Wednesday, September 29, 2010

Poster F&N lama (NOT FOR SALE)

Salam,

Hasil hunting last week yang boleh dikatakan 'tarak hasil' tapi aku luckily berhasil mendapatkan poster lama ni yang kondisinya tak berapa elok. Ya la, aku bukan lah fanatik collect poster-poster lama ni. Kalau ada pun koleksi aku bukan yang hebat-hebat, yang harga riban-riban. Baru nak start balik mengumpul la ni.


Ni merupakan poster lama keluaran tahun 1950an. Ada satu lagi version, gambar amoi pegang botol mengiring ke kanan. Tapi yang ni ke kiri. Yang ni pun aku jumpa kat rumah orang dan dah terkoyak sikit belah atas. Tinggal gambar amoi tu jer. Takpe la nak dapat free susah ni nowadays. Maaf, yang ni tak jual, aku nak simpan untuk koleksi.


Just untuk tatapan umum sahaja. Not for sale.

Friday, September 24, 2010

Teko untuk Raya

Salam,

Ada 3 teko memang amat sesuai untuk raya digunakan pada open haus esok lusa, maklum la raya setahun sekali, so teko ni pun setahun sekali le gamaknya pakai, pastu display kat lemari antik hehe. Ni sodap kalo diguna untuk menyediakan teh or kopi untuk para tetamu.




Yang atas ni teko kotak warna biru buatan Italy dengan design yang menarik. Saiznya amat besor 7 inci lebar dan tinggi. Baper liter muatannya tak tahu plak aku. Tang yang menarik ialah lukisan di tepinya gambar English Scenery, memang cun melecun. Kepada para pengumpul teko kotak jangan lepaskan peluang ni.

Harga: RM150-SOLD TO KAK ROHANA



This one pulak, nak kata teko pun bukan nak kata pasu pun macam bukan pasu. Maybe jug kot. Very unik teko or jug. Aku beli dari member aku yang baru balik belajar dari UK. Dia beli kat sana (car boot sale katanya). Bawah takde chop tapi lukisan bunga ros kuning kat tepi very detail dan cun (see pic yang tunjuk zoom in tu). Tinggi dalam 24cm termasuk 'conet' kat atas tu.

Harga: RM45 (nego sikit-sikit ler)



Teko jepun di atas ni ada lukisan abstrak kat tepi saiz kecik. Yang ni aku nak tolak murah-murah aja. Aku dapat kat car boot sale somewhere kat PJ. Yang ni tak berapa antik. Rasa-rasa 1990an.

Harga: RM28 sahaja.

Itu saja untuk hari ni. Chow cin chow...

Wednesday, September 22, 2010

Signboard Camel (NOT FOR SALE)



Yang ni unik sikit, aku dapat dari Kuala Pilah masa puasa hari tu. Aku time tu rajin plak jalan-jalan jauh sikit. Sign board Camel kayu chipboard tapi tak tahu buatan tahun bila. Ada tulis kat situ 'Camel Trophy Adventure Wear'. Dengan tulisan 'embossed' timbul, sangat cantik. Still berhabuk lagi. Panjang dalam 40cm. Ingat nak gantung kat area kopitiam zone aku sikit hari lagi. Yang ni maaf tak jual nak buat collection.

Kat bawah ni kalau nak refresh memory aku sertakan iklan lama Camel dengan lagu background yang sangat familiar hehe.

Sunday, September 19, 2010

Sorry, kedai tutup

Salam,

Sebelum apa-apa, elok aku ucapkan SELAMAT HARI RAYA ADILFITIRI rasanya belum terlambat untuk ditujukan kepada kawan-kawan blogger, sahabat handai, sedara mara yang membaca, rakan niaga di Maeps, para pembaca blog, customer dari mudah.my dan customer tetap dan tak tetap aku yang paling banyak menyokong aku dibelakang tabir. Terima kasih daun keladi dan SALAM AIDLI FITRI.

Tajuk kat atas tu bukan bermakna aku bersara dari menjual barang, cuma aku berehat kejap maklumlah bulan Syawal ni kan. Aku bercuti panjang coz aku kan MC sampai 23/9/10 ni. Mungkin sambung or tidak MC aku tak tau. Tapi harap-harap tak. Now dan 10 hari kita beraya, harap-harap semua masih sihat walafiat aku doakan. Jumpa lagi nanti kita dalam blog mulai hari ni.

Aku dalam proses mencari barang. Esok lusa aku tempel la kat sini. Nanti apa-apa aku update. Thanks.

Thursday, September 2, 2010

Merdeka by Butterfingers

Salam,

Rasanya masih sempat lagi aku nak ucapkan pada semua selamat menyambut hari kemerdekaan negara kita yang ke 53 tahun. Terlewat 2 hari aku rupanya, pejam celik dah lebih separuh abad kita menyambutnya. Merdeka ertinya banyak dan berbagai-bagai bentuk merdeka. Kalau selalu kita asik dengar lagu-lagu Sudirman atau Dr Sam.

Kali ni aku nak letak lagu dari kumpulan alternatif Malaysia yang sangat aku suka lagunya pada pertengahan 1990an. Tapi kali ni depa buat lagi dalam genre yang sangat berbeza. Dengan penampilan istimewa Kassim Masdor, lagu ni berentak keroncong. Kalau korang nak tau, salah sorang anggota band ni anak sedara kepada Abg Mazlan (Beranang Antik) tak caya ko tanya dia. Tapi lagu ni memang best! Layanzzz...dan hayati lirik lagunya...



Merdeka

(pantun 1)
hari isnin bayar cukai,
selasa lalai,
rabu khamis poket pokai,
jumaat sabtu ahad kita…..

(korus 1)
merdeka
bahagia
akhirnya
merdeka
merdeka

(pantun 2)
hari isnin muka garang,
selasa gemilang,
rabu khamis bagi ruang,
jumaat sabtu ahad kita….

ulang korus 1

(perantara)
tiada sengketa antara kita
prasangka perkara biasa
tiada yg mustahil

ulang korus 1 x 1

hari ini
merdeka!