Saturday, May 28, 2011

Tin Sign Esso

Salam,

Semalam aku lepak Lukut di PD, aku jumpo la member den yang seko ni. Lama betul aku tak lepak dengan dio sejak tahun lepas lagi. Katanya ada barang mustahak nak ditunjukkan. Dulu aku rajin sama-sama hunting barang dengan dia. Rakan seperjuangan le ni. Cuma dia suka simpan dan jarang sekali dia nak jual barang dia. Katanya, semua barangnya Not For Sale, iyo la tu. Tapi sejak aku sakit, dah malas dah nak hunting-hunting ni, tu pun mencuri masa hunting.

Lepak punyo lepak, dio kato nak mintak tolong aku rupa-rupanya. Dio sogan mulo-mulo tu, at last dia tunjuk kat aku tin sign ni. Laa ingatkan apa tadi.

Gambar yang sempat di 'snap' guna kamera ofis.

Harga ditawarkan: RM450

Aku terpakso la tolong member aku ni jualkan. Dapat le komisen skit-skit. Maklum le member den ni buto IT huhuh... Terpakso la den buek kan entry dalam den punyo blog. Takpo la jang, next time ekau bagi khatam la buat blog. Sonang sikit den ni hah.. tak kono kacao laie.

Ok la, panjang (kiri ke kanan) sign ni lebih kurang 3 kaki x 2 kaki (dari atas ke bawah). Lain-lain apa aku nak citer ek, oh ya.. kondisi masih baik. Tahun buatan aku tak pasti coz aku bukan expert sign-sign ni. Tapi memang lama la.

Apa-apa sila sms or email.

Regards,

Friday, May 27, 2011

2 Perabut lama lagi...

Salam,

Jumpa lagi sekali, tapi kali ni barang dah ada cuma aku tak sempat nak amik. Ada dua perabut memang cun, cuma satu tu aku boleh le bawak pakai myvi aku. Kebetulan that day aku bawak family aku plak, so side table tu tak dapat masuk keter. Yang satu lagi tu plak memang tak muat plak (meja tulis 1960's)...ayoyo

Bawah ni adalah 2 gambar sempat aku tangkap kat tempat aku hunting tu. Tangkap banyak-banyak kang takut apek tu marah aku plak huhu.

1950's side table. Kondisi masih cun, touch up skit je.

Meja tulis 1960's, aku suka tengok texture layer-layer kayu kat laci meja ni.

Dua-dua ni aku belum decide nak jual lagi, mungkin aku simpan kot. Tunggu le rasa-rasa nak jual, aku let go le.

Wednesday, May 25, 2011

Garage Sale P16 datang lagi!

Salam,

Apa salahnya sebar-sebarkan khabar baik dan membantu kawan-kawan. Walaupun agak terlewat aku siarkan entry ni, aku mesti bantu jugak untuk hebahkannya. Anyway, kalau sesiapa yang tak berkesempatan nak join Garage Sale (GS) yang dulu (tak silap den January 2011), cuba le datang yang ni.

GS ni dulu pernah buat, cuba klik SINI. Lokasi yang sama cuma date and time berubah. Yang ni GS kali ke 2 oleh kerana GS yang lepas sambutannya amat memberansangkan.
Member aku habaq, sesiapa yang nak join untuk buka tapak boleh lagi katanya.

Date : 29 May 2011 (Sunday)

Time : 8.00 am to 5.00pm


Venue : Dewan Kejiranan, Precinct 16, Putrajaya.


For more info, sila view poster sebelah kanan blog ini.

Aku akan update dari masa ke semasa, insyaAllah. Sesiapa yang minat nak join, sila email / sms aku. Nanti aku bagitau no tefon kawan aku tu. Terima kasih.

Wassalam,

Friday, May 20, 2011

Dua Perabot Lama for sale (BOTH SOLD!)

UPDATED (20/5/2011)

Firstly, Happy Besday to me pada 15/5/2011.

Sewaktu entry ini ditulis, kedua perabut ini telah menjadi hakmilik tuannya. Kedua-dua telah diambil oleh owner masing-masing. Aku cuma nak update gambar selepas di baikpulih dengan jayanya. Makin berkurang dah perabut-perabut dalam stor aku, alhamdulillah.


Kerusi malas selepas dibaikpulih.


Sideboard retro selepas dibaikpulih.

POSTING ASAL (7/4/2011)

Salam,

Waduh...

Sorry udah lama aku tak sempat nak telek blog. Hari-hari balik dah penat, ditambah plak keje yang menimbun. Ni ada 2 perabot lama yang baru aku dapat dari sesi hunting hari tu. Yang ni pun tak sempat baikpulih lagik. Gambar ni pun taken 2 hari lepas belum sempat barang ni aku touch up lagi.

Tunggu le esok lusa, lepas baik pulih aku tepek gambar kat sini. Tapi yang pasti kalau sesiapa nak BOOK dulu silakan lah. Tak kisah..

a) Kerusi malas vintage 1950's (BOOKED!)

Kerusi ni memang kelas gila. Masih cantik kayunya (solid wood tapi tak tahu kayu jenis apa). Cuma tang rotan jaring kat belakang tempat sandar je aku nak kena bikin balik dan telah aku hantar ke kedai member aku kat Seremban semalam. Alas tempat duduk kayu masih kukuh. Ni kalau letak kat 'patio' or serambi or balcony (bagi yang duduk kondo) memang cantik sekali. Cuma side table jer aku tak dapat. Kalau ada sure complete set ini.

Harga lepas baikpulih : RM300 (BOOKED!).


Pandangan hadapan

Pandangan tepi dengan kaki berbentuk unik.

b) Retro sideboard 1970's (ada 2, satu dibooked oleh rakan dari Shah Alam, satu lagi rakan dari Putrajaya)

Sorry sideboard ni cuma ada satu gambar saja hehe. Tak sempat nak tangkap semua angle. Ni pun belum baikpulih. Tombol aku dah tanggalkan dan kena cat balik. Nak kena varnish semula baru nampak cantik. Tinggi lebih kurang 2 kaki lebih.

Harga : RM150 (ALL BOOKED!)

Ok, kalau berkenan boleh sms sekarang coz macam biasa la yer penghantaran percuma untuk Lembah Klang, Seremban, Nilai sahaja.

Adiosss...yesszza

Saturday, May 14, 2011

Almari Lauk Lama jenis rendah (SOLD!)

Ni dia selepas baikpulih untuk tontonan umum.

Waduh, naik bersawang dah blog aku ni. Anyway, robok/almari lauk rendah ni dah di hantar ke ownernya iaitu Rizal (Shah Alam) pada Khamis lepas. Almari selepas di baikpulih seperti di bawah. Gelas kaca telah diletakkan di pintu dan telah dicat semula supaya nampak kemas.



Posting asal (29 April 2011)



Salam,

Yang ni dah ada orang reserved. In case dia cancel, aku jual kat orang lain. Tinggi dalam 3 kaki x lebar pun 3 kaki x depth 3 kaki (lebih kurang). Pintu tu aku akan tukar ke kaca (kalau confirm). Almari akan dibaikpulih terlebih dahulu sebelum dihantar kepada customer.

Harga: RM280 - SOLD TO CIKGU RIZAL S. ALAM

Adioss..