Sunday, February 28, 2010
Coca Cola, 7 Up, Pepsi dan Gelas F&N
Botol coke tahun 1989 tertulis pada botolnya. Harga: RM25 (masih ada)
Pepsi Cola tahun 1978 (masih ada air lagi). Harga: RM25 (SOLD!)
7 Up tahun 1978 juga (air ada 3/4 lagi...selebihnya dah termeluap kot). Harga: RM25 (SOLD!)
Yang ni coca cola botol baru dari Taiwan (kulit saja klasik). Harga: RM30 (masih ada).
Gelas Mirinda Lama (Hijau). Harga: RM30 (SOLD!)
Gelas F&N lama, ada lining emas kat bibir gelas. Harga: RM30 (masih ada)
Berminat? Calling-calling la yer...
Monday, February 22, 2010
Lemari Antik lagi...
Minta maaf kepada yang menunggu. Lemari tu masih dalam proses negotiation sehingga owner benar-benar mahu 'let go'. Bagi saya masa dalam seminggu lagi. Walaubagaimana pun, saya akan update dari masa ke semasa. Terima kasih.
Posting Asal
Salam,
Almari display antik seperti yang dijanjikan akan muncul esok. Design nya aku masih tak tau lagi macam mana rupa. Tapi gambar akan ditepek esok. Ada 4 orang lagi dalam que masih menunggu. Sekiranya orang dalam que No. 1 tak setuju, aku akan beri peluang pada que No. 2 dan seterusnya. So peluang untuk semua orang masih ada.
Bab harga pulak, aku dah tetapkan harga sebanyak RM400 termasuk kos penghantaran (mesti dalam Lembah Klang sahaja yer!). Deposit sebanyak RM50 akan dikenakan jika berkenan dan confirm. Thanks.
Ok semua. Untuk almari-almari antik yang aku dah jual lepas-lepas boleh dilihat pada testimoni customer-customer aku di link di bawah. Terima kasih daun keladi, esok-esok belilah lagi...
Testimoni 3 (Kak Ana)
Testimoni 2 (Kak Chempaqa)
Testomoni 1 (Kak Azzah)
Saturday, February 13, 2010
Karnival Bazaar@MAEPS
Assalamualaikum,
Dijemput kepada semua customer saya sekalian ke...
MAJLIS (GRAND OPENING) PELANCARAN ,PEMBUKAAN DAN KARNIVAL PASAR TERBUKA MALAYSIA ,BAZAAR@MAEPS 2010 AKAN DIADAKAN PADA 20-21 FEBUARI 2010 YANG AKAN DIRASMIKAN OLEH MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
TARIKH : 20 HINGGA 21 FEBUARI 2010
MASA : 2.00PM (SABTU) HINGGA 5.00PM (AHAD)
LOKASI : TAPAK BAZAAR@MAEPS (PARKING 2B)
SEMPENA PELANCARAN PEMBUKAAN BAZAAR@MAEPS HARI AHAD
PROGRAM INI AKAN BERLANGSUNG SELAMA 2 HARI
ANTARA CADANGAN INTENARI PADA MAJLIS TERSEBUT IALAH :
AKTIVITI-AKTIVITI
- PAMERAN FLEA MARKET & CARBOOTSALES 1MALAYSIA
- PAMERAN AGRO MART & AUTOSALES
- PAMERAN KRAFTANGAN DUNIA
- PAMERAN MAKANAN WARISAN NEGARA
- LELONGAN KOLEKSI PERIBADI
- PERTANDINGAN KARAOKE BERSAMA KOMPOSER SAARI AMRI (SARINGAN PERTAMA)
- PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN DARI UNIVERSITI-UNIVERSITI AWAM
- PERCIKAN BUNGA API TEPAT JAM 12.00MLM (SEMPENA MENYAMBUT PEMBUKAAN BAZAAR@AHAD)
- PERHIMPUNAN KERETA DAN MOTOSIKAL KLASIK
- GO KART & DRIFT CHALENGE
- PERTANDINGAN MASAKAN KOMERSIAL DAN TRADISIONAL
- PERTANDINGAN AGRO HUNT
- PERTANDINGAN MEMANCING (FINAL JACPOT WAK JALI)
- PERTANDINGAN MEWARNA KANAK-KANAK
- SUKANEKA
- FESYEN SHOW
- ARTIS CORNER ( PERSEMBAHAN ARTIS,PROMOSI ALBUM,LELONGAN KOLEKSI PERIBADI & BERSAMA PEMINAT)
SEMUA DIJEMPUT MENYERTAI ACARA YANG BERLANGSUNG DAN DATANGLAH BERAMAI-RAMAI
SEKIAN TERIMA KASIH
- Teko-teko pelbagai bunga (Cuma bunga kangkung pelbagai bentuk sahaja ada 5 dan 1 bunga tak tahu design - already booked)
- Pelita pelbagai bentuk (ada 10 jenis pelita lama).
- Barang-barang tembaga.
- Lemari antik untuk di booking.
- Piring Hitam/ LP.
- Buku dan majalah terpakai.
- Barang-barang antik/lama.
- Pakaian Bundle.
- Barang terpakai.
- Pelbagai jenis enamel antik dan lain-lain.
Saya akan bawa barang lebih banyak dari biasa dan saya tak akan advertise kan dalam blog ini buat sementara waktu sehingga karnival ini berlangsung. Jadi, tiada barang baru yang akan saya iklan kan di sini. So, siapa yang datang karnival tu kira bertuah kerana dapat beli barang terbaru dalam stok saya.
Untuk maklumat lanjut sila layari Bazaar@MAEPS
Sekian terima kasih.
Wednesday, February 3, 2010
Serbang?
Akupun sebenarnya tak tahu apa nama sebenar item seperti 2 gambar kat bawah tu. Bila aku search kat google so aku terjumpa contoh seperti di bawah. Item ni memang antik, beli tahun 2005 sewaktu kat Lorong Kulit, Penang.
'SERBANG'
"Serbang is a Royal wedding ornament made of gold. It is worn during the Istiadat Berbedak Diraja and placed on the forehead."
Tapi justifikasi di atas menyatakan ia diperbuat dari emas. Ya, kalau ikut item di bawah memang emas tapi jenis 'emas salut' atau celup. Barang ni memang barang lama cuma aku tak tahu asal dari mana.
Item ini kira adik beradik dengan cucuk sanggul cuma kaedahnya ia dipakai di dahi or 'forehead'. Ia diikat dan lilit dengan kemas ke keliling kepala. Selalunya zaman 50an sehingga 70an ia masih dipakai oleh pengantin-pengantin wanita. Kelihatan batu delima merah di tengah-tengah Serbang ini sebagai pusat utama. Kalau berkenan bagitahu pakcik.
Price: RM200 sahaja (boleh nego until let go)
Ok jumpa lagi..