum masih ok. Bunyi LP sedap didengar. Jenama Rotel adalah yang terbaik kerana ia bukan buatan Jepun.

Ni dia dibawah ni turntable tersebut.




Harga: RM400 (boleh nego) bagi yang berminat. Tetapi tak boleh dipos takut rosak. Kena collect di Putrajaya atau di Anggerik Mall Shah Alam pada hari Ahad. Amplifier kena beli sendiri yer. Aku ada but not for sale.

Sila sms or email aku kalau berkenan. Terima Kasih.

Friday, April 19, 2013

Tin-tin Coca Cola dan lain-lain (For sale)

Salam,

Ishhh issshhh...lamanya tak update blog. Naik bersawang dah. Ada beberapa tin-tin biskut dan Coca cola untuk dijual kepada peminat dan pengumpul tin. Agak unik juga tin-tin ni kerana jarang nak dapat di Malaysia kerana kebanyakan tin ni aku beli from England dan US. So, kalau korang cari di Malaysia susah nak jumpa lah jawabnya.

Tin-tin tersebut seperti di bawah ni berserta dengan harga dan description :-

 Tin atas ni buatan England merupakan tin biskut tapi takde jenama. Berbentuk seperti retro radio. Lebar dalam 12 inci. Harga: RM150 (boleh nego tidak termasuk pos)

Coca cola picnic basket tin ni aku dapat dari kawan, dia beli di US. Condition superb. Length dalam 6 inches. Harga: RM180 (boleh nego)

Yang ni pulak 7up tin berbentuk kereta. Saiz sama macam tin minuman. Buatan tahun 2000. Harga: RM20 aja tak masuk poslaju.

Yang ni Mark & Spencer punya tin biskut tahun 1980an. Condition masih cantik. Yang ni aku dapat di Seremban. Harga: RM50 tidak termasuk pos.

Picnic basket Coca cola gambar classic ni aku beli from US juga. Dulu ada 2, tapi sebiji dah jual. Now tinggal yang ni aja. Saiznya lebih kecil dari yang atas tu. Harga: RM80 saja.

Berminat? Sila sms or email me.