Friday, August 26, 2011

Salam Lebaran Buat Semua

Salam Lebaran buat semua customer, pembaca blog dan rakan-rakan taulan sekalian. Jemputlah jangan segan-segan untuk bertandang ke rumah den. Aku akan berhari raya di Johor sehingga raya ke-2 dan akan ke Rembau selepas itu. Keep in touch.

MAAF ZAHIR DAN BATIN

Ketupat rendang enak dimakan,
Di hari raya bersama pelanggan,
Salam Lebaran tangan dihulurkan,
Salah dan silap harap dimaafkan.


dari..



AYU, EZRI KEFLI DAN EZRA RIZQ

Wednesday, August 24, 2011

2 used handbag Guess

Salam,

Hari ni dah puasa ke 24! Dah tak lama lusa jer aku akan pulang ke Johor. Alhamdulillah, almari No 16 tu dah dihantar kepada tuan punya.

Ok malam ni off topic sat pasal barang antik mengantik. Bosan jugak kan. Nak let go 2 handbag original Guess. Ni pun kira barang junk but still looks new. Aku tak berapa mahir sangat nak judge this bag ok or not. Tapi citarasa manusia kan berbeza-beza. Ada yang tengok terus suka, ada yang so and so. Previously pun aku pernah jual beberapa handbag, semua dah sold out. Anyway, sila lah mencuci mata.

Beg 1 (SOLD!)



Handbag ni harga nak dijual RM250. Dulu wife aku beli RM338 tahun 2010. Beg ni jarang pakai baru 2 or 3 kali jer. Kondisi masih elok dan cantik. Siap dengan dust beg sekali. Dimension 30cm tinggi x 28cm panjang.

Beg 2


Yang ni pulak, harga nak dijual RM150. Masa beli dulu RM299 pada penghujung tahun 2009 gitu. Yang ni dah pakai banyak kali tapi kondisi masih elok dan cantik. Siap dengan dust bag. Dimension lebih kurang 26cm panjang x 18cm tinggi.

Sila sms or email kalo berminat. Thanks

Salam Lebaran untuk semua..

Tuesday, August 23, 2011

Gelas Gelas Oren Lama


Salam,

Korang balik kampung mana raya ni? Hari ni dah puasa ke 23. Aku akan baliks on Friday petang insyaAllah ke Pontian, Johor sampai lah raya ke 2 dan akan balik ke Rombau pulak.

Lama aku tak buh gelas-gelas ni dalam blog. Hampir terlupa nak letak sejak tahun lepas. Nasib baiklah aku terpandang dalam almari aku. Baru lah teringat nak jual, tapi tak semua lah. Ada 2 deret gelas lama, tapi tak semua aku jual. Ada beberapa lagi gelas dalam kotak tak sempat aku nak publish kan semuanya. Tapi yang dalam kotak tu memang aku tak jual, sayang plak. Nak cari dah susah.

Anyway, yang nak dijual seperti di bawah ni:-

Gelas No 1 (kickapoo)

Gelas No. 2 (red lion) - SOLD!

Gelas No. 3 (red lion) - SOLD!

Gelas No. 4 (green spot)

Nota: Harga gelas setiap satu RM15. Sila sms ya..

Selharya = Selamat Hari Raya!

Monday, August 22, 2011

Tiga Turene (ALL SOLD!)

Salam,

Masa begitu pantas sekali, tup tup hari ni dah puasa Ramadhan yang ke 22. Tinggal 7 atau 8 hari lagi jer nak raya.

Sempena nak raya ni, aku nak let go 3 turene yang aku dapat while hunting barang last week. Baru je aku basuh tadi semua barang-barang tersebut.Ke tiga-tiga turene ni bersaiz comel / kecik tetapi ada bunga. Special sikit coz aku letak dalam blog and offer pada pembaca blog dan followers. In case end of this week tiada pembeli, aku akan letak dalam mudah.

Turene No. 1 (SOLD!)



Turene ni berbunga rose kaler coklat dengan daun ala biru dan bunga-bunga kecil merah ceria. Harga: RM70 (boleh nego)

Turene No 2 (SOLD!)


Turene ni tutupnya bunga serupa itu turene No 1 cuma mangkuknya sahaja berbunga kecil comel kaler merah and purple (lihat gambar). Harga: RM60 (nego)

Turene No. 3 (SOLD!)



Turene yang ni pelik sikit dengan bunga halus kaler merah dan daun standard lah hijau (lihat pada gambar). Harga: RM40 sahaja

Nota:

No 1 dan 2 sama saiz, panjang hujung ke hujung dalam 20cm dan yang No 3 kecil sedikit dari hujung ke hujung dalam 16cm comey. Kalau nak pos sila tambah RM10 (tak jamin sekiranya pecah).

Selamat membeli! Cepat sebelum disambar orang lain. Sms sahaja.

Wednesday, August 17, 2011

Almari Antik No. 16 (SOLD!)

Salam,

Alhamdulillah, selesainya menunaikan puasa Ramadhan yang ke 17.


Aku dah penat hunting mencari almari antik ni atas permintaan customer. Tapi takpe, tak sangka usaha aku berbaloi jugak pi carik sana sini akhirnya berjaya dapat almari ni. Tu pun aku dapat dari rumah orang area-area sini. Alhamdulillah..rezeki di bulan puasa.



Almari ni ukurannya, tinggi dalam 58 inci (lebih kurang 4 kaki 10 inci) X lebar 38 inci (3 kaki 2 inci). Nasib baik lah muat kereta aku walaupun terpaksa aku duduk tegak haha. Aku anggarkan almari ni dari era 1960an berdasarkan designnya yang nampak dari era zaman filem P Ramlee. Kiri kanan almari ni bercermin. Depan ada 2 compartment kat belah atas dengan sliding glass. Sementara compartment bawah dengan pintu kaca bukaan tengah (tombol kayu). Terdapat 3 ruang/tingkat di compartment bawah (lihat gambar).

Almari ni aku belum touch up, kertas pasir dan varnish lagi. InsyaAllah minggu ni aku buat. So kalau ikut list bawah, customer no. 1 or 2 akan dapat. Tapi tengok dulu, misal kata semua customer dalam list bawah ni tak jadi amik, then aku open to pembaca blog yang lain.



Harga: RM700 (SOLD TO KAK SHIMA - HANTAR ON 25/8)

1. Abg Din / Kak Gie
2. Kak Aina

3. Aris Azman

4. Fifi
5. Kak Mona Rawang

6. Kak Shima
7. Rafidah
8. Kak Noorazian
9. Sya (harith hiliza)
10. Hanis

11. Petty Petals
12. Ezrena
13. Abang Man Rawang

Customer No 1 hingga 3 masih belum dapat dihubungi. Sila hubungi saya secepat mungkin. Saya juga nak minta semua customer dalam list di atas memberikan no hand phone oleh kerana saya telah hilang nombor-nombor tersebut (maaf dipinta, masalah teknikal). Bukan apa, saya tukar handphone habis nombor semua hilang.

Sementara itu, customer yang TELAH menerima almari pula seperti di bawah:-

1. Kak azzah (sold - 2008)
2. Kak Cempaqa (sold - 2009)

3. Kak Ana (sold - 2009)
4. Yatt (sold - 2010)
5. Kak Hanis Kajang (sold - 2010)

6. Hanita Hanita (Sold - 2010)
7. Kak Zie (Almari antik No 10 - 2011)
8. Yatt (Almari antik No 12)

Maaf, permohonan baru (hehe) telah ditutup dan akan dibuka semula selepas 2 orang yang terakhir dapat almari mereka. Terima kasih.

Regards,


Monday, August 15, 2011

Mudah Store


Salam,

Wah dah Ramadhan ke 15!

Bukannya malas nak update blog, tapi takde masa la. Balik rumah pergi beli juadah berbuka. Kemudian balik rumah berbuka, kengkadang pastu pi terawih. Balik dah ponek..capik. Nak bukak PC pun tak sompek. Pagi kang bangun jam 4.30am terus tak tidur kecuali weekend (sabtu dan ahad hehe).

Weekend plak aku kadang-kadang hantar barang plak kat customer + pi hunting barang + shopping hehe. Mana nak ada masa. Anyway, aku betul-betul update barang via Mudah Store aku. Kalau nak tengok barang-barang yang belum terjual sila lah ke sana.

Klik Sini

Kat link atas tu (mudah store yang aku bukak sejak awal tahun lepas), ada no handphone aku dan gambar barang bagai. So, senang tak payah le aku update blog selalu. Itu lah kaedahnya, lagi mudah kan?

adioss

Sunday, August 7, 2011

Bekas Kuih Raya

Salam,

Sedar tak sedar dah hari ke 7 kita berpuasa, alhamdulillah. Kalau ikut kiraan, raya dah nak dekat lebih kurang 22 hari jer lagi. Ada beberapa bekas kuih raya nak di let go. Sila skroll gambar di bawah. Kesemua bekas kuih ini dari era 1960an to 1970an dan kondisi masih cantik.



Bekas kuih jenis bulat (Hijau) - RM18 tapi ada satu je (SOLD to Kak Intan)



Bekas kuih bulat (clear color) ada 3 biji - RM15 satu (SOLD to KL customer)



Piring dodol (coklat cair) - sebiji RM12 (ada beberapa unit sahaja)


Bekas kuih bentuk square dengan lid (penutup) - RM18 sebiji (ada satu saja)


Hmmm...sila la sms aku dengan kadar segera sebelum orang lain booking. Adiosss...


Selamat berbuka puasa..

Saturday, August 6, 2011

Teko Bunga Ros Liar



Salam,

For sale, sebiji teko bunga ros liar (ntah ye ke, aku main balun je...bab bunga ni aku fail). Kondisi masih cantik lagi. Lihat gambar di bawah. Saiz biasa.

Harga: RM65

Ok, apa-apa sila lah sms or email. Thanks