Friday, September 28, 2012

Old English Trolley (NOT FOR SALE)

Salam,


Trolley usang dipinggir bukit...

Trolley lama ni memang dah lama aku usyaa minta dijual dari pemiliknya iaitu Mr Teoh dari Lukut PD. Banglo usang ni dah lama ditinggalkan pemiliknya dan tidak dihuni (bukan rumah berhantu yer). Aku tak berkesempatan nak ambik foto tapi banglo tu jauh sikit masuk ke dalam dari jalan besar. Pemilik jarang sekali datang cuma hujung minggu saja.

Macam mana aku kenal Mr Teoh ni? Ada lah ceritanya. Nak cerita panjang plak haha. Ok, trolley ni mengikut kata dia dipunyai oleh grandpa dia (kira datuk dia la). Sejak dia kecik lagi dah ada. Asalnya datuk dia beli dari zaman 1960an lagi.


Sejak semalam den dah lotak dalam FB tulis situ untuk dijual, tapi malam tadi tetiba aku rasa nak simpan plak letak kat living room rumah baru aku pun cantik gak kan. Thats why aku letak situ dah SOLD hehe. So kesimpulannya memang aku belum mahu jual lagi. Lepas ni aku akan restore dan dicat semula dengan warna putih. Trolley ni bersaiz 3 1/2 kaki x 1 1/2 kaki dengan terdapat 2 aras (atas dan bawah). Alas bagi setiap aras menggunakan material kaca tebal (memang tebal dan perlu dibersihkan). Tayarnya pun aku perlu tukar yang baru coz yang lama dah ketat. Ni kalau letak teko england ke, pelita ke, pasu bunga beli kat Nilai 3 ke kira semua boleh lah.

Ok adioss

Thursday, September 27, 2012

Dua Kerusi Lama dan Bangku Kopitiam

Salam,

Ni la dia hasil hunting tempohari walau badanku tak brapa sihat akibat penat balik dari Kota Kinabalu berholiday dengan family. Dengan cuaca yang tak menentu kejap panas kejap hujan, aku jadi nak demam.

Sempat singgah on the way to Kundasang untuk ambil gambar Mount Kinabalu kalau lambat sikit nanti berkabus langsung tak dapat snap.

Ni dia hasil hunting aku tempohari.

Tapi untuk makluman, aku bukannya hunting di Sabah ya. Yang ni aku dapat di sini area Seremban. Ada 3 item aku dapat tempohari;

1) Kerusi Lipat Garden


Kerusi garden era 1980an diperbuat dari jati. Masih berkeadaan baik dan utuh. Boleh dilipat untuk menjimatkan ruang. 

Harga: RM80 (nego)

2) Seatee Rotan


  
Seatee rotan ni anak aku suruh simpan katanya dia nak buat tempat lepak dia. So aku NOT FOR SALE lah yer. Aku tengok seatee ni sangat unik mungkin buatan era 1980an berdasarkan keadaan rotannya. Masih kuat dan baik.

3) Bangku Kopitiam bulat


Bangku kopitiam ni dulu aku pernah jual tapi sesekali aja nak dapat semula memang susah. Last week aku sapu semua bangku ni berjumlah 9 biji kat rumah tu. So 5 units is open for sale. Aku nak simpan 4 unit lagi untuk rumah aku.

Harga: RM60 sebiji (nego)

Kesemua item ni boleh self collect di Anggerik Mall setiap Ahad. So email or sms me for details. Thanks

Saturday, September 8, 2012

Almari Antik No. 24

Salam,

Lama betul menyepi. Baru lepas raya dan aku sememangnya banyak keje ofis yang tak pernah berhabis. Dengan submission bagai, dengan proses nak sediakan budget bagai waduh tak menang tangan. Anyway, almari antik ni biasa-biasa saja, takde yang interesting. Cuma jenis design ni ialah dari era 1960/1970an.

Aku dapat almari ni dari area Rasah. Cuma almari ni agak unik sikit bentuknya, ada kompartment sliding 3 tingkat dan dibelah kanan ada laci di bahagian atas dan pintu di belah kanan bawah. Ukuran lebar anggaran dari kiri ke kanan lebih kurang 4 kaki (belum sempat measure lagi).

Almari ni masih belum restore dan harga ditawarkan termasuk baikpulih. Setelah cantik bangat barulah dihantar pada customer. Don't worry.

Harga: RM500 (nego sampai jadi) - harga complete with restoration + RM20 (penghantaran ke Lembah Klang sahaja) 

Pandangan hadapan.

Pandangan 3D

Pandangan depan atas 3D.

Sila sms saya or email. Saya akan reply secepat mungkin. Customer boleh booking dulu dan hujung bulan boleh hantar dan COD. Terima kasih.